HOUSE OF STEAMBOAT & BBQ

5 Jul

Assalamualaikum…

Hari baru. Cerita baru. Cerita best ke? Tak adalah best mana pun. Adalah sikit modal nak bercerita ni. :-D

Pagi ni bersarapan bersama Mr. Hubby dan Nur. T makan Roti Canai Sardin dan Teh Tarik di Taliban. Kedai makan berdekatan rumah.

Nur dah okey sikit hari ini. Alhamdulillah.

Tadi kawan T datang rumah. Dia pulangkan buku ni. Dia tak tahu T mengandung coz dah lama tak bukak FB. T pun tak pulak bagitahu dia tentang kehamilan T ini. Patutlah T cari manalah buku-buku ni pergi selama ni. T pinjamkan kepadanya 5 tahun lepas. Dan hari ni nasib baik dia pulangkan. Bolehlah T baca balik. Macam tahu-tahu saja T perlukan buku-buku ini. Hehe… Nama anak-anak T, T cari melalui buku ini. Nama Muhammad Adib Aqil bermaksud Muhammad : Nama Nabi Junjungan kita, Yang Terpuji, Adib : Pujangga; beradab, Aqil : Bijaksana; pandai; terpelajar. Nur Nisriina Huwaidah pula membawa maksud Nur :  Cahaya, Nisriina : Bunga Mawar Putih Huwaidah : Tenang; kasih-sayang. Hem… Apa nama nak diberikan kepada anak T yang sedang T kandung ni ye? Nanti kita cari ye? :-D Korang nak suggest pun buleh. Tak de hal. Bagi maksudnya sekali. Terima Kasih!

Hi Auntie, Uncle. Kami dah get ready nak keluar for dinner ni! Nur dah okey sikit hari ni. Alhamdulillah Syukur Ya Allah! Susah hati tengok anak dok sakit. Kesian.

Hari ini try makan di tempat baru. Restoran Makan-Makan. House of Steamboat & BBQ. Kedai kawan Mr. Hubby. Terletak di Kg. Chatin, Mentakab.

Banyak pilihan makanan untuk direbus. Jangan tamak. Ambik sikit-sikit dulu. Nak makan lagi, baru ditambah ye? Kalau tidak dia charge harga makanan lebihan kita. Tak baik membazir you!

Mr. Hubby tengah curahkan sup ke dalam periuk rebusan. “Steady bang, cover perut tu!” Haha…

Tengah bakar Ayam dan Daging Black Pepper. Rasanya amat sedap sekali. Tak payah dicicah bersama sos. Makan gitu pun dah terasa manisnya. Tengah rebuskan Mee Hoon, Fish Ball dan Sayur.

Sedap! Sedap! Sedap! Auntie Uncle datanglah makan di sini jugak nanti ye? Makanan ini semua dicaj RM42. Kenyang Alhamdulillah. Sedang molek saja kenyangnya. Taklah perut ketat sampai tak boleh bangun.

Sudah kenyang. Suka hati. Mari kita balik ke rumah.

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-10

4 Jul

Bayi : Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Ibu : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Sedar tak sedar, dah masuk 10 minggu si kecil ni berada di dalam perut. 2 minggu lagi akan berusia 3 bulan. Masih lagi berlanjutan sindrom makan dan muntah. Sudah tidak tahan lagi. Rasa malas masih ada. Baru malam tadi dok melipat kain sebanyak 3 bakul. Esok bakal menjelma bersama tugasan rumah yang tidak pernah sudah-sudah. Get use to it babe!

SUMBER: Majalah Pa & Ma, Februari 2005

28062011

Kawan Hubby yang berikan Pulut Panggang ni pada kami. Hari tu T tak sempat nak makan semasa majlis bertunang anak dia. Buah susah-susah aje. Terima kasihlah banyak-banyak Abang Mamat! Pulut Panggang ni berintikan Serunding Ikan. Yummy! Sedap.

29062011

Dinner di Restoran Rizki Tom Yam. Kami order Ikan Siakap Black Pepper, Tom Yam Campur, Sayur Campur dan Telur Dadar. Alhamdulillah.

01072011

T buat lempeng ni. Cicah gula. Cicah dengan jem tu pun sodap jugak. Minum dengan Air Horlicks 3 in 1.

02072011

Hubby beli juadah lunch ni di Restoran SZ Rahmah di Jalan Maran. Sangat-sangat teringin nak makan Gulai Tempoyak Ikan Patin. Padahal baru je makan dalam minggu lepas gitu. Teruk ah mengidam! Asyik nak makan saja ni! Lagi Hubby beli Ikan Kembung Bakar + Kicap, Ayam Goreng, Kari Ikan Tenggiri, Sambal Udang Petai, Sambal Tempoyak dan Ulam-ulaman. Alhamdulillah. Kenyang dok makan. Hari ni dok santai di rumah saja. Belah petang tengok drama Korea, Marry Me Mary. Best!

03072011

Awal pagi ni, Hubby hantar Nur ke sekolah. Nur & The Gang mendapat jemputan membuat persembahan di Sek. Men. Keb. Kuala Krau. Sekolah T dulu tu tau! Tapi kami tak pergi sebab cikgu Nur cakap itu adalah majlis tertutup. Program ini adalah di bawah Yayasan Pahang. T dah cakap pada cikgunya Nur tengah sakit mata dan demam. Tapi Nur dikehendaki hadir juga untuk program ni.

Setelah bertahun-tahun tidak menjejakkan kaki di Pekan Sehari Temerloh, hari ini T membuat keputusan untuk ke sana. Apa-apa pun kita bersarapan dulu di satu kedai Makcik Kelate ni. So, T order Nasi Kerabu + Daging Bakar + Ayam Bakar + Solok Lada + Teh ‘O’. Alhamdulillah.

Kita beli daging ye puan-puan hari ini?

Orang yang sangat ramai

Murtabak Pak Lan. Jiran dekat rumah ni.

Singgah beli Ikan kecik tu dengan Pak Cik ni. Ikan Lais namanya. Rasanyalah. Pak Cik tu pun iyakan tadi masa T tanya dia. :-)

Putu Kacang. My favourite ni!!

Segar dari Pekan Sehari Temerloh. Untuk lunch T masak Kari Daging + Kentang, Ikan Tilapia Goreng, Ikan Lais Goreng, Sambal Belacan dan Daun Salad. Alhamdulillah.

Pinggan T. Tipu ni. Pas tu dok menambah nasi dan lauk lagi. Ngeeeee…

Nur balik dari Sek. Men. Keb. Kuala Krau. Dia cakap Yayasan Pahang berikan T-Shirt dan jugak Jam Tangan itu sebagai hadiah. Terima Kasih Daun Keladi! Malangnya Nur bertambah tidak sihat. Hari ini 04072011 Nur pergi berjumpa doktor lagi. Demam dan sakit mata belum kebah, bertambah dengan batuk-batuk. Doktor kata dia ada tonsil. Susah nak telan air liur mahupun makanan. Sambung MC lagi untuk 3 hari lagi. Dia tak pergi sekolah sejak Khamis lepas. Ala, kesian Nur. Dah lama ketinggalan pelajaran dek latihan Action Song. Ini sakit pulak. Cepat sihat my dear!

Untuk dinner, lauk-lauk lain masih ada. T cuma gorengkan lagi Ikan Tilapia Goreng. Makan sambil tengok Bola. Malaysia melawan Taiwan. Tahniah Malaysia dapat pergi ke peringkat seterusnya! Bangganya kami rakyat Malaysia!

Ini sahaja isi cerita kali ini. Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

KARNIVAL BAHASA INGGERIS

4 Jul

Assalamualaikum…

27062011

Dari Corus Paradise, kami terus ke Glory Beach Resort. Pihak hotel ada sediakan satu khemah besar berair-cond untuk para peserta dan penonton. Nur dan kawan-kawannya. Bergediks sekejap!

Menanti giliran mereka untuk membuat persembahan

Persembahan Nur & The Gang. Team No. 13 daripada 16 buah negeri yang bertanding

Result tahu di sebelah malamnya selepas dinner. Kami tidak menunggu dan terus ke KL. Mr. Hubby ada urusan pula di sana. Negeri Pahang mendapat tempat ke-4 di dalam pertandingan ini. 16 negeri yang bertanding dan mereka cuma mampu menduduki tempat ke-4. Walau tidak bergelar juara, kami ibu-bapa, guru-guru berbangga dengan pencapaian mereka. Mungkin bukan rezeki kami kali ini. Mana tahu, tahun depan. Kita cuba dan cuba lagi ye?

Kami berhenti lunch di Plaza Low Yat sebelum gerak ke Bar Council. Mr. Hubby ada urusan di sana yang perlu dibereskan segera.

Settle urusan di Bar Council, kami gerak pulak ke Pusat Bandar Damansara. Mr. Hubby ada urusan nak bertemu clientnya pula. Dari situ, kami ke Selayang Mall. Belikan makanan, MC’D dan Pulut Mangga di situ. Buat buah tangan untuk family Abang Ipar T di Selayang. Singgah rumah Abang Ipar tengok cucu saudara T ni. Baru umur 3 bulan. Badan dan kepalanya keras macam besi. Aktif melasak budak Umar ni tau!

Selepas dinner, kami pun pulang ke rumah. Home Sweet Home!

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

CORUS PARADISE, PD

4 Jul

Assalamualaikum…

26062011

Kami stay kat hotel ni sebab nak menghadiri Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan di Glory Beach Resort, PD esok. Nur ada mengambil bahagian di dalam Pertandingan Action Song yang mana sekolahnya, Sek. Keb. Jalan Bahagia Temerloh mewakili negeri Pahang. Telah banyak kali kami stay di Corus tetapi sebelum ni kami mengambil bilik jenis apartment kerana pergi bersama-sama ahli keluarga yang lain. Kali ini kami mengambil bilik yang sesuai untuk kami 3 beranak saja. Nur bersama kawan-kawan dan guru-gurunya tidur di Glory Beach Resort.

Emy Omar, sahabat baik T, telah sudi datang dari Masjid Tanah untuk berjumpa dengan T di hotel. Tq so much my dear! Sudi datang berjumpa Ruzi walau sekejap cuma. Ruzi amat-amat menghargai kedatangan Emy & Co.

Selepas berbual dan mengambil gambar bersama Emy, T melayan anak bujang T ni pulak untuk mandi di kolam. Seluar mandi lupa pulak nak bawa. T belikan saja di kedai di lobi hotel. Dia kata air kolam sejuk. T tak mandi. Duduk ambil gambar di tepi kolam saja.

Emy bawa buah tangan untuk T. Apam Polkadot tu sedap! Ada inti cair di dalamnya. Laju je kami 3 beranak dok makan dalam bilik. Novel pemberian Emy tu pun sudah habis T baca. Sedap jalan ceritanya. Betapa derita sebelum merasa bahagia. Simpati kepada watak utama. Dan ye, Matahari Cerah Lagi. Bahagia menanti di penghujung cerita.

kami keluar dinner di Restoran Berkat depan Rumah Zaitun yang besar tu. Aduh! Rasa makanan semuanya masin! Kenapalah begitu sekali rasanya. Sorry ye? I tak mahu masuk kedai u ni lagi lepas ni! Titik!

Ikan Siakap Stim yang sampainya masa nasi kami dah nak habis pun. Ratah ajelah. Rasa masin jugak. Aduh!

27062011

Breakfats time. Rasa makanan kira oklah. Boleh diterima tekak. Alhamdulillah.

Tunggu Mr. Hubby check out bilik. Kami check out awal. Dalam pukul 8.30 pagi gitu sebab nak gerak ke Glory Beach Resort pula.

Bye Corus Paradise. Panjang umur ada masa kami datang lagi!

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-9

30 Jun

Minggu Ke-9

Bayi : Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Ibu : Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

Ye. Perubahan hormon. Sudah mula sindrom mabuk. Makan dan muntah kemudiannya. Tidur melepek sahaja. Tidak produktif langsung! Rasa malas menyelubungi. Rumah berselerak sudah tidak dipeduli. Kain berbakul-bakul setia menanti. Tapi tuan punya badan dah mula rasa malas nak berbuat apa-apa. Ah! Bilalah keadaan ini mahu berakhir. Tak suka berada di dalam situasi begini. Menyesakkan sekali! Rimas jadinya! Help! Tolong!

23062011

Minum petang. Buat Puding Roti.

Sambil makan sambil tonton El Oso Berni. Si Bear Putih tu. Cerita dia pendek-pendek. Kelakar tengok!

24062011

Hari Pelaporan. Ambil Kad Laporan anak-anak di sekolah. Kedudukan Nur di dalam kelas, 9/37. Dapat 8A, 2B. Kedudukan Adib pula 31/37. Dapat 3A, 5B dan 2C. Adib! Adib! Banyak main budak ni! Next year nak UPSR dah! Adoilah!!

Balik dari sekolah, T ke kedai dan beli lauk untuk dimasak. Menu for lunch Sup Ayam, Sambal Kicap, Ikan Gelama Jeruk, Buah Pisang dan Air Lemonade. Alhamdulillah.

Masa nak beli lauk di atas, T ke kedai kawan T. Ingat nak beli Mee Goreng. Dia kata dah habis dan sebelah petangnya dia hantarkan Mee yang baru digorengnya. Ya Allah! Susah-susahlah saja. Lain kali tak mahu susahkan orang dah. Teringin pun biarlah. Sebab takut menyusahkan orang dengan permintaan kita. Tq so much Kak Wa! Sedap makan Mee Goreng Basah panas-panas ni! Dia takut baby dalam perut mengidam. So dia gorengkan special for me! :-D

25062011

Kami ke majlis pertunangan anak kawan Suami T di Kg. Paya Keladan. Menu utama Nasi Dagang. Orang kampung sini kebanyakkannya orang Kelantan. Tukang Masak makanan pun Orang Kelantan dan tentunya rasanya amat sedap sekali! Terima kasih tuan rumah, Abang Mamat dan Kak Ma!

Tahniah Kak Long! Kami pulak datang dengan sedondon Kuning! Kebetulan saja. :-D

Lepas balik dari makan di tempat kenduri, kami ke The Store untuk membeli barang dapur. Nur pulak di sekolah berlatih untuk Action Song untuk Peringkat Kebangsaan. Dari The Store, ambik anak dara T tu pulak di sekolahnya. Untuk dinner, Hubby nak makan Ikan Kembung Singgang + Budu. Jugak ada Kari Ayam pemberian Kak Ma di tempat kenduri tadi, Tembikai, Timun Batang dan Buah Apple. Alhamdulillah. Rezeki hari ini.

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

MENYANDAT SOTONG

23 Jun

Assalamualaikum…

18062011

T buat entry ketika Hubby T pergi menyandat sotong bersama kawan-kawannya pada minggu lepas. Nak dijadikan cerita semasa mereka di laut, telah berlaku ribut kuat yang mana Hubby cakap, mujurlah selamat sampai di darat setelah melawan ribut selama satu jam di tengah-tengah laut tu. Perubahan Angin Monsun. Kan 2-3 hari lepas ada tunjuk berita pasal ribut kuat yang melanda Kuala Terengganu. Hubby cakap ribut bermula pada pukul 8 malam dan mereka mengambil keputusan untuk berpatah balik. Syukur, Alhamdulillah. Selamat pulang ke darat. Hubby pulak mabuk laut dan muntah sebanyak 3 kali. Walaupun dah makan ubat tahan muntah yang sudah dibeli di klinik. Dia cakap dah serik nak ke laut lagi untuk menyandat sotong. T dengar ceritanya pun dah merasa takut. Inikan pula Hubby yang mengalaminya. Syukur Alhamdulillah, ahli kumpulan Hubby semuanya selamat.

Ini adalah gambar Hubby dari Jeti Chendering ke tengah laut untuk menyandat sotong.

Kawan Hubby. Ketua aka kepala kumpulan. Orang yang banyak pengalaman. Orang Terengganu ni. Cayalah En. Fakharuddin!

19062011

Hasil tangkapan mereka. Ini pun mujurlah. Syukur Alhamdulillah. Kawan T ada cakap ada team yang sewa bot sampai RM700, cuma bawa hasil menyandat, 4 ekor sotong sahaja. Ini mereka bahagi sesama mereka. Ada 20 orang Hubby cakap.

Hubby selamat sampai di rumah pada pukul 7.00 malam. Inilah hasil yang dia bawak pulang. T tak kisah. Janji Hubby selamat pulang saja. Sotong dan Ikan Kerisi ni anytime je boleh cari. Tak makan pun tak apa. Kalau Hubby tak ada, mana lagi T nak cari ooooooiiiiii!

Sudah siap digoreng. Sotong Celup Tepung dan Ikan Kerisi Goreng. Dicicah bersama sos yang Hubby beli di Terengganu.

20062011

Hubby balik dari KL dan dia belikan ini untuk kami anak-beranak. Apa isi di dalam agaknya ye?

Oh! Croissant Tuna dan Sandwich Chicken Slice rupanya. Yummy! Lama dah tak makan ni!

21062011

Hari ni selepas balik dari buat MGTT di Klinik Kesihatan Simpang Songsang (ujian pengesanan Kencing Manis- kena minum air gula, nasib baik selamat), T ke office Hubby. Tunggu dia untuk lunch di Restoran S.Z. Rahmah di Jalan Maran. Dah lama tak makan kat sini. Daripada malam tadi T berpuasa. 10.00 malam – 10.30 pagi disebabkan nak ambil ujian MGTT tu. So, kami lunch awal. Dalam pukul 12.00 tengahari makan di sini. Favourite kat sini ialah Gulai Tempoyak Ikan Patin (the best in town!), T jugak ambik Ikan Tilapia Bakar + Air Asam, Kari Ikan Tenggiri, Sambal Udang, Ayam Goreng, Sambal Buah Kuinin, Sambal Tempoyak Cili Api, Ulaman dan jugak Teh ‘O’ Ais. Syukur Alhamdulillah. Kenyang makan tadi!

Tapaukan jugak untuk 2 orang staff Hubby kat office dan jugak untuk anak-anak T.

From Bandung with love. Dapat kain telekung ni tadi masa di office Hubby. Kawan T, Zu yang kirimkan melalui salah seorang staff di office. Tq so much Zu! Susahkan Zu aje. Setiap kali Zu bercuti ke mana-mana, memang tak lupa souvenir untuk Kak T. Tq my dear! Cantik telekung ni! Kak T suka!

22062011

Big Apple Donut. Hubby beli masa dia pergi ke Kuantan tadi. Topping kacang dan chocolate. Yummy!!

Obimin. Vitamin untuk ibu-ibu mengandung jugak menyusukan bayi. Hubby belikan di Kuantan tadi. Tq my Darling!

23062011

Hari ni tetiba ke kedai makan Arwah Pak Usop. T tapaukan lauk-pauk ni, Gulai Ikan Patin Tempoyak, Ikan Tilapia Tempoyak Bakar, Masak Lemak Cili Api Ikan Tilapia, Ikan Keli Berlada, Sambal Ikan Bilis + Tempe, Air Asam, Sambal Tempoyak, Ulaman dan Nasi pun T tapaukan jugak. Dan terus ambil anak-anak di sekolah. Call Hubby suruh balik makan di rumah. Gulai Ikan Patin tu tinggal yang last dah dalam periuk besar kat kedai tadi. Alhamdulillah, lucky me! Tu pun baru pukul 12.38 tengahari. Kalau nak jugak makan Gulai Ikan Patin, kena tunggu dia masak dalam sejam lagi. Ha ko! Mujurlah sempat dengan T tadi. Kalau nak menunggu tu tidaklah sebab nak ambik anak-anak di sekolah lagi. :-O

 

Jumpa lagi. LOVE, LOVE, LOVE YOU!

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-8

20 Jun

Bayi : Mata, telinga dan telinga tengah yang mengawal keseimbangan sudah mula terbentuk. Saluran darahnya juga sudah mula kelihatan. Jantungnya pula mula berdenyut pada kadar denyutan normal. Memandangkan kaki dan lengannya kian berkembang, bayi sudah “pandai” bergerak dan menendang. Walau bagaimanapun, saiznya yang masih kecil, tidak membenarkan anda merasai pergerakannya.

Ibu : Perubahan bentuk fizikal mula dialami.

Aku : Ye. Berat badan semakin meningkat. So far, tiada lagi alahan. Terasa mahu muntah tetapi tidak muntah-muntah lagi setakat hari ini. Cuma terasa loya sahaja. Pagi tadi terasa perut macam masuk angin. Ada bunyi angin di dalam perut. Rasa malas nak buat kerja-kerja rumah tetapi kenalah buat juga. Lepaslah tadi dok menjemur kain. Ada 3 bakul kain yang belum dilipat. Ah! Itu bukan masalah besar. Memasak? Hari ini tidak memasak. Rasa malas nak berbuat apa-apa. Dok terbaring atas katil saja. Apa yang aku pikir? Entah? Segala rasa macam bercampur menjadi satu. Sensitif pulak lately ni. Salah sikit aje menangis. Salah sikit aje menangis. Hubby cakap sensitifnya! Jangan menangis. Nanti baby dalam perut pun sedih! Makan Nasi Lemak Sambal Kerang yang menjadi kegilaanku satu ketika dulu pun menangis. Rasanya dah tak sedap. Lepas makan terus masuk dalam toilet. Tak basuh kerang tu elok-elok agaknya. Sakit perut aku pagi tadi! Em, kadang-kadang rasa sembelit jugak. Seksanya! Kena banyak minum air masak. Kang, banyak minum air masak, kerap nak kencing pulak. Serba-salah dibuatnya! Beginilah aku setelah hamil. Rasa diri kosong. Tak boleh berbuat apa-apa. Nak melasak sikit pun takut. Nak makan pun takut. Nanti berat lagi naik. Memang serba tak kena. Harap-harap keadaan ini tak lama. Tak suka berada di dalam situasi begini. Rumit lagi menyulitkan. Aku nak happy-happy je. Tak boleh ke?

Di  bawah adalah gambar-gambar dan cherita-cherita yang tiada kaitan langsung dengan tulisan di atas. Terima Kasih!

16062011

Hubby ke KL hari ni. Dia ada tanya T nak makan apa? Nak beli apa? T terus nak order Kenny Rogers Roasters. Dah lama tak pekena. So tadi dah makan dengan puasnya. Alhamdulillah. Tq B!

Mr. Hubby bawa balik ni untuk anak daranya, Nur. Apa isi di dalamnya ye?

Oh! Angry Birds rupa-rupanya!

17062011

Hubby pergi KL lagi hari ni. Dia tanya nak beli makanan apa? T cakap nak Lamb Mandy dari Restoran Al-Rawsha. So dia belikan itu untuk T. Juga dia belikan Nasi Panggang di Al-Amin Food Corner, AFC di Greenwood, Gombak. Alhamdulillah. Sebelah malam, Hubby dijemput oleh kawannya ke Terengganu. Ada projek menyandat sotong katanya. So, T dan anak-anak kena tinggallah di rumah. Actually, ni baru 1st time dia join kawan-kawan pergi ke laut untuk memancing atau menyandat sotong. Cari pengalaman katanya.

18062011

Bersarapan di rumah Kak Long T. T beli makanan di kedai dan bersarapan di rumahnya. Borak-borak gossip-gossip… kan?

19062011

Brunch T. Ikan Keli Masak Lemak Cili Api dan Ayam Masak Merah. Air Sirap Limau. Makan di gerai Kak Long T. Anak-anak dok makan Nasi Lemak.

Cari barang sikit di KS Walk Market. Masa dia nak letak barang dalam plastik, T tolak. T pergi ambik beg troli KFC dalam kereta untuk isi barang-barang ni semua. Nasib masa tu tak ada orang lain yang beratur lagi.

Dinner. Menu mudah dan malas ringkas. Ikan Bilis Goreng Bawang + Cili Api, Telur Mata Ayam Kerbau, Sambal Sardin, Air Fresh Orange dan penambah rasa, Kicap Manis Cap Kipas Udang. Lepas makan kita dok berkipas ye tuan puan! Masa ni Mr. Hubby dah balik dari menyandat sotong. So, inilah sambutan kami untuk Hari Bapa tahun ini. Ringkas sahaja, kan?

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.