RUTIN PEMERIKSAAN ANTENATAL

16 Jun

Tidak kira  sama ada anda menjalani pemeriksaan antenatal di klinik kesihatan desa ataupun pusat perubatan swasta, fokusnya tetap sama iaitu hendak memastikan kesihatan ibu hamil terpelihara. Selain itu, dapat mengesan sebarang risiko yang mungkin ada dari awal kehamilan lagi.

Menurut Prof. Dr. Jamiyah, ibu-ibu tidak perlu gusar untuk menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan kerana di situ terdapat pegawai-pegawai perubatan yang dilantik. Sekiranya perlu pesakit boleh merujuk kepada mana-mana hospital-hospital besar berhampiran. Malahan sekarang ada juga sesetengah klinik kesihatan dilengkapkan dengan peralatan ultrasound untuk tujuan kehamilan.

KETINGGIAN

Kali pertama datang lawatan, ketinggian ibu hamil akan diambil. Ketinggian diukur kerana ia akan menjadi panduan dan gambaran awal kepada saiz pelvik. Pelvik yang kecil kadang kala bermakna kelahiran yang sukar semasa proses kelahiran, maka pembedahan caesarean mungkin akan dilakukan. Jika ketinggian melebihi 152 sm (5 kaki), anda tidak mungkin menghadapi sebarang masalah kecuali jika bayi yang dikandung mempunyai saiz besar yang luar biasa.

BERAT BADAN

Setiap kali datang ke klinik, berat badan akan diambil. Doktor akan memantau perubahan berat ibu untuk mengetahui keadaan bayi yang dikandung.

Penurunan berat badan semasa tiga bulan pertama kehamilan adalah perkara biasa kerana disebabkan oleh alahan teruk. Kekurangan berat badan merupakan tanda bayi dalam kandungan tidak mendapat zat makanan atau nutrien yang cukup. Sebaliknya jika peningkatan berat badan berlaku secara mendadak, ia merupakan tanda-tanda awal akan mengalami tekanan darah tinggi.

URIN

Pemeriksaan air kencing yang diperoleh adalah untuk mengesan pelbagai penyakit yang memerlukan rawatan rapi seperti gula, protien (merupakan tanda pra-eklampsia), nanah, darah dan sebagainya. Keputusan dari ujian tersebut dapat mengetahui kandungan gula berlebihan yang jika ditemui berulang kali, menunjukkan ada menghidap penyakit kencing manis.

Kewujudan gula dalam air kencing merupakan tandap pertama masalah penyakit diabetes. Kesan protien yang terdapat dalam air kencing juga dapat menentukan kedudukan buah pinggang anda sama ada tidak berfungsi dengan baik dan sebagainya. Selain itu, kesan protien yang banyak boleh menyebabkan anda menghidap penyakit darah tinggi.

PEMERIKSAAN ABDOMEN

Setiap kali membuat rawatan, pemeriksaan ini dilakukan untuk memastikan kedudukan bahagian bahagian atas rahim (fundus). Ia dilakukan untuk memberi gambaran tentang kadar pertumbuhan bayi. Pada akhir tempoh kehamilan, pemeriksaan akan dijalankan untuk memastikan bayi akan berpusing dalam arah yang betul iaitu dengan didahului oleh kepala supaya ia turun ke dalam ruang pelvik.

TEKANAN DARAH

Setiap kali membuat lawatan pemeriksaan antenatal, tekanan darah akan sentiasa diambil oleh doktor. Tekanan darah sewaktu hamil rendah dan diukur dengan kerap untuk mengesan sebarang kenaikan darah secara mendadak supaya ia dapat dikawal yang mana boleh menyebabkan masalah pra-eklampsia (tekanan darah tinggi) kepada anda. Jika masalah ini terjadi ia akan memberi kesan buruk kepada anda dan kandungan.

Tekanan darah yang normal sewaktu hamil ialah 120/70 dan akan diberi perhatian jika tekanan tersebut melebihi 140/90. Selain itu tekanan perasaan yang disebabkan oleh kerja harian, masalah peribadi dan sebagainya juga salah satu faktor menyebabkan bacaan tekanan darah meningkat tinggi daripada biasa.

UJIAN DARAH

Sedikit darah akan diambil dari lengan adan pada kali pertama lawatan untuk melihat kumpulan darah anda dan darah rhesus anda. Darah anda akan diuji untuk mengetahui sama ada anda mengalami kekurangan darah atau sebaliknya. Ujian ini juga untuk mengetahui penyakit seks berjangkit seperti HIV, hepatitis B, siflis dan sebagainya. Jika anda didapati mengidap penyakit tersebut, anda mesti dirawat sebelum minggu ke -2o supaya tidak membahayakan bayi.

Selain itu, ujian darah juga dapat mengenal pasti kekebalan terhadap rubela. Rubela atau German measles boleh mengakibatkan bayi cacat sekiranya ada mengidap jangkitan ini semasa kehamilan. Oleh itu, ujian darah ke atas anda dapat memastikan anda mempunyai pelalian terhadap penyakit tersebut.

SUMBER : MAJALAH PA & MA SEPTEMBER, 2008

15062011

Kinik Kesihatan Simpang Songsang. Tempat T melakukan pemeriksaan antenatal sepanjang kehamilan ini. Juga melalui proses-proses seperti yang dicatatkan di atas. Dengan bantuan nurse yang baik hati. Semuanya baik-baik saja melayan T tadi. Terima Kasih Nurse! :-D

 

Bertuahnya rasa buat pemeriksaan antenatal di Klinik Kesihatan yang baru dibuka sekitar Februari lepas. Tempat baru yang selesa. Cuma tak ada cafe. Kalau tidak boleh lepak-lepak makan minum, kan? :-p tak de kerja lain, pikir makan saja ye?

Oleh sebab T tahu masa menunggu adalah lama, maka T mencuri-curi masa membaca buku di Klinik Kesihatan ini. Saya yang bertuah membaca buku dari tulisan Dr. Tuah! Dan ye, 2 jam T habiskan di sini untuk rutin pemeriksaan antenatal T yang pertama kali untuk kehamilan kali ke 3 ini.

Sebab sebelah pagi dah makan Nasi Lemak Sambal Kerang, Mee Hoon Sup + Cili Potong dan Fresh Orange ini merupakan lunch dan dinner T. Makan bersama staff  Hubby di Restoran Thalay. Alhamdulillah. Boleh lagi makan tanpa memuntahkannya kembali.

Ini adalah kad-kad mengandung T. Ada 3. Kad yang pertama tu adalah semasa T mengandungkan Adib. Kad yang ke dua adalah semasa T mengandungkan Nur dan yang satu lagi bersama vitamin-vitamin itu adalah kepunyaan baby di dalam perut T ni. T juga diberikan bekalan garam khas untuk ibu mengandung. T kena bawak semua kad ni setiap kali pergi ke mana-mana juga ketika ada temujanji di Klinik Kesihatan.

Jumpa di next entry.

LOVE, LOVE, LOVE YOU!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: