Archive | January, 2010

>SELAMAT BERTUNANG NIZAM DAN ILA

25 Jan

>

Assalamualaikum..

Semalam, 24/01/10.. Adik T, Nizam telah bertunang dengan pilihan hatinya.. Dila.. Kami ke Serendah semalam.. Berkumpul adik-beradik bersama ibu dan ayah saudara.. Kami 15 kereta ke rumah Dila yang tinggal berdekatan dengan rumah kakak ke 3 T, Kak Azizah juga di Serendah.. Alhamdulillah.. Majlis berjalan dengan lancar dan Insya Allah, bulan 7 nanti T akan menerima bakal adik ipar!!

Nizam bersama barang-barang hantaran yang digubah oleh kakak ke 2 T, Kak Arina dari Kulim..

Ada misi yang perlu dilaksanakan di sini.. Heheh..


Perbincangan sedang dijalankan.. Berdebar-debar T masa ni.. Alahai.. Hehe..

Sesudah perbincangan.. Amik gambar barang-barang hantaran kedua belah pihak..

Ma sedang menyarungkan cincin merisik..


Ini pulak dok sarung cincin bertunang..

Cium tangan bakal ibu mertua..


Kami ramai-ramai..


T suka bangat dengan gambar ini…


Depa sudah menjamu selera rupanya kat luar tu..

B sedang mengambil makanan.. Makanan semua sedap-sedap.. Tip Top!!


Anak-beranak kami..


Nizam..

Bergambar di samping barang hantaran daripada belah kami..

Kami sekeluarga tak sabar-sabar nak tengok adik kami ni berkahwin.. Semoga semuanya berjalan lancar mengikut perancangan.. Em.. Hantaran kahwin RM8186.. Tahun lahir adik-adik T ni.. Nizam lahir tahun 1981 dan Dila lahir tahun 1986… Pendek kata, T yang lagi teruja melihatkan mereka berdua ni.. T dah tak sabar-sabar tau nak menerima adik ipar ni!!

>ABAH OH ABAH…

19 Jan

>


Assalamualaikum….

Kesihatan Abah semakin pulih.. Alhamdulillah.. Berkat doa kalian semua.. Abah semakin sembuh.. Cuma Abah ada penyakit TIBI sekarang.. Semalam telefon Ma dan dia cakap ada dua orang doktor datang melawat Abah.. Dan kami telah pun mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjaga kesihatan.. Insya Allah.. Sekarang Abah dah tak perlu pakai pampers.. Dah larat ke bilik air sendiri.. Makan sendiri.. Berjalan-jalan di sekitar rumah dan selera makan semakin bertambah.. Kami sekeluarga gembira dengan perkembangannya yang terkini.. Semoga Abah semakin sihat dan bertambah kuat.. Insya Allah..

Saja dok tayang gambar ni.. Majalah-majalah ni belum sempat T baca lagik.. Bila nak dibaca ni ye??


Gambar diambil di dalam kelas Nur pada 05/01/10… Hari pertama tak temankan dia ke dalam kelas.. Dia cakap mak ayah orang lain ramai yang hantar anak-anak dalam kelas.. Ummi dengan Abah tak ada.. Aduh! Kesiannya dia.. So, hari kedua bersekolah ni.. T temankan dia sampai ke dalam kelas…. Nur dan Adib duduk di kelas pertama semenjak dari darjah 1 lagi.. Adib 4 Brilliant.. Dan Nur 2 Brilliant.. Kena bersaing dengan budak-budak pandai.. Kena kuat belajar dari sekarang.. 🙂


Gambar ni kat hospital pada 07/01/10… Kak Long dan Abah..

Kak Na balik dari Kulim.. Tengah dok potong kuku Abah tu..

Ramai-ramai.. Ada lagi jiran dan saudara yang datang melawat Abah ketika di hospital.. Tapi T tak ambil gambarlah pulak.. 🙂


Gambar ni pada 08/01/10.. Abah dah boleh keluar masa ni.. Tu yang tolak kerusi roda adalah Pak Saudara Abah.. Ayah Nor.. Harapkan dia dan anaknya tolong T dan adik temankan Abah keluar hospital.. Yang lain-lain dah balik mengemas rumah di Kuala Krau.. T nak ucapkan terima kasih kepada warga kerja HOSHAS di Wad Kenanga 12.. Kalian memang cekap menjalankan tugas.. Cuma hati T tercalar balar dan air mata tumpah menangis kerana kerenah jaga di situ.. Bayangkan Abah naik kerusi roda.. T pulak ambil jalan utama yang sudah dihalang dengan kerusi.. Bila jaga tu nampak T lalu kat jalan utama tu, dia jerit dan marah “Tak nampak orang dah halang jalan”? T jawab “Saya tahu, saya nak ambik Abah saya naik wheel chair tu”!.. Kemudian sorang lagi jaga berkata “Ok kak.. ok.. Dan T jawab, “Terima Kasih banyak-banyak”! Terus T drive kereta sampai air mata tumpah dengan lajunya.. Macam aku ni hina sangat.. Macam aku ni bodoh tak tahu peraturan tak boleh lalu kat jalan yang dah dioarang hadang tu.. Tapi kalau aku tak lalu kat situ.. Abah aku nak berjalan macam mana? Itu yang buat aku sedih.. Dan geram aku nak bertanyakan jaga yang over giler tu.. Berapa sangat gaji enkorang hospital bayar sampai nak berlagak kurang asam macam tu?? Tapi aku tahankan.. Aku cuma luahkan dalam hati.. Selama Abah sakit masuk hospital taklah aku beria menangis macam tu.. Tapi mengenangkan aku diherdik depan orang ramai.. Macam aku bodoh sangat tak tahu peraturan.. Itu yang buat aku sakit hati dan sedih…. Macam aku ni hina sangat di mata jaga tu.. Dahlah nak masuk tengok Abah waktu melawat pun di sekat-sekat.. Aduhlah…

Malam tu, kami balik ke Kuala Krau.. Kami 7 beradik berkumpul di sana.. Kakak di Serendah saja yang tak dapat balik.. T saja dok amik gambar anak sedara T ni.. Adam… Tu Mak Su yang punya kerja letak bear cam gitu tu.. 🙂


09/01/10

Sarapan kami.. Nasi Berlauk..


Ramai jiran yang datang bertandang.. Menziarahi Abah.. Hari ini 2 orang adik Abah datang dari KL.. Bawa sekali Mak Abah yang datang dari Kelantan.. Masa ni sedang makan tengahari..


Selepas makan nasi, kami makan aiskrim pulak.. Ini gaya kami sedang makan aiskrim.. Makan aiskrim pun kena ada gaya ke??

Ma buatkan Kuih Seri Muka ni.. T tak reti buat apa-apa kuih pun.. Tahu makan sajork!! :-p

Adik T, Nizam.. Belikan katil ni untuk Abah.. B dan anak sedara T, Amirul dok pasang katil tu…

Adik-adik T baru pas mandikan Abah..


Abah selesa dok kat katil baru.. Kena ada ruang tingkap dan pintu.. Untuk udara keluar masuk.. Abah dan adiknya..


Minum petang dah disediakan.. Separuh kuih B beli di Temerloh masa nak cari katil tadi..


Tea-time..


Diaorang nak balik dah masa ni.. Ada masa kita jumpa lagi ye!!


Abah bersama Maknya..

T tumpang menyelit bersama Abah dan Nenek..

Adik T, Nizam dok cukur jambang Abah..


Letak krim kat kaki pulak…

Adik T, Mak Su dan Eidi dan Kak Na ke sungai.. Mak Su ada kerja nak dibuat.. Menemubual penternak ikan sangkar..


Saya sangat jeles melihat gambar-gambar ini tau!! 😦 Sebabnya saya pun mahu bergambar seperti mereka di tepi sungai ini!!


Sedara Abah datang melawat.. Pak Ngah dan Mak Ngah dari Kg. Gong Halt..


Ikan-ikan yang Mak Su dapat tadi.. Tokey ikan bagi.. 🙂


Dinner kami..

10/01/10

Tarikh hari ini cantik… Ini pula sarapan kami..


Makan tengahari..


Abang T nak balik ke KL dah.. Abang Yus dan familynya..

Balik ke Temerloh, kami singgah ke kedai makan ini.. B kata dia lapar sangat.. Temankan dia makan.. Anak-anak tidur dalam kereta.. Bungkuskan makanan lain buat mereka..


Dapat Bubur Asyura.. Kawan B yg bagi… Sedap!!

Diary yg T dapat tiap2 tahun.. Daripada Maybank dan Hotel Seri Malaysia.. Tahun ni diary Maybank siap letak dalam kotak lagi.. I like..

Dinner di kedai Kak Long T

Adib dengan Nasi Lemak pinggan keduanya.. Makan banyak!!


Sebelum balik ke rumah, beli barang dapur sikit..

13/01/10

Abang Long balik dari Kuala Krau dan berikan ini kepada T.. Ma buatkan Pulut Kuning & Ikan Masin & Kuih ni sebab kesihatan Abah yang semakin baik.. Alhamdulillah..

14/01/10

Tadi T singgah kedai, bungkuskan nasi.. Masa nak masuk kereta T nampak sebuah kereta dok langgar seekor burung ni.. Pas tu seekor burung datang dan dok di tepi burung yang mati tu.. Oh! Tragis sekali…

Lunch di Bukit Angin bersama B dan kawannya..

Pas tu T belikan kuih dan Rojak Ayam.. Makan di office bersama staff yang lain..

Oh! Hari ini saya sangat kuat makan!! Tengahari, Minum Petang dan jugak Dinner ni.. Aduh!! Dinner makan di Restoran Serasi.. Dekat kawasan rumah T…


15/01/10

Sebab T jadi ahli Tupperware ni, T dapatlah beg ni semua.. Jadi ahli untuk beli barang sendiri aje.. Tak ada niat nak jual untuk orang lain.. Saya bukan kaki bisnes!!

Kawan B bagi FM ni.. Dari SARAWAK DAN THAILAND.. Oh! Saya sangat teruja melihatkan FM ini.. Semakin bertambahlah koleksi FM saya!!

16/01/10
Kami lunch di Restoran Asam Pedas Nina.. Dekat depan Balai Polis Temerloh.. Semua makanan dia sedap-sedap.. Best lepak dan makan di sini tau!!

Sebelah malam kami balik ke Kuala Krau.. Balik lambat pasal Adib ada tuisyen hari ini, Nur ke sekolah ada program Kem Solat Bestari dan B pulak pergi ke bengkel membaiki kereta T.. Kak Long dah siap masak makan malam dan T belikan Satey saja..

17/01/10

Sarapan kami.. Kak Long yang sediakan .. T bangun lambat.. Haha.. Pemalas!!

B dan anak saudara T, Adam..

Lunch kami.. Kak Long jugak yang sediakan.. Tapi T tolong-tolonglah jugak.. I rajin jugak okes?? :-p

Kami nak balik dah…

Abah sedih dan menangis pasal Kak Long nak balik dah.. Dia terharu pasal Kak Long & anak saudara T, Anis jaga dia selama seminggu ini..

Balik rumah singgah kedai dan beli sikit barang ini…

Itu saja cerita buat masa ini.. Tentang Abah.. Family T… Terima Kasih sudi meluangkan masa membaca blog T kali ini.. Ada masa, panjang umur kita berjumpa lagi…

>ABAH WARDED…

7 Jan

>Assalamualaikum…

Setelah “DIPAKSA” oleh T (atas nasihat kawan T di gym, (bekas nurse), sebab abah lately ni kerap kencing, demam, batuk-batuk.. Sebelum tu dah lama pujuk Abah ke hospital, tapi Abah tak nak.. Biasalah orang tua.. Bila dia dengar cerita jiran-jiran yang ke hospital bila balik lagi teruk keadaannya daripada sebelum pergi ke hospital.. Dia rasa takutlah jugak..), Abah pun bersetuju nak ke hospital.. T suruh adik call ambulance di Klinik Kesihatan Kuala Krau.. Setelah diperiksa, kencing manisnya tiada nombor.. (Abah dah ada kencing manis selama 10 tahun yang lepas, tapi taklah seteruk sekarang.. Cuma pada tahun 2006, Abah pernah jatuh dan ditahan di Hospital Tanah Merah.. Masa tu dia ada di Kelantan, juga bila diperiksa.. kencing manisnya tiada nombor..) Setelah diperiksa pula oleh doktor pakar (nasib baik masa dia pergi klinik tu hari yang ada doktor pakar, hari Selasa (05/01/10)).. Doktor suruh rujuk ke Hospital Temerloh pulak.. Setelah berada selama 2 jam di unit kecemasan.. Pada pukul 7.00 malam, Abah masuk ward.. Masa nak naik ward tu.. Masa melawat sudah habis.. So, kami tak dibenarkan naik lagi.. Bila diberitahu Abah baru masuk ward.. Jaga-jaga tu tak percaya.. Dia suruh seorang saja naik.. Nak melihat keadaan Abah.. Dan T suruh Ma naik sebab nak ambil beg pakaian Ma .. Sebab beg Ma berat.. Jaga tu turun panggil T suruh T naik atas ambilkan beg Ma tu.. Di kesempatan yang ada, T bertanyakan kepada doktor yang bertugas bagaimana dengan keadaan abah.. Berapa hari kena tahan? Dia kata mungkin 4-5 hari.. Ingatkan Abah boleh pakai tiub.. Sebab abah tak larat sangat nak berulang-alik ke tandas.. Rupa-rupanya tak boleh sebab tiub tu dipakai untuk orang yang tak boleh kencing macam orang baru lepas kena operate ke.. So, kena juga pakai pampers.. Sebelum ni Abah tak nak pakai pampers.. Panas katanya.. T turun belikan pampers Abah pulak.. Tapi bila dibandingkan dengan harga di luar.. Harga pampers di hospital lebih mahal.. Berbeza dalam RM6 gitu.. Sebab tak ada pilihan.. T belilah jugak.. Ma ada cerita masa mula-mula masuk di unit kecemasan, ada dekat 15 orang doktor dok tengokkan Abah.. Serius!! Dan entah apa diaorang buat lagi selama 2 jam Abah di sana.. Emmm… Malam pertama.. T jaga Abah.. Dalam pukul 7.30 malam tu, Abang Long dan Kak Long datang tengok Abah.. Pas solat Maghrib dan Isyak.. T duduklah dekat kerusi sebelah katil Abah.. Dalam ward tu ada 6 lagi pesakit lain.. Tahu-tahu sajalah ward di hospital.. Kedengaran kesakitan itu ini.. Orang tu batuk.. Orang ni kentut.. Orang tu buat bunyi sampai nak muntah.. Orang tu batuk meludah keluar kahak.. Yak!! Tapi T kuatkan semangat.. Sabar.. Sabar.. Pasal T dah janji dengan Abah.. Kalau kena tahan ward.. T nak jaga dia.. T suruh Ma balik pasal Ma dah letih sangat.. Dan dengan air-cond yang begitu kuat.. Pakai sweater dan selimut lagi dengan kain batik pun.. Tetap sejuk jugak.. Beku dah T rasa diri T masa tu.. T pun cakap pada doktor nak tukar bilik persendirian untuk Abah.. Tapi kena ada GL pulak.. Suami T pun tak ada GL.. Tapi kalau nak bayar secara personal pun boleh.. Tapi doktor tu kata.. Kena periksa dengan doktor pakar dulu.. Kalau doktor pakar bagi pindah bilik.. Dia akan bagi pindah.. Kalau dia bagi pun.. Kena tengok ada kekosongan atau tak di Ward Bunga Raya tu.. T pun kata.. Oklah.. Kena bertahan lagi malam ni.. Ingat dapat pindah bilik on the sport!! Gambar di bawah malam pertama Abah ditahan..


Tak lama duduk jaga Abah.. Abang T call dari Damansara Damai.. Dia nak balik malam tu jugak nak tengok Abah.. Dari 10 malam di sana.. Dia sampai di Hospital Temerloh pada pukul 12.30 pagi.. Dengan hujan lebatnya.. Kesian Abang Yus.. Tapi Abang Yus balik seorang.. Isteri dan anak-anak tak ikut.. Kena bersekolah.. Tak kisahlah tu.. Abang Yus balik seorang pun tak apa.. Abah macam biasalah.. Tahu anak lelaki dia balik.. Menangislah dia.. Masa Ma nak balik sebelum tu pun dia menangis jugak.. Sedih orang nak tinggalkan dia.. Sebab tu T ada jaga dia.. Takut dia rasa sedih dan terpinggir.. Tak sampai hati nak membiarkan Abah rasa begitu.. So.. Setelah abang T sampai ke hospital.. Suami T pun dah menunggu T di bawah.. Dalam pukul 2.00 pagi sampai di rumah.. Mandi dan terus tidur.. ZZZZZZZ..

Malam kedua di hospital… 06/01/10

Kesian my abah..

Malam tadi pun T jaga Abah jugak.. Abang Yus dah balik petang tadi.. Abang Long dan Kak Long datang melawat tengahari tadi.. Hari ini, tekanan darah Abah tinggi.. 180/90.. Sampai doktor pun terkejut.. Padahal sebelum ni Abah tak ada darah tinggi!! Abah kata dia fikir macam-macam.. So, doktor suruh dia tidur dan rehat.. Jangan fikir apa-apa.. Kencing manis Abah subuh tadi (06/01/10) turun ke 7.. Daripada tiada nombor.. ke 13, 14, 15 dan 7.. Malam kedua ni pulak dari 15 ke 9 dan subuh pagi tadi (07/01/10) adalah 10.. Padahal malam tadi Abah cuma minum air masak dan makan ubat saja.. Pelik.. Boleh naik lagi.. Aduhai..

Lagi satu, doktor suspect Abah kena TIBI.. Sebab tu petang semalam, Abah dah diasingkan biliknya.. Ada di bilik Negative Pressure.. Oh Abah..
Malam tadi dok jaga Abah.. T rasa sakit kepala sangat-sangat.. Dah 3,4 hari bila sujud tu.. Kepala berat rasa macam nak menitik air mata menahan sakit.. Malam tadi mintak panadol dengan nurse yang bertugas.. Makan 2 biji dan tidur.. Tidur dari pukul 2.30 pagi – 5.30 pagi.. T terasa hilang sakit kepala tu bila sujud subuh tadi.. Alhamdulillah.. Lega betul rasanya.. Maklumlah.. Sakit kepala sebab tak cukup tidur kebelakangan ni.. Tidur pulak beralaskan kain sarung T dan guna selimut biru IKEA tu.. Malam ni cadang nak bawa selimut tebal, bantal besar sikit dan jugak stokin.. Hehe..
Hari ini, 07/01/10.. Adik-adik lelaki T, Nizam dan Eidi.. balik ke Temerloh dari Rawang.. Kakak T dari Kulim pun tengah otw balik ke Temerloh ni.. Yang bongsu dari UITM Segamat.. Insya Allah.. Sampai malam nanti di Temerloh.. Seronoklah Abah bila tengok anak-anak dia balik.. Cuma Kakak ke 3, Kak Jah di Rawang yang belum sempat balik lagi.. Kalau tidak.. Lengkaplah anak-anak Ma dan Abah seramai 8 orang ni dok menjenguk mereka..
Kawan-kawan.. Terima kasih atas doa kalian.. Semoga Abah T akan sembuh lebih cepat.. Insya Allah..
Terima Kasih.

>BACK TO SCHOOL!!

4 Jan

>Assalamualaikum..

31/12/09

T dan suami ke rumah kawan.. Menziarahi isteri kawannya yang baru bersalin.. T belikan ini untuk baby girlnya.. Tahniah buat Rozilan dan Kak Aribah atas kelahiran cahayamatanya yang ke tiga..


Ini pulak hadiah buat pengantin baru.. Untuk kawan T.. Umi dan suaminya..

T masak for dinner.. Sayur Campur..

Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak..

Ikan Tilapia Goreng..


Dinner time.. Adik Ipar T, Eryn turun dari KL datang ke rumah T..


01/01/10

Sarapan pagi tahun baru..


Kids dok melayan lappy Auntie Liza mereka..



Sebelah malam balik ke Kuala Krau.. Ini Ma sediakan dinner… Adik-adik T pun ada balik dari KL..

Adib dan Pak Anjang..

02/01/10

Nur bergunting rambut dengan Pak Anjangnya..

Dok raut kulit tebu ni.. Nak pegi mesin..


Makanan tengahari kami.. Ma masakkan Nasi Tomato.. Sungguh sedap!!


Balik ke rumah, T buatkan Sandwich Bakar.. Adik-adik datang ke rumah..

Adik-adik..


Dinner kami.. B belikan lauk di Restoran Rizki Tom Yam di Mentakab.. B order Ikan Siakap Black Pepper, Ikan Tilapia Bakar dan Ikan Patin Stim Bawang Jeruk.. Sangat sedap!!

T cuma masakkan Singgang Daging..


03/01/10

B makan set Nasi Asam Pedas Ikan Tenggiri di Restoran Nina Asam Pedas.. T, adik-adik dan anak-anak minum air saja pasai dah makan pagi tadi.. T rasa nasi ni sesudu.. Sedap..


Adik-adik T.. Nizam dan Eidi.. Diaorang nak hantarkan adik bongsu diaorang ke Segamat.. Esok Mak Su dah start kelas di UITM, Segamat..


Tak lepas nak main game saja..


Diaorang nak gerak ke Segamat dah.. Kami pulak terus balik ke rumah.. Kami 4 beradik..


Beli ni.. Menambah apa yang belum dibeli lagi.. Cuma T tak beli Serum.. Dah habis stok..

Hari ini, 04/01/10.. Anak-anak sudah mula ke sekolah.. Teruja sangat mereka dibuatnya!! Ummi dia “lelah” sungguh tadi.. Haha.. Tapi kalau dilihat pada jadual di bawah.. Memang padanlah Ummi diaorang “lelah”!!

6.00 pagi – bangun

7.00 pagi – hantar Adib ke sekolah
8.15 pagi – hantar Nur ke Kelas Q-fa
8.30 pagi – Ummi ke gym
10.30 pagi – Ambil Nur di Kelas Qfa
10.45 pagi – 12.30 tgh hari – Di rumah
12.45 tgh hari – Hantar Nur ke sekolah dan terus ambil Adib
1.15 tgh hari – 2.15 ptg – Di rumah
2.15 ptg – 5.00 ptg – Adib ke Kelas Qfa dan Ummi ke pejabat
5.00 ptg – Ambil Adib
6.30 ptg – Ambil Nur

Anak-anak T pagi tadi..


Nur pulak berpakaian sekolah..

>ABAH..

3 Jan

>


abah sakit
hatiku menjerit
abah meracau
jiwaku kacau
abah menderita
aku berduka cita
abah lemah
aku tak mahu rebah
abah menangis
hatiku terhiris
abah membisu
aku lesu
abah merintih
jiwaku pedih
abah membatu
aku buntu
abah terkeliru
fikiranku bercelaru
abah tersisih
aku bersedih
abah terbaring
aku rungsing
abah merana
aku serba tak kena
abah terseksa
aku merasa
abah sengsara
hatiku lara
abah semakin nazak
nafasku turut sesak!!