>ABAH WARDED…

7 Jan

>Assalamualaikum…

Setelah “DIPAKSA” oleh T (atas nasihat kawan T di gym, (bekas nurse), sebab abah lately ni kerap kencing, demam, batuk-batuk.. Sebelum tu dah lama pujuk Abah ke hospital, tapi Abah tak nak.. Biasalah orang tua.. Bila dia dengar cerita jiran-jiran yang ke hospital bila balik lagi teruk keadaannya daripada sebelum pergi ke hospital.. Dia rasa takutlah jugak..), Abah pun bersetuju nak ke hospital.. T suruh adik call ambulance di Klinik Kesihatan Kuala Krau.. Setelah diperiksa, kencing manisnya tiada nombor.. (Abah dah ada kencing manis selama 10 tahun yang lepas, tapi taklah seteruk sekarang.. Cuma pada tahun 2006, Abah pernah jatuh dan ditahan di Hospital Tanah Merah.. Masa tu dia ada di Kelantan, juga bila diperiksa.. kencing manisnya tiada nombor..) Setelah diperiksa pula oleh doktor pakar (nasib baik masa dia pergi klinik tu hari yang ada doktor pakar, hari Selasa (05/01/10)).. Doktor suruh rujuk ke Hospital Temerloh pulak.. Setelah berada selama 2 jam di unit kecemasan.. Pada pukul 7.00 malam, Abah masuk ward.. Masa nak naik ward tu.. Masa melawat sudah habis.. So, kami tak dibenarkan naik lagi.. Bila diberitahu Abah baru masuk ward.. Jaga-jaga tu tak percaya.. Dia suruh seorang saja naik.. Nak melihat keadaan Abah.. Dan T suruh Ma naik sebab nak ambil beg pakaian Ma .. Sebab beg Ma berat.. Jaga tu turun panggil T suruh T naik atas ambilkan beg Ma tu.. Di kesempatan yang ada, T bertanyakan kepada doktor yang bertugas bagaimana dengan keadaan abah.. Berapa hari kena tahan? Dia kata mungkin 4-5 hari.. Ingatkan Abah boleh pakai tiub.. Sebab abah tak larat sangat nak berulang-alik ke tandas.. Rupa-rupanya tak boleh sebab tiub tu dipakai untuk orang yang tak boleh kencing macam orang baru lepas kena operate ke.. So, kena juga pakai pampers.. Sebelum ni Abah tak nak pakai pampers.. Panas katanya.. T turun belikan pampers Abah pulak.. Tapi bila dibandingkan dengan harga di luar.. Harga pampers di hospital lebih mahal.. Berbeza dalam RM6 gitu.. Sebab tak ada pilihan.. T belilah jugak.. Ma ada cerita masa mula-mula masuk di unit kecemasan, ada dekat 15 orang doktor dok tengokkan Abah.. Serius!! Dan entah apa diaorang buat lagi selama 2 jam Abah di sana.. Emmm… Malam pertama.. T jaga Abah.. Dalam pukul 7.30 malam tu, Abang Long dan Kak Long datang tengok Abah.. Pas solat Maghrib dan Isyak.. T duduklah dekat kerusi sebelah katil Abah.. Dalam ward tu ada 6 lagi pesakit lain.. Tahu-tahu sajalah ward di hospital.. Kedengaran kesakitan itu ini.. Orang tu batuk.. Orang ni kentut.. Orang tu buat bunyi sampai nak muntah.. Orang tu batuk meludah keluar kahak.. Yak!! Tapi T kuatkan semangat.. Sabar.. Sabar.. Pasal T dah janji dengan Abah.. Kalau kena tahan ward.. T nak jaga dia.. T suruh Ma balik pasal Ma dah letih sangat.. Dan dengan air-cond yang begitu kuat.. Pakai sweater dan selimut lagi dengan kain batik pun.. Tetap sejuk jugak.. Beku dah T rasa diri T masa tu.. T pun cakap pada doktor nak tukar bilik persendirian untuk Abah.. Tapi kena ada GL pulak.. Suami T pun tak ada GL.. Tapi kalau nak bayar secara personal pun boleh.. Tapi doktor tu kata.. Kena periksa dengan doktor pakar dulu.. Kalau doktor pakar bagi pindah bilik.. Dia akan bagi pindah.. Kalau dia bagi pun.. Kena tengok ada kekosongan atau tak di Ward Bunga Raya tu.. T pun kata.. Oklah.. Kena bertahan lagi malam ni.. Ingat dapat pindah bilik on the sport!! Gambar di bawah malam pertama Abah ditahan..


Tak lama duduk jaga Abah.. Abang T call dari Damansara Damai.. Dia nak balik malam tu jugak nak tengok Abah.. Dari 10 malam di sana.. Dia sampai di Hospital Temerloh pada pukul 12.30 pagi.. Dengan hujan lebatnya.. Kesian Abang Yus.. Tapi Abang Yus balik seorang.. Isteri dan anak-anak tak ikut.. Kena bersekolah.. Tak kisahlah tu.. Abang Yus balik seorang pun tak apa.. Abah macam biasalah.. Tahu anak lelaki dia balik.. Menangislah dia.. Masa Ma nak balik sebelum tu pun dia menangis jugak.. Sedih orang nak tinggalkan dia.. Sebab tu T ada jaga dia.. Takut dia rasa sedih dan terpinggir.. Tak sampai hati nak membiarkan Abah rasa begitu.. So.. Setelah abang T sampai ke hospital.. Suami T pun dah menunggu T di bawah.. Dalam pukul 2.00 pagi sampai di rumah.. Mandi dan terus tidur.. ZZZZZZZ..

Malam kedua di hospital… 06/01/10

Kesian my abah..

Malam tadi pun T jaga Abah jugak.. Abang Yus dah balik petang tadi.. Abang Long dan Kak Long datang melawat tengahari tadi.. Hari ini, tekanan darah Abah tinggi.. 180/90.. Sampai doktor pun terkejut.. Padahal sebelum ni Abah tak ada darah tinggi!! Abah kata dia fikir macam-macam.. So, doktor suruh dia tidur dan rehat.. Jangan fikir apa-apa.. Kencing manis Abah subuh tadi (06/01/10) turun ke 7.. Daripada tiada nombor.. ke 13, 14, 15 dan 7.. Malam kedua ni pulak dari 15 ke 9 dan subuh pagi tadi (07/01/10) adalah 10.. Padahal malam tadi Abah cuma minum air masak dan makan ubat saja.. Pelik.. Boleh naik lagi.. Aduhai..

Lagi satu, doktor suspect Abah kena TIBI.. Sebab tu petang semalam, Abah dah diasingkan biliknya.. Ada di bilik Negative Pressure.. Oh Abah..
Malam tadi dok jaga Abah.. T rasa sakit kepala sangat-sangat.. Dah 3,4 hari bila sujud tu.. Kepala berat rasa macam nak menitik air mata menahan sakit.. Malam tadi mintak panadol dengan nurse yang bertugas.. Makan 2 biji dan tidur.. Tidur dari pukul 2.30 pagi – 5.30 pagi.. T terasa hilang sakit kepala tu bila sujud subuh tadi.. Alhamdulillah.. Lega betul rasanya.. Maklumlah.. Sakit kepala sebab tak cukup tidur kebelakangan ni.. Tidur pulak beralaskan kain sarung T dan guna selimut biru IKEA tu.. Malam ni cadang nak bawa selimut tebal, bantal besar sikit dan jugak stokin.. Hehe..
Hari ini, 07/01/10.. Adik-adik lelaki T, Nizam dan Eidi.. balik ke Temerloh dari Rawang.. Kakak T dari Kulim pun tengah otw balik ke Temerloh ni.. Yang bongsu dari UITM Segamat.. Insya Allah.. Sampai malam nanti di Temerloh.. Seronoklah Abah bila tengok anak-anak dia balik.. Cuma Kakak ke 3, Kak Jah di Rawang yang belum sempat balik lagi.. Kalau tidak.. Lengkaplah anak-anak Ma dan Abah seramai 8 orang ni dok menjenguk mereka..
Kawan-kawan.. Terima kasih atas doa kalian.. Semoga Abah T akan sembuh lebih cepat.. Insya Allah..
Terima Kasih.

9 Responses to “>ABAH WARDED…”

  1. eryn daryn January 7, 2010 at 4:38 AM #

    >Hope abah will be fine..jangan wisau yer kak ti

  2. rose --{@ ibuRafiq @}-- January 7, 2010 at 6:08 AM #

    >aduhai..semoga cepat sembuh ya abah T..jagala dia selagi dia ada..gembirakan hati dia..cam sy..mmg tak dan dah.sbb dah takde ayah since 4 tahun lagi…take care T..jgn T lak yg jatuh sakit nnti..

  3. shima wife En.Din January 7, 2010 at 6:18 AM #

    >erm… nie lerkan.. orang tua.. sama kes macam abah saya laa T… tapi insyaAllah tak ada apa-apa T.. hope abah T cepat sembuh…

  4. zAnNa@mAMaBaTriCE January 7, 2010 at 6:44 AM #

    >kak tiezana doakan agar abah kak tie cepat sembuh……selagi abah ada….sama2lah kita berbakti kepada mereka kak…tu pun takkan terbanding dengan jasa dan pengorbanan mereka pada kita……

  5. A.I January 7, 2010 at 8:12 AM #

    >Insyaallah abah kau akan sembuh & sihat cam selalu. kau jgn riso ok. kau pon sama, kene gak jaga kesihatan.

  6. Emy Omar January 7, 2010 at 9:46 AM #

    >semoga abah ruzi cepat sembuh..sabar ye ruzi..tabah hadapi dugaan dari Nya

  7. linda January 9, 2010 at 8:20 AM #

    >salam…semoga abah T cepat sembuh….

  8. dilaOHdila January 10, 2010 at 12:40 PM #

    >salam tie…kak dilla doakan moga abah cepat sembuh ya….

  9. en_me January 18, 2010 at 9:28 AM #

    >muger abah cepat semboh kanns..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: