>SAFI RANIA GOLD

2 Feb

>
Dekat 3,4 bulan jugak pakai produk ni.. So far, okeylah dengan kulit muka T.. Tak adalah licin mulus mana.. Kira bolehlah.. Yang penting produk ni HALAL.. Itu yang T utamakan sekarang.. Cari produk atau makanan yang HALAL..

20/01/10

Makan di KFC dengan Adib sementara nak menunggu pukul 6 petang nak ambil Nur pulak..

Majalah-majalah bulan Januari.. Belum habis dibaca pun lagi..
22/01/10
Lunch malam ni di luar.. Ikan Siakap Stim dia sedap..


Ini kedainya.. Dah kenyang.. Nak balik rumah dah..


23/01/10
Lunch di Restoran S.Z. Rahmah di Jalan Maran.. Dah lama tak makan di sini.. Hari ni anak-anak bersekolah ganti sempena CNY akan datang.. Masa ni dah ambil Adib di sekolah.. Nur pulak bersekolah sessi petang..

Then, kami round g cari almari.. Setelah pusing di 3 kedai.. Tengok almari ni okey dengan harganya.. B pun belilah.. Balik rumah, T pun apalagi.. Doklah mengemas-ngemas pulak pakaian ke dalam almari-almari ni..
Ni almari baju anak-anak T..
Ni almari baju kami..
24/01/10

Balik daripada Serendah selepas majlis bertunang adik T, kami singgah di Bandar Baru Selayang untuk makan-makan di Suria Station.. Tengoklah tu, Nur letih sangat.. Sampai tertidur dia..

Layan makan Wedges dulu sebelum makanan lain sampai..

Chicken Chop.. Adib makan ni..

T makan Nasi Goreng Nanas.. Kongsi dengan Nur..


B makan ni, Keow Teoy Kerang..


27/01/10

Kasut yang T beli bulan 11 dulu.. Dah koyak pun tapaknya.. Lasak sungguh tuan punya kasut ni daaa.. Ke sebab kasut brand ni tak ada kualiti? Maklumlah.. Harga sepasang kasut ni cuma RM50 saja..


Tadi dah pun beli kasut baru.. Baru rasa bersemangat kembali nak pegi gym.. Hehe.. Cari kasut brand sama macam dulu jugak.. What? Adidas? Nike? T tengok adalah dalam RM200-300 sepasang.. Oh! T tak memerlukan kasut mahal tu sangat.. Yang ini pun sudah cukup okey..
28/01/10

Bawa Adib makan di KFC sementara menunggu masa nak mengambil Nur di sekolah pula.. Hari ni suami T ke JB.. So, ini dah menjadi dinner kami hari ini.. Masa ini pun dah hampir pukul 6 petang..


29/01/10

Beginilah keadaannya setiap hari semasa T nak mengambil anak di sekolah.. Masa nak menghantarnya pun beginilah keadaannya.. Aduh!!

Singgah makan di kedai Kak Long T.. Order Nasi Goreng Ayam, Horlicks Ais dan Milo Ais.. Makan dengan Nur.. Adib macam biasa.. Makan Nasi Lemak dan minum Ais Kosong..

30/01/10

Keluar lunch di Restoran Pak Usop dan ada beli barang sikit di The Store.. Beli sandal di BATA dan jugak beli 2 helai tudung.. Malam tadi dan hari ni Temerloh black out.. Hampeh!!

Kami ke Mentakab.. Cari seluar gym, makan di MC’D dan beli barang dapur skit di The Store..

Hasil soping tadi..

Balik suami T nak makan nasi.. T goreng Telur Dadar ni.. Tengok dia jadi bentuk apa.. Cuba teka? Haha….
31/01/10
Lunch di Restoran Ali di Mentakab.. Dah lama tak makan di sini..


Kemudian kami ke opis.. Lepak-lepak kat opis dalam 2 jam gitu dan terus ke Bukit Angin.. Nak tapau makanan ni aje kena tunggu 40 minit.. Orang ramai.. Tak kisah.. Sebab tahu makanan dia sedap.. Hamba sabar menanti.. Wah!! Menu minum petang ni adalah Rojak Mee Ayam, Mee Jawa, Bubur Pengat Pisang dan Tauhu Sumbat..

02/02/10
Tadi pas antar Adib ke kelas Q-FA dia.. T singgah beli aiskrim ni.. Makan dengan staff kat opis.. Dapatlah merasa sikit sorang.. Oh heaven!!
hari ni tak ada air kat rumah ni.. tengah malam nanti kabarnya tak ada elektrik pulak.. macammana ni?

7 Responses to “>SAFI RANIA GOLD”

  1. Emy Omar February 2, 2010 at 1:10 PM #

    >Ruzi..kita pun guna safi rania gold since the past 6 months..alhamdulillah..ok serasi dengan kulit & yang penting HALAL..alahai takde air ker??malam takde letrik pulak..ish..ni yang geram ni kan

  2. ~~ciklinn~~ February 3, 2010 at 12:09 AM #

    >salam tie…. haiyooo sagt2 lapa lorr masuk sini.. arghhhhhhh nasi goreng nenas yg sgttt menduga….

  3. zAnNa@mAMaBaTriCE February 3, 2010 at 12:33 AM #

    >udah ler tak b/fast lagi…masuk blog kak tie…mcm2 makanan ada….hu hu hu..laparrrrrrhari tu, hantaran tunang adik zana pun bg si ayu tu set safi rania gold….teringin gark nak cuba…..cam zana nie, suka cuba benda2 baru…..pakai sesuatu produk tu x konsisten…he he he..camno ler muka zana tak buruk kan…asyik dok tukar2 produk jer kerjanyer…tp cam ok gark safi rania gold nie erk kak tie….

  4. ♫♪ Shahida ♫♪ February 3, 2010 at 12:55 AM #

    >tlgg lapar nii..tlggg..hai kak t

  5. A.I February 3, 2010 at 6:16 AM #

    >tiap kali aku msk sini, kenyang mata. ekekekeke…suke tgk kau T. Murah je rezeki (^_^)

  6. My Putri February 4, 2010 at 5:19 AM #

    >salam T.. lame xjumpe..rupanyer t da pindah ehhh… sofea pun da pindah… jom tgk gambar bb sofea…htpp://putrimyprincess.blogspot.com

  7. ☆ lieya latif ☆ February 4, 2010 at 6:16 AM #

    >aduh kak oii…lapo tgk menu2 yg ade..betul mencabar keimanan nie heheheeheheheeh…..mak lieya pun gune safi rania ni kak…die pun serasi ngan safi nie….lagipun halal kan…tu yg paling penting

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: