>THE UGLY TRUTH..

11 Feb

>

Assalamualaikum…
Tak tahu nak mula dari mana
Cuma sejak akhir-akhir ini aku sering memikirkannya
Tentang apa tu ye?
Oh! Sebenarnya sejak dahulu lagi aku memikirkannya
Sejak 10 tahun yang lepas
Selama ini aku pendamkan saja
Tapi ku kira
Inilah masa, Inilah ketika
Aku meluahkan segala rasa yang terbuku di dada
Sudah terlampau sarat…..
Dan menjadi semakin sesak!!
Aku sudah tidak tertahan lagi
Semakin hari aku rasa bertambah berserabut jadinya
Setidak-tidaknya dapat diluahkan di sini
Aku mungkin merasa lebih lega
Tetapi itu pun aku berkira-kira
Samada mahu diluahkan di sini atau tidak
Ibarat meludah ke langit
Terkena balik ke muka sendiri
Baik buruk yang diceritakan
Adalah mengenai aku
Kisah aku..
Kecil hal pada orang lain
Tapi tidak pada aku
Ini perkara besar yang perlu diselesaikan segera
Apa sebenarnya ini?
Baiklah…
Aku ceritakan….
Oh! Belum apa-apa lagi
Air mataku sudah bertakung
Menunggu masa untuk tumpah…
Kenapa aku begitu lemah
Aku sangka selama ini aku kuat
Rupa-rupanya tidak!!
Baiklah.. Aku teruskan
Apa yang sedang bermain-main di benak fikiran
Segala yang kusut
Ingin aku usaikan segera
Silap-silap menanggung rasa sakit begini
Memudaratkan aku jugak nanti
Beginilah…
Ini ceritanya..
Pada yang sudi membaca
Aku ucapkan jutaan terima kasih
Pada yang tidak
Apa yang boleh aku katakan
Segala cerita tentang aku
Seorang aku yang bernama Ruziawati Binti Mat Yusof
Oh! Bukan nak meriakkan diri
Membesarkan cerita
Sungguhpun badan aku memanglah besar
Tapi aku memang aktif sejak di sekolah rendah lagi
Sek. Ren. Keb. Kuala Krau
1986-1991
Bermacam-macam pertandingan aku sertai
Dalam sekolah.. Di antara sekolah-sekolah
Ada yang menang
Ada ketika aku kalah
Pertandingan Bercerita, Nasyid, Bola Jaring, Sajak, Puisi, Kuiz, Sukan
Namakan sahaja..
Setiap hujung tahun pula
Muka inilah yang membuat persembahan dalam Majlis Penyampaian Hadiah
Setiap tahun
Daripada Darjah 1
Hinggalah ke Darjah 6
Memang aku mengambil bahagian
Bernyanyi Dikir Barat, Menari, Nasyid, Berlakon..
Siap jadi “headgirl” lagi
Sape tak bangga weh??
Teringat aku naik pentas semasa perhimpunan sekolah setiap hari Isnin
Membacakan Rukun Negara
Manisnya saat itu…
Tapi sayang
Pelajar Contoh Perempuan bukan menjadi milikku
Di saat itu aku kecewa
Biarlah
Yang mendapat gelaran itupun kawanku juga
Dia lebih berhak sebab dia lagi cerdik
Aku gembira bagi pihaknya
Keputusan UPSR aku dapat 1A, 2B, 1C
Tidak begitu bagus
Langsung tidak bagus
Patut pun aku tak dapat Pelajar Contoh..
Kalau tak malu besar mak!! lol
Tiba di sekolah menengah
Sek. Men. Keb. Kuala Krau
1992-1994
Aku ditawarkan menjadi pengawas lagi
Aku menolak
Bimbang banyak masa dihabiskan dengan “meeting”
Dan itu ini
Sampai pelajaran diabaikan
Aku cuma menyandang gelaran
Ketua ataupun Penolong Ketua Kelas
Aktif berpersatuan juga
Ketua Pandu Puteri sekolah sidang petang
Dan pelbagai lagi
Tak berapa nak ingat jugak
Maklumlah dah makin tua….
Tapi aku ingat
Aku aktif jugak dulu..
Keputusan PMR aku dapat 1A, 6B, 1C
Terukkan? Malu.. Malu..
Seterusnya, aku menyambung pelajaran ke sekolah vokasional
Sek. Men. Vokasional Sanggang
1995-1996
Sekarang dikenali sebagai
Sekolah Teknik Temerloh
Aku rasa lebih selesa belajar di sini
Aliran Pengurusan Pejabat
4 PPJ & 5 PPJ
Nak tahu budak-budak bengkel panggil apa PPJ tu?
PEREMPUAN-PEREMPUAN JALANAN
CIT!!
Lumur mulut tu ngan cili karang…
Tak pun macam nak makan pelempang aje
Pinjam ayat LIEYA LATIF sat.. Pelempang..
Haha!!
Nak amik aliran Akaun? Oh! Sorry.. Aku lembab “math”
Tak suka “math” langsung!!😦
Bengkel? Oh tidak sesekali!! lol
Aku ditawarkan menjadi Pengawas Sekolah
Sekali lagi….
Dan aku menerimanya
Seingat aku
Dua tahun di sini
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Setiap kali ujian atau peperiksaan
Aku mendapat keputusan yang baik
Nombor dalam kelas pula di antara No 1 – No 5 sahaja
Dalam kelas adalah dalam 23 orang
Kononnya cerdik sangatlah masa tu
KONONNYALAHKAN!!
Yang paling menarik
Di sekolah ni
Aku mendapat sebuah medal
Ambik kat perhimpunan sekolah rasanya masa tu..
Kerana pantas menulis tulisan Trengkas
Sampai sekarang
Aku masih ingat
Serba-sedikit
Cara-cara nak menulis tulisan Trengkas
Dalam SPMV aku dapat Pangkat 1, 21 Aggrt
Trengkas aku dapat 1
60 perkataan seminit
Aku bangga sangat-sangat masa tu
Ramai jugak kawan sekelas aku yang dapat pangkat 1
Alhamdulillah..
Tibalah masa
Mengisi borang untuk melanjutkan pelajaran
“Try” ITM (sekarang UITM)
Tak dapat
Yang sangkut
Politeknik di Kuantan
POLISAS
Aku nak pergi
Dapat kursus “Diploma Executive Secretary”
Aku memang nak pergi sangat-sangat
Apatah lagi kawan-kawan sekelas ramai yang dapat “offer” ni..
Tapi yang menjadi kesalan
Ma tak izinkan aku sambung belajar
Oh! Hampa hatiku
Pecah lalu hancur berderai-derai
Oh! Air mata bertakung lagi..
Dan terus mengalir laju..
Aku sangat-sangat kecewa masa tu
Tapi apa yang boleh aku lakukan
Aku tahu aku akan dapat bantuan biasiswa
Yayasan Pahang
Sebab aku memang memperolehinya sejak Tingkatan 1-5
Biasanya yang dapat biasiswa ni
Pelajar cerdik tapi keluarga kurang mampu
(Yelah, Abahkan kerja sebagai Buruh Keretapi sahaja
Aku lahir pun di rumah Railway Quaters Kula Krau
Tinggal di quaters sejak lahir, 1979-1994
Sebab Abah dah beli rumah kos rendah di Taman Sri Desa, Kuala Krau
Gaji Abah berapa ratus saja masa tu..
Tapi kerja penat macam apalahkan?
Nama pun Buruh Keretapi.. )
Errr…bab Pelajar Cerdik tu I riak sekejap ye?
Huh! Tolongla!! Perasan!!
Tapi dah Ma tak izinkan jugak
Dia cuma izinkan aku menyambung pelajaran di ITM sahaja..
Katanya ITM lagi standard dari Politeknik
Pulak dah!!
Aku mati kutu
Merajuk sekian lama dengan Ma
Sementara tu aku tinggal bersama kakak ke 3 ku di Temerloh
Surat Tawaran Polisas aku bawa bersama
Dan aku masih menyimpannya hingga ke hari ini
Ironinya kini
Serba-sedikit bantuan keluarga
Diberikan oleh aku dan suami
Sedangkan satu masa dulu
Aku diketepikan begitu saja
Bukan mahu mengungkit
Bukan mahu membangkit
Cuma….
Argh!!!
Masa tu aku rasa “down” sangat-sangat
Tapi korang mesti fikir
Apalah sangat tawaran belajar kalau setakat di poly? Bukannya di u punkan?
Pada aku itu sudah cukup bagus
Untuk diriku
Lagilah aku merasa sedih bila dapat tahu kebanyakkan kawan terus menyambung pelajaran mereka
Sedangkan aku??
Daripada membuang masa melayan perasaan
Aku bekerja di gerai makan
Tokey kedai ada bau-bau bacanglah dengan keluargaku
Kerja “start” pukul 6 petang ke 1 pagi
Dapatlah RM350 sebulan
Alhamdulillah..
Seingat aku, masa tu bulan 6, 1997
Bulan 8 tahun yang sama
Aku bekerja sebagai seorang Kerani di Pejabat Peguam
Tetuan Radzi & Abdullah di Temerloh
Dapatlah gaji RM350 sebulan
Siang bekerja di “legal firm”
Malam bekerja di kedai makan di benteng
Begitulah aku sehari-hari
Selama setahun jugak keadaan ini berlarutan…
Dan tiba detiknya
Aku berkenalan dengan Peguam baru
En. Ahmad Bukari bin Ismail
Aku bekerja di bawah pengurusannya..
Masa ni belum terdetik rasa cinta
Kalau keluar pun kami keluar bersama “staff-staff” yang lain..
Bukan “cover line”
Tapi masa tu hati belum suka..
Aku diberhentikan bekerja di firma ini
Atas hasutan fitnah “staff-staff” di sini
Mengadu domba kepada Mr. Boss
Mengatakan aku ada “affair” bersama En. Bukari..
Agaknya masa tu diaorang tengok aku daring
Body aku masa tu 36-24-36 okey!!
Oh tidak!!
Tapi agaknya sebab dah doa mereka begitu
Habis peristiwa aku diberhentikan itu
Kami mula “bercouple”
Macam drama pulak ye??
Aku kemudiannya bekerja di sebuah lagi firma guaman di Mentakab
Tetuan Fauzi Yurina & Co.
Semuanya atas bantuan En. Bukari..
Dalam pada itu juga aku bekerja di kedai makan di tempat tinggalku
Di sebelah siangnya bekerja di firma guaman
Dan sebelah malamnya pula
Bekerja di gerai makan ni..
Dalam beberapa bulan saja
Kemudian tokey mintak aku berhenti
Sebabnya?
Oh! Dia mengatakan
Mahu mengurangkan jumlah pekerja
Tapi setahu aku
Yang menjadi sebab utama
Adalah kerana pada satu malam
Aku menegurnya kerana membuka “video blue” di gerai makan itu
Masa tu orang tak ramai sangat
Keesokkan harinya, dia meminta aku supaya berhenti
Gila punya orang!!
Dan sekali lagi
Aku dihina sebegini
Terus dibuang.. Dibuang dan dibuang
Seperti sampah layaknya
Jijik sekali aku pada pandangan mata mereka
Sungguh sukar hidup masa tu
Dengan mengharapkan gaji di firma guaman sebanyak RM600 sebulan
Apalah sangat yang boleh aku belanjakan
Namun aku masih mahu berjuang untuk hidup
Seperti manusia normal yang lain
Berbalik kisah cintaku bersama suami..
Selepas setahun berkenalan bersamanya
Suatu hari dia bertanyakan
Mahu membawa keluarganya berjumpa keluargaku
Bertanya samada aku sudi menjadi suri hidupnya..
Tanpa berfikir panjang
aku berkata
“i do”
hoho…. lol
Ok… kami berkahwin pada 12/11/1999
(Dan aku telah mendapat tahu
Sebelum hadirnya aku
Ada seorang “doktor” telah menjadi pilihan keluarganya
Namun dia memilih aku
Terharunya aku..
Selepas diberitahu akan hal ini..
Iyelah..
Antara aku yang entah siapa-siapa ini
Jika dibandingkan dengan perempuan yang bergelar “doktor” itu
Manakan setara
Bagai langit dan bumi layaknya.. kan?
Itulah.. sekadar mahu berkongsi cerita.. )
Dan pada awal tahun 2000
Sekali lagi
Aku diberhentikan
Tanpa sebab
Tanpa penjelasan
Cuma “Big Boss” bagi notis dan cek 2 bulan gaji
Aku terfikir kenapa
Mahu menelefon majikan
Tetapi egoku menghalang
Dah kena buang
Apa lagi yang perlu aku persoalkan?
Bertanyakan kenapa semua ini boleh berlaku?
Apa kesalahanku?
Tak diterangkan sikit pun
Tetapi aku boleh agak
Kerja siapa ini semua
Adalah manusia-manusia yang dengki dengan aku
Kalau tak puas hati pasal mutu kerja aku
Bagitahulah
Supaya aku tahu
Dah kau tak bagitahu
Manalah aku nak tahu!!
Kan??
Okey, tak apa.. Aku pergi..
Kau tak suka aku
Aku boleh pergi
Bukan kau yang jadi penentu rezeki aku
Kau tak bagi aku makan pun
Aku masih hidup sampai sekarang
Bertambah sihat lagi adanya pun..
Sikitpun dia tak fikir
Dari mula pejabat dibuka
Aku yang buat segala kerja
Balik lambat, buat kerja
Walau tak ada OT
Aku buat jugak..
Itu dia tak fikir
Yang dia tahu nak singkirkan aku aje..
Oh manusia!
SENGAL!!
Dan yang menjadi persoalan
Selepas aku diberhentikan
(Oh! Ada seorang lagi yang diberhentikan bersama-sama aku,
Seorang Pekerja Cina)
Tak ada pun mereka-mereka itu
Bertanyakan khabar aku
Padahal dulu kami berkawan
Yang seorang tu kerani jugak
Yang tu tak diberhentikan
Sebab bapak saudara dia manager bank
Bapak akukan seorang buruh saja
Memang patutlah kena buang punkan
Begitulah hinanya aku di mata mereka
Yang seorang lagi peguam
(Yang bertugas di pejabat ini)
Peguam besar ada di KL..
Tapi standardlah
Dia peguam
Aku kerani
Dia siapa
Aku siapa
Kan??
Pernah sekali aku terserempak dengan peguam pompuan tu
Aku buat “derk” aje padanya
Hati aku kering ok!
Nak kata aku jahat pun katalah..
Bukan aku mula dulu pun..
Dan tak ada maaf langsung bagimu..
Walau di pangkal nama engkau bercirikan engkau ada darjat
Pada mata hatiku kedudukan kau amat rendah sekali..
Urgh! Jahat sungguh akukan?
Tapi itulah
Aku dapat tahu
Rumah bekas majikan pertama diceroboh masuk
Oleh Orang Indon
Habis kena rompak…
Bekas majikan kedua pulak
Menutup pejabatnya di Mentakab tu
Entah pasai apa
Adalah dalam setahun dua lepas aku diberhentikan tu..
Dengan bertemankan makhluk yang ada tanduk dua di kepala dan berekor itu
Aku berkata kepada mereka
“PADAN MUKA”!!
……………………………………………………………………………………..
Okey, habis cite bab yang menyakitkan hati ni
Selepas diberhentikan, aku berehat seketika sebab aku dah mula mengandung..
Aku disahkan mengandung anak pertama pada 01/04/2000
Dalam bulan 5 atau 6 tahun sama
Aku bekerja di firma guaman yang ketiga
Tetuan Sabri, Nazli, Lana & Azizan
1 Pejabat dengan suami
Alhamdulillah..
Rezeki aku di sini pula
Aku melahirkan anak pertama pada 20/12/2000
“Baby Boy”
MUHAMMAD ADIB AQIL BIN AHMAD BUKARI
Semoga dia membesar menjadi anak yang beradab dan berakal
Insya Allah..
Anak kedua pula lahir pada 19/12/2002
“Baby Girl”
NUR NISRIINA HUWAIDAH BT AHMAD BUKARI
Semoga dia membesar sesuci bunga putih..
Insya Allah..
Setakat ini pelajaran anak-anak adalah memberansangkan
Alhamdulillah, mereka dapat belajar di Kelas No 1
Ada 4 kelas kesemuanya
Baik Adib, Baik Nur
Belajar di Kelas No. 1
Engkau permudahkanlah urusan pembelajaran anak-anakku Ya Allah!! Amin
Tahun 2003, suami mula membeli rumah
Yang kami diami sekarang
Pada tahun 2005, tambah beli lagi sebuah kereta
KIA CARENS
Dan T pula memandu HONDA CIVIC
Pada tahun lepas pula
Suami membuka firma guamannya sendiri
Tetuan Bukari Shuhaida & Partners
Alhamdulillah..
Dengan rezeki yang ada
Bersuamikan dia membuatkan aku rasa akulah manusia yang bertuah..
Satu Malaysia sudah dijelajah
Cuma belum menjejaki Sarawak dan Sabah
Ada rezeki Insya Allah
Sampai jugak kami ke sana..
Cuma satu perkara yang mengusutkan fikiranku
Inilah sebenarnya inti pati cerita
Yang ingin aku sampaikan di sini..
Sejak bertemu semula kawan-kawan sekolah dulu di FACEBOOK
Aku rasa terhenyak tiba-tiba
Manakan tidak
Mereka kini tidak seperti dahulu
Semuanya bekerjaya dan berjaya
Sungguh bergaya sekali..
Sedangkan aku?
Aku malu yang teramat-amat
Jika dibandingkan dengan mereka
Aku bukanlah siapa-siapa
Sampai ada yang belajar ke tahap Master..
Dengan rasa rendah diri
Aku mengaku
Aku teramat malu kini
Dengan status aku yang begini
Sekadar suri rumah dan bekerja separuh masa di firma guaman suami
Rasa cemburu mula menjalar di dalam diri
Dan sebenarnya memang aku tidak patut berperasaan sedemikian
Mereka berjaya kerana mereka berusaha
Penat lelah mereka selama ini berbalas dengan kejayaan yang mereka kecapi
Patutlah tu.. Padanlah tu
Kerja keras mereka selama ini
Hasilnya mereka tuai sekarang..
Betulkan kata pepatah?
Bersusah-susah dahulu
Bersenang-senanglah kemudian…
Susahnya nak senang…
Senangnya nak susah
Bukan susah nak susah
Bukan senang nak senang
Kan?
Yang menjadi persoalan sekarang
Adakah tempat aku di hati mereka?
Masihkah mereka sudi menerima aku sebagai seorang kawan setelah mengetahui status aku kini?
Kawan-kawan Cyber di luar sana pun
Adakah kalian masih sudi mahu berkawan denganku?
Setelah membaca coretanku kali ini
Adakah kamu masih sudi berkawan denganku?
Layakkah aku untuk itu
Bersama kalian yang bekerjaya dan berjaya
Aku hanya mampu menangis dan terus menangis
Dan air mata terus mengalir laju….

** tulisan kali ini tidak bermaksud mahu memburukkan sesiapa, sekadar meluahkan rasa hati yang terpendam sejak lama dahulu.. pada sesiapa yang membaca dan terkena batang hidungnya itu, aku mintak maaf banyak-banyak.. aku nak meluahkan rasa tak puas hati yang terbuku sejak lama.. kau pun ada bersamaku ketika peristiwa itu berlaku.. aku tak menokok tambahkan cerita ini.. aku cuma mahu berlaku jujur dengan diriku.. mengharapkan jawapan kalian.. setelah membaca tulisanku kali ini, masihkah aku ada di ruang hatimu.. dah tahu perangai aku yang teruk begini.. masihkah ada yang sudi berkawan denganku.. aku sekadar mahukan jawapan .. satu jawapan yang pasti.. di kesempatan yang ada ini aku mahu memohon maaf kepada sesiapa yang pernah berasa hati dengan kata-kata dan perlakuanku terhadap kalian selama ini.. tak kira siapa saja anda.. aku nak memohon maaf.. harap aku mendapat kemaafaan itu.. dan aku mengharapkan persahabatan kita selepas ini benar-benar berlandaskan keikhlasan, kejujuran dan boleh menerima aku seadanya aku.. baiknya aku, buruknya aku, terimalah aku apa adanya… sekian, terima kasih **

11 Responses to “>THE UGLY TRUTH..”

  1. MAYA February 11, 2010 at 11:25 AM #

    >kak t..jgn rasa rendah diri.. suri rumah adalah kerja yg mulia kerna dpt menjaga anak-anak 24 jam.. dpt memasak utk suami dan anak-anak..kalau saya ada peluang, saya lebih suka jd housewife..dpt jaga anak 24 jam..masak utk suami hari2..(tp keadaan menyebabkan kami berdua harus bekerja)biarlah orang nk kata apa.. itu semua kejayaan di dunia sahaja.. dan belum pasti kejayaan itu dapat diulang di akhirat sana..

  2. Anonymous February 11, 2010 at 11:57 AM #

    >salam,pengalaman kak tie cam rose gak.blajo xtinggi takat stpm je.peluang blajo dtg dr pas upsr.pmr,spm(tawaran dr upm-acc)n stpm dr ukm.tp xde rezeki sbb bkorban utk adik2.perasaan rendah diri tu sentiasa ada walaupn cuba wt xtau.tapi bila kenangkan smula rose ada dunia rose sendiri iaitu suami n anak2.merekalah impian rose sekarang ni..pape pon kak tie setiap manusia ada khidupannya yg penting kita bahagia n selesa…moga apa yg kita tempuh di dunia ni tak 'mnyusahkan'kehidupan kita di 'sana' nanti#rose yusof#

  3. A.I February 11, 2010 at 12:10 PM #

    >Kenapa pulak? takde masalah la dgn tu sume T. memasing ada perihal memasing. kalau aku list downkan criter pasal aku, KOMPOM kau pitam 4 jam ok! Kau patot bersyukur ngan apa yg kau ada skang ni. Malahan, kau tu lagi berganda2 hebat dari idop aku T…sob sob😦 bersyukur la…

  4. zAnNa@mAMaBaTriCE February 12, 2010 at 12:29 AM #

    >salam kak tielama kak tie x update blog..rindu nak bc celoteh kak tiekak tie…Allah dah tentukan perjalanan hidup kita, jodoh kita, rezeki kita….kak tie jangan rasa down….apa yg terbaik untuk kita telah di tentukan oleh Allah…Syukur lah dengan kebahagiaan, kesenangan dan kasih sayang yang kak tie miliki selama ini….X semestinya dengan pelajaran yang tinggi, kehidupan yang senang lenang, pangkat yang tinggi kita akan bahagia kak tie….kebahagiaan tak boleh di ukur dgn mata kasar…….yang penting….walau apapun yang Allah berikan pada kita, kita bersyukur….itu yang terbaikCuba kak tie renung2kan….if kak tie sambung belajar…and tak kerja di syarikat2 guaman tersebut…mungkin kak tie kan jumpa ngan hubby kak tie…mungkin kak tie tak kan dpt kebahagiaan yang kak tie peroleh sekarang nie…..pada zana, pangkat, harta itu tak penting sangat..yg penting kita ada kehidupan yang bahagia bersama insan2 yang kita sayangi, ibu bapa, suami yang memahami, anak2 yang comel dan bijak….cukup makan minum, ada harta sikit…dan yang penting….SUAMI tempat kita bernaung menumpang hidup punya KERJAYA yang kukuh…..sama2 kita syukuri nikmat yang Allah beri pada kita……harus ikhlas dan redha dengan apa yang kita miliki……itu yang terbaik buat kita kak tie.

  5. shahida® February 12, 2010 at 12:57 AM #

    >kak t jgn sedih…ida pun rasa sama ape yg kak t rasa..tp rasanya hidup kak t dh ok..dpt suami penyayang..anak2 yg bijak..nampak happy jek…tuhan dh tentukan segalanya..yg penting skang kak t pun pandai bergaya…hehehhehe…

  6. My Putri February 12, 2010 at 5:48 AM #

    >NAPE LA SEDIH..SURI rumah sepenuh masa tu satu kerjaya jugak..24 jam lak tu..bukan senang…T seharusnyer bersyukur dgn hidup T yg bahagia disamping suami n anak2.. ramai yg g susah dari t..xmau sedih2 la… be happy k !!

  7. paRadox_aTok February 13, 2010 at 12:49 AM #

    >hrmmm, menarik gak berkongsi coretan bekaitan jatuh bangun idup U nieh… yg pasti, idup kt di dunia ini tidak boleh lari drp segala ketentuan yg telah kita 'akui' suatu masa dulu

  8. rose --{@ ibuRafiq @}-- February 17, 2010 at 6:20 AM #

    >salam kak Tsesungguhnya jd suri rumah tu adalah kerja yg paling mulia di mata sayadapat jaga anak2 & suami sepenuhnyakdg2..belajar tinggi pon tak menjanjikan kerja & kehidupan yg diidamkan.mcm sy, belajar sampai ijazah, tapi keje kerani jek.if kak T tgk kawan2 berjaya n bergaya, belum tentu itu adalah realiti kehidupan depa..semoga kak t terus sukses & ceria2 sokmo ye..:-)

  9. idah February 17, 2010 at 6:29 AM #

    >AssalamualaikumApa khabar?… kenal akak?.. kwn lama sk k.krau… akak ada minta add awk dalam fb… td akk ada trbaca blog awk… mention about rintihan hati awk…. well dik… ALLAH tu adil utk smua umatnya… mungkin coz adik lihat kekurangan sbb tu adik rasa down… cuba pujuk hati dgn tgk kelebihan…bukan utk dibanggakan tapi untuk terbitkan rasa syukur… bagi akak based on apa yg u tulis in blog… your life is so cherish.. dapat lovely hubby,, anak yg chumel2… still have ma n abah.. ada siblings yg rapat…each other… hey come on… if u want to further study now.. u can adik.. skrg dah modern mcm2 leh buat… still not late 4 u to do it.. but how lovely now your situation.. dapat besarkan anak2 then bleh lagi tambah ahli keluarga tu.. he he he… bayangkan if u byk kekurangan cthnya.. dapay suami yg pemabuk,,kaki pukul, kaki judi.. kaki pompuan.. ank2 yg kurang ajar.. degil.. malas, or anak yg sakit teruk .. mcm2 lah… ok.. just to share my idea…c u then..

  10. MindHeartBodySoul February 17, 2010 at 7:00 PM #

    >Salam Tie….Sya touched dgn luahan rasa ini.Tie, biarkanlah … tak ke mana keangkuhan insan2 yang pernah singgah & Tie bertembung di sepanjang perjalanan hidup Tie.Keangkuhan, kesombongan & kebongkakan adalah penyakit yang berbahaya.Hmmm…syukur, walau diberhentikan dari kedai makan disebalik peristiwa 'blue'…. tiada pa yg harus dikesalkan. Syukur, Allah masih sayangkan hambanya yg bernama Tie… pasti ada hikmah disebalik setiap kejadian. Tiada apa yang Tie rugikan. Hati manusia kita tak boleh duga, rambut alangkan sama2 hitam…Walaupun berstatus part-time housewife… Alhamdulillah… panjatkan kesyukuran.Hidup Tie tetap lapang & tak bergelumang dgn kemelut lain yg dahsyat seperti yg diuji kpd hamba2Nya yg lain. Alhamdullilah Tie,.. masih mampu meredah jalanraya dengan kenderaan beroda4… dikala wanita2 lain, ibu2 lain menapak meredah org wam berebut2 bas & sbgnya…. Juga Tie masih mampu berlapang dada dgn nikmat & karunia Allah yang Pengasih & Penyayang….Te sayang…. semoga tie kuat semangat dlm mengharungi kehidupan ini. & juga semoga Tie bahagia bersama anugerah2 Allah berupa keluarga, anak2, sahabt handai, kesenangan dunia, iman & amal.Biarlah apa yg dicerca & dinista & dipandang tiada bermata dek manusia. HasbunAllah wa nikmal wakeel…

  11. Ruziawati Bukhari February 22, 2010 at 7:38 AM #

    >guys.. tq so much.. t amat2 menghargai nasihat kalian semua.. t lemah.. x kuat melayan benda ni semua.. harap t bertambah kuat slps ini.. wish me luck guys.. thanks a lot!!sayang korang semua!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: