>IBUKU TERSAYANG..

26 Feb

>Assalamualaikum…

Ari ni tak buat apa-apa.. Just santai-santai di rumah saja.. Adib demam semalam.. Dah tak berpeluang nak sertai program merentas desa di sekolahnya.. Hari Rabu ada latihan sukan .. Cikgu suruh berlari selama sejam di padang sekolah.. Daripada pukul 4.50 – 5.50 petang.. Dan cikgu suruh berlari tanpa memakai kasut.. Hasilnya.. Adib demam dan sakit kakinya balik sekolah hari Rabu tu.. So, hari Khamis terlantarlah dia.. Dia memang tak boleh panas sikit.. Sure demam terus.. Sensitip betul.. Dan stiap kali demam dia mesti minta ummi dia buatkan Air Laici.. Dah buat pun semalam.. Dan malam tadi dia request nak makan kek kat Secret Recipe.. Jap lagilah pegi cari.. Ada masa bersantai ni.. Nak luangkan masa update blog sat..


B baru balik berjumpa kawannya kat luar tadi.. Dia tengok T amik gambar, dia suruh T amik gambar dia sekali… Tu dia kuar pulak.. Beli lauk for lunch kat Restoran Pak Usop.. Uii.. Gulai Tempoyak Ikan Patin, Sambal Tempe Goreng, dan Ikan Keli Berlada.. Itu menu yang sudah pasti kalau ke Restoran Pak Usop.. Arwah Pak Usop actually…


20/02/10
Sabtu minggu lepas.. Kak Long ajak lunch di rumahnya.. Rumah Kak Long berselang beberapa buah rumah saja daripada rumah T.. Sementelah adik T, Nizam dan tunangnya, Ila ada datang sekali bersama Ma, Abah dan adik bongsu T, Erma.. Kami lunch sama-sama di rumah Kak Long.. Beberapa keping gambar disertakan..
Sebelum tu, T kuar cari barang dapor skit.. Selepas itu baru ke rumah Kak Long..


Geram betul ngan budak sorang ni.. Mak Su Erma yang amik gambar-gambar ni..


Minum petang pulak di rumah T.. T buatkan Air Koktail, Mee Hoon Goreng dan jugak Sandwich Sardin…

Tetamu sedang menjamu selera…


21/02/10
Hari ni Nizam datang ke rumah menghantar Mak Su Erma ke rumah T.. Nizam dan Ila nak balik ke Rawang dah hari ini.. Mak Su pulak nak balik ke Segamat naik bas petang nanti..

Kami keluar makan di Restoran Nina Asam Pedas..


Beli baju uniform Kadet Remaja dan topi untuk Adib, Mainan badminton untuk Nur dan skarf rambut untuk T.. Skarf rambut tu Mak Su belikan untuk T.. Tq Mak Su.. Jugak beli kain sejadah dan 2 helai kain tudung untuk T…

Tadi pegi ke Bukit Angin.. Tapau lauk dan beli Kuih Tauhu Sumbat tu..


22/02/10
Dapat parcel daripada Emy.. Tq so much Emy.. Serunding tu sedap sekali.. Nanti ada masa Ruzi buat kek tu pulak.. Hehe.. Nur siap cakap “Ya Allah! Siapa hantar ni untuk Ummi?” T jawab, “Aunty Emy”.. Terus dia cakap.. “Ya Allah! Baiknya Aunty Emy tu Ummi”!! Hehehe.. Nur.. Nur..
Untuk dinner T masak, Ayam Masak Kicap, Telur Dadar dan Sayur Goreng..

23/02/10
Minum air protien ni, Sculpt kat gym.. Belanja Kak Yah tadi.. Ajak dia minum sekali.. Harga segelas air ni RM10.. Kalau dah minum air ni, tak makan nasi pun still rasa kenyang..

24/02/10
Beli jus aloe vera ni.. Baru try.. Brand Forever..Sebotol RM85.. Beli melalui Cikgu Julia.. Owner gym ni.. Baik untuk kesihatan wanita..

Balik dari gym, Kak Anis call suruh g opis.. Dia buat Puding Koktail ni.. Makan kat rumah.. Sedapnya!! Tq so much Kak Anis..

Ni masa lunch di Restoran Wau Aimi..

25/02/10
Adib request nak minum Air Laici.. Buatkan untuk dia.. Setiap kali demam, mesti request nak minum air ni..


Menu simple tonite.. Ayam Perap Goreng dan Sayur Goreng saja..


Kesian anak Ummi ni.. Makan tadi pun dia suruh Ummi suapkan.. Tak larat sangat dia.. Time demam macam inilah kalau nak tengok dia terbaring senyap.. Kalau tidak.. Mahu pecah rumah ni dibuatnya!! Sekali bergandingan dengan adik dia si Nur tulahkan.. Sekali jugak bergandingan dengan suara gemersik ala-ala Jane makwe si Tarzan bagi pihak Ummi dia pulak.. Haru… :-p


Nur bagi ni kat T malam tadi.. Lambat lagilah sayang Hari Ibu.. Tapi tak apa.. Ummi akan simpan kad Nur ni.. Tq sayang!!


Ini tulisannya di dalam kad…🙂 Terharu Ummi membacanya sayang..

3 Responses to “>IBUKU TERSAYANG..”

  1. zAnNa@mAMaBaTriCE February 26, 2010 at 9:41 AM #

    >fuh……kak tie sekali update…mmg puas dok bc and tengok gambar…complete set ler…kak…tahu tak..sekarang nie…masak lemak patin dah jadi feveret zana tau…kalau kat kantin opis tu ada masak ikan patin…sure zana tak pandang kiri kanan punya makan…esp amik tang ekor…hu huhu…nikmat…tp belum betul2 rasa yg pure masakan dari pahang…bila ler nak merasa.sian adibcepat baik yerk

  2. Emy Omar February 26, 2010 at 3:03 PM #

    >sian adib..get well soon ye..budak2 ni pun kalau berjemur dalam panas sehari je sure demam..manja kan anak2 kita ni..tak biasa lasak

  3. My Putri February 28, 2010 at 2:33 AM #

    >tak kan masa sukan tak leh pakai kasut… bahaya tu… klu terpijak benda2 tajam..cmne tu…hmmmm….. kena tanya blk cikgu tu… bahaya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: