>MENYERAH DIRI PADAMU…

16 Jun

>Kali ke tiga aku datang menyerah diri padamu Pangkor….

Assalamualaikum..

Akhirnya!! Dapat jugak aku updatekan blog aku ni.. Rindu bangat deh!! Tak tertahan lagi.. Tak kira.. Hari ni aku update gak.. Kain yang berbakul-bakul tu tunggu eh? Aku siap update blog ni.. Turn kau pulak ye? Ko tunggu diam-diam kat situ ok? :-O

Gambar campuran ini adalah pada 25.05.10 – 27.05.10.. Adib tengah makan Nasi Goreng.. T belikan Ayam Panggang, beli Kuih Bakar dengan kawan dan jugak masak for dinner sebelum g Pangkor tempoh hari.. T masakkan Kari Ikan Kembung, Ayam Goreng, Sambal Belacan dan Ulam Raja. Alhamdulillah….

280610

Hari ini.. BSP buat opis trip ke Pulau Pangkor.. Ini adalah trip yang ke 6. Sebelum ini kami bersama-sama telah ke A Famosa Resort Melaka, Tiara Beach Resort Port Dickson, Salang Beach Resort Pulau Tioman, PNB Ilham Resort Port Dickson dan ke Bandung Indonesia tahun lepas.. Alhamdulillah.. Selepas ini agaknya ke manalah destinasi pilihan kami pulak ye?🙂

Pagi ni T bangun awal siapkan sarapan Mee Hoon Goreng dan jugak goreng karipap segera yang dibeli dengan kawan T. Jugak tempah Nasi Lemak dengan my mom.. Kami berhenti makan di R&R Tanjung Malim.. Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pangkor.. Orang ramai tapi sebaik sampai di Jeti Lumut, kami terus beratur dan dapat terus masuk ke dalam feri. Alhamdulillah.. Perjalanan dipermudahkan Oleh-Nya.

Sesampai di Pulau Pangkor, kami menaiki van untuk ke hotel. Sesampai di hotel, kami mandi, berehat, Solat Jamak dan terus turun ke pantai.. Kami tinggal di Nipah Water Front Beach Resort. Bilik besar dan selesa. Cuma kalau dicatkan bilik hotelnya lagi nampak menarik.. Eh! Banyak pulak songeh aku ni..🙂 Yelahkan… Bayar mahal-mahal.. Naklah bilik tu nampak menarik dan berbaloi dengan duit yang kita bayar.. Kan??

Pantai depan hotel kami saja.. Tapi kami mengambil keputusan berjalan di pantai yang jauh sikit dari bilik hotel.. Adalah berjalan kaki selama 20 minit untuk sampai ke pantai yang cantik ini.. Sangat berbaloi walau kena berjalan kaki.. Kat sini, kami mandi-manda, posing amik gambar bagai dan kemudian dalam pukul 6.30 petang, kami balik ke bilik. Siap mandi kami bersiap nak keluar dinner. Makanan sangat-sangat sedap.. Semuanya berasa di anak tekak kami. Maklumlah lauk semua segar belaka.. Selepas makan, kami berjalan-jalan di sekitar Pekan Nipah tu.. Kemudian, balik ke bilik.. Solat Jamak dan berehat.. Tidur time.. Yeah!!






290610

Pagi lepas usai Solat Subuh, kami merayap keluar berjalan di pantai.. Sangat tenang dan nyaman sekali dirasakan… Dalam 20 minit kemudian, g kedai tapau makanan untuk breakfast.. Kami bersarapan di depan pantai saja.. Tak ada formal-formal makan kedai.. Enjoy je dok makan ramai-ramai tepi pantai tu.. Selepas bersarapan, kami terus tempah boat nak ke Pulau Giam. Snorkeling bagai dan pas tu meredah hutan pulak nak ke pantai sebelah sana.. Sangat mengujakan sekali. Daki turun bukit.. Budak-budak tu apalagi.. Memang suka bab jungle trekking gini.. Sampai di pantai, kami terus mandi-manda.. Rehat, makan-makan sambil borak-borak.. Dalam 4 jam kami di Pulau Giam, kami pun pulang berehat ke bilik.. Tapau food for lunch dan makan di dalam bilik saja.. Acara yang dinanti ramai sudah tiba.. Yeah! Tido time.. Sangat nyenyak sekali dengan udara dingin di dalam bilik.. Haha.. Kemudian, bangun, Solat Jamak dan kami terus keluar pusing pulau naik van.. Kami ramai-ramai dok sumbat je dalam van tu.. Haha.. Kelakar.. Syok lak sebab tuan van sekepala dengan kami semua.. Tempat pertama kami singgah adalah di Kilang Hasil Laut… Borong Satey Ikan, Satey Sotong bagai.. Murah-murah saja sebab dibeli dikilangnya terus.. Kemudian, kami singgah di satu tokong ni pulak.. Siap ambil gambar, kami ke Dutch Fort pula.. Aha! Sangat seronok di sini.. Memang sesuai tempat ni kalau nak posing ambik gambar.. Dalam masa yang singkat jugak, kami singgah di Batu Bersurat.. Pak Cik yang drive van tu kata, batu tu semakin lama semakin membesar.. Wah!! Macam itu ceritanya.. Siap ambil gambar di situ, kami terus balik ke hotel.. Singgah dinner dulu dan kemudian sempat jugak membeli T-Shirt I LOVE PANGKOR. Kemudian, kami masuk ke bilik.. Mandi, Solat Jamak dan terus berehat di atas katil sambil menonton di chanel Star Movies.. Tidur nyenyak malam ni.. Penat punya pasal…


















300510

Hari terakhir kami di Pulau Pangkor. Kalau tak nak balik boleh tak? Seronoklah datang sini.. Huhu.. Pagi ni macam semalam selepas Solat Subuh, T dan anak-anak turun ke pantai… Ambil gambar untuk kesekian kalinya di Pantai Nipah.. Kemudian masuk bilik dan bersiap-siap nak keluar bersarapan.. Siap bersarapan, kami masuk ke bilik untuk mengambil beg. Pihak hotel dan telefonkan van buat kami.. Sesampai di jeti, feri sudah sedia menanti.. Sedang molek dengan kami.. Dan dalam 30 minit saja kami telah sampai di Jeti Lumut.. Alhamdulillah.. Selamat sampai.. Pusing Bandar Lumut.. Cari FM sikit lagi dan kemudian meneruskan perjalanan untuk balik ke rumah.. Tapi sebelum itu, sempat juga singgah di Teluk Intan.. Pergi melawat Menara Condong.. Posing-posing di situ dan kemudian berhenti untuk makan tengahari.. Dah kenyang makan nasi.. Kami meneruskan perjalanan.. Singgah pulak di R&R Lanchang untuk Solat Jamak. Dalam pukul 6.00 petang, kami semua telah selamat sampai di rumah.. Alhamdulillah.. Perjalanan kami pergi dan balik dipermudahkan Oleh-Nya. Agaknya lepas ni BSP buat trip ke mana pulak ye? Kena tanya Big Boss dulula jawabnya.. Hehe.. B, Sabah & Sarawak tak sampai lagi.. Bolehla pegi kot??🙂












Ini pulak gambar-gambar pada 02.06.10 – 04.06.10.. T campur-campur saja gambarnya.. T ada masak lauk for dinner.. Singgang Daging, Sambal Sardin Berkentang, Telur Dadar, Ayam Goreng dan Sayur Goreng. T jugak dapat handphone baru lagi. Tak bestla pakai Vivaz Sony Erickson tu.. T sempat pakai seminggu saja dan B ambil Vivaz tu.. B gantikan dengan Nokia N97. Baru puas hati. Apa-apa pun, tetap selesa memakai Nokia. Tapi satu sajelah.. Gambar dari Vivaz memang meletup amat sebab dia 8.1MP. N97 gambarnya tak cantik sangat.. Cuma 5MP saja.. Tu mangkuk hijau dapat masa B tukarkan minyak hitam sebelum g Pangkor ari tu.. Boleh letak kuih raya nanti kau.. Hehe.. T ada jugak ke Avon. Cuma beli bedak, lip liner dan purse. Cantik giler purse dia.. Suka corak bunga gini.. 4.6 pulak kami balik ke Kuala Krau.. Belikan Ma alat pencuci tu semua sebab cantik.. Limited Edition untuk Hari Ibu.. Warna Merah gini T suka sangatlah… My favourite colour!!


050610

Hari ini ada jemputan kenduri kahwin di Mentakab. Jiran lama kami dulu di Quaters Keretapi Kuala Krau.. Ma dan Abah seronoklah dapat berjumpa jiran-jiran lama mereka. Oops! Gambar pengantin tak ada ye? Masa tu pengantin tengah sibuk bersalin baju. Malasla I nak g kacau..🙂 Apa kata kalau T gantikan gambar pengantin baru dengan aksi-aksi anak dara T, Nur ni.. Boley layan tak?? Mak Su dia jeles Nur aksi gedik gini.. Dia pun nak pose gini gak tu.. Haha…

Kemudian, kami balik ke rumah dan sebelah petang, adik bongsu T baru sampai dari Segamat.. Untuk minum petang T gorengkan Keoy Teow dan buat Air Teh ‘O’. Adik-adik lelaki pulak sampai pada sebelah malam.. Dinner malam ni Ma buatkan Ikan Singgang. T pulak gorengkan sayur dan ayam. Meriah rumah kami malam ni.. Sampai rasa tak nak tidur.. Nak borak-borak aje.. Hehe…






060610

Pagi ni Kakak T baru sampai dari Kulim, Kedah.. Ma buatkan sarapan Nasi Goreng dan T pula buatkan Air Teh ‘O’ dan Roti Bakar.. Letak Madu Khaula.. Sangat sesuai!! Selepas makan, kami 2 kereta konvoi ke Kuantan.. Ada kenduri kahwin saudara Ma dan Abah di sini.. Selepas itu, kami terus menghala ke Kelantan dan yang lainnya pulang semula ke Temerloh.. Dalam pukul 6.00 petang, kami singgah makan di Kuala Terengganu.. Pukul 10.00 malam baru sampai di kampung B.. Tak penat ke?? Oh janganlah ditanyakan soalan itu kepadaku!!🙂





070610

Pagi ni selepas bersarapan berdua bersama B di Pasir Puteh, Kami tapaukan pulak makanan untuk orang-orang di rumah.. Selepas itu, kami terus ke HUSM Kubang Kerian untuk melawat Adik Ipar T.. Adik Ipar T telah selamat menjalani pembedahan. T dok jaga dia daripada pukul 12 tengahari hingga ke pukul 7.30 petang.. Masa tu dia baru 3 hari dibedah. Belah malam pulak Biras T yang jagakan.. T takut jaga waktu malam.. Haha.. Dasar!!

080610

Pagi ni bersarapan Nasi Berlauk.. Abang Ipar T yang belikan.. T cuma buatkan Air Teh ‘O’ saja.. Selepas makan, g pusing-pusing bandar Kelantan sekejap sebab B nak carikan hotel untuk kawannya yang nak datang bercuti ke sana.. Settle cari hotel, kami terus pulang ke rumah mertua.. Alhamdulillah.. Adik ipar T dah boleh keluar hospital hari ni… So, adik-beradik B dok berkumpul di rumah Bukit Abal.. Siap lunch.. Lepak-lepak.. Borak-borak.. Solat dan kemudian kami ke Jeram Mengaji.. Bawa budak-budak mandi sungai.. Adalah setengah jam gitu dari rumah mertua T.. Budak-budak aje yang mandi.. T amik gambar je.. Sebelah malam pulak g Kota Bharu.. Kakak biras ada buat makan-makan bbq sempena anaknya yang dapat tawaran belajar di GMI.. Selepas siap makan, kami terus balik ke rumah mertua semula. Ini saja gambar-gambar untuk hari ini..🙂







090610

Malam tadi bangun 3 kali susukan Pia.. Dah lama tak lalui benda gini.. Pantang dia menangis T terus sedar.. Sian Pia.. Tapi dia nangis sebab laparkan susu saja.. Tak merengekkan benda-benda lain.. Alhamdulillah.. Senang nak jaga Pia.. Mintak ngan My Sil nak bawa Pia balik ke Temerloh.. Dia tak bagi.. Hahaha.. Untuk pagi ni, T gorengkan nasi.. Buat Air Teh ‘O’.. Pas makan bersiap-siap untuk balik ke Temerloh.. Sempat bergambar jugak bersama anak-anak sedara..


Masuk di bandar Kuala Terengganu.. Cuci mata sekejap.. Hajat hati nak cari Roti Paung.. Tapi tak jumpa lak kedainya.. So, terus menghala balik ikut jalan ke Kuantan..

Masa lalu di Kg. Pasir Putih, Terengganu.. Ternampak satu gerai jual ROTI PAUNG. Adoiyai.. Rezeki tu!!.. Terus suh B stop on the spot!! Hahaha.. Dulu penah beli Roti Paung di Kuala Terengganu. Dalam tahun lepas.. Sangat sedap dan lembut betul rotinya.. Beli jugak dadih dan dimakan di dalam kereta.. Ingat nak tido di Awana.. Tapi tak jadi sebab ada hal lain dan kami terus pulang ke rumah… Home Sweet Home… Yeah!!

cite di cameron highlands aku update kemudian ok? nak g basuh kain dulu.. hehe..

5 Responses to “>MENYERAH DIRI PADAMU…”

  1. Fieza79 June 16, 2010 at 6:04 AM #

    >byk nya aktiviti T…sonok btol negok gamba2 yg bebagai tu….lepas gian btol la..tu wt n3 pjang benor…enjoy baca T nya n3

  2. Emy Omar June 16, 2010 at 6:29 AM #

    >wah..sekali update banyak cite terus ye..eh,ruzi kalau x salah orang la,pakcik van kat pangkor tu sama la dengan yang kami sewa last year..ramah & sporting pak cik tu..rajin berborak..hey mangkuk minyak hitam tu kami pun ada tapi colour putih..pink cantik gak ;P saya penah rasa roti paun made in Tganu ni masa pegi rumah kwan 9 thn yang lepas huhu..masa tu mak dia buat bisnes jual roti..memang lembutkan..eii bila nak makan lagi ni😦

  3. atty's June 17, 2010 at 8:22 AM #

    >asik jalan2 je T..mesti besh..kan..teruja kty nengok makanan..yg sedap2 belaka.

  4. .:nhalilah:. June 18, 2010 at 9:30 AM #

    >wah penat baca.. tp tgk gambo2 food yang kak ti makan tu buat perut saya keroncong la.. hikhikik..bestnyer pegi pangkor.. belum pernah pegi pun even umah nenek tak jauh dr situ..

  5. MaDiHaA July 2, 2010 at 1:23 AM #

    >T penat berjalan.. akak penat baca. hehehehe… tapi seronoklah baca cerita xtvt T ni.. tiap kali baca pun tak penah jemu.. rasa terhibur sangat2..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: