>SETIAP HARI….

20 Jul

>

Assalamualaikum…

Hari ni pas balik dari gym, T terus ke Roma.. Dah siap bawa baju bagai.. Hari ni start ambil pakej.. T bayar RM100 untuk buat sauna selama satu bulan.. Nak datang setiap hari buat sauna pun tak apa. Kalau sekali pergi dia charge RM20.. Baik T ambik pakej ni.. Lagi jimat rasanya.. Jugak bayar pakej bertangas… Bayar RM50 untuk 6 kali sessi bertangas.. T juga buat body scrub tadi.. Harga promosi RM40.. Rasanya harga tu sampai akhir tahun.. Harga normalnya ialah RM55.. Kalau facial selama setengah jam, dia charge RM10.. Kalau selama dua setengah jam, dia charge harga promosi RM50.. Harga normal RM80…. Semalam buat hair mask, RM10.. Harga kuku tangan dan kaki T tak sure sangatlah pulak.. Rasa dia sebut tadi untuk rawatan tumit kaki pecah, RM15. T ambil rawatan yang murah saja.. Dan rasa berbaloi sungguh dengan apa yang kita perolehi dengan jumlah duit yang kita bayar.. Selepas settle sauna, bertangas dan buat body scrub, terus masuk ke bilik air dan mandi.. Rasa lega badan.. Ringan dan sungguh bertenaga sekali.. Suke!! Esok ingat nak buat rawatan kuku dan kaki.. Baru start buat sauna dan bertangas.. Sauna ni bagus.. 1 jam dalam kabin sauna infrared tu bersamaan dengan 600 kalori yang dapat dibakar.. Bersamaan dengan 1 jam T naik basikal statik di gym tu.. Tuan punya salun pun layan, BAEK PUNYA!! Itu yang membuatkan T tak berpaling lagi ke salun yang lain!!πŸ˜€

T buat Pulut Durian dan Ikan Masin ni pada hari Ahad lepas.. 180710.. Di atas permintaan suami T.. Suka sangat tengok dia makan.. Berselera betul.. Dia okey je.. Tak cerewet pasal makanan.. Cuma tak boleh berapa pedas saja.. Jugak tak makan Tempoyak dan Rebung.. Pantang diala tu.. I okey je.. Tolak batu dan kayu.. Yang lain semua I telan.. :-O

One Response to “>SETIAP HARI….”

  1. Emy Omar July 20, 2010 at 1:28 PM #

    >Wah..bagus2 sauna ni salah satu usaha utk membakar kalori kan..kat sekolah tu sibuk orang dok beli sauna set yang flexible tu kita pun dok beli juge tapi belum berpasang-pasang lagi :p ruzi beli la..dalam RM499 je..banyak jenis kat kedai tu.boleh buat kat rumah..tapi ye la kalau kat salun ada orang nak layan & boleh bermanja2 kanπŸ™‚

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: