>LEMAS

3 Aug

>Assalamualaikum..

T dah janji Hari tu nak kongsi satu cerita sedihkan? Begini.. Semasa T bermalam di rumah adik ipar hari jumaat lepas (Lepas balik daripada dinner di Pannaz, Damansara Perdana tu.. Kami g rumah adik ipar T di Subang).. Tidur di sana sebab dah janji dengan adik-beradik B nak berkumpul di sana memandangkan mak dan ayah mertua pun nak turun sama dari Kelantan.. Adik ipar ada mengadu dia sukar nak bernafas akhir-akhir ni dan nak dijadikan cerita dalam pukul 3.30 pagi hari sabtu, 310710.. Keadaannya jadi semakin teruk.. Kami semua bertegas mahu membawanya ke hospital dengan segera. Dalam pada dia sukar nak bernafas tu, sempat dia berpesan kepada kami supaya menjaga anak-anaknya jika ada apa-apa yang berlaku ke atasnya.. “Jaga Pia, Jaga Udin”!! Berulang-kali (T tak pernah mengalami situasi begini.. Kalau dalam drama tv tu biasalah.. Aduh! Kelam-kabut dibuatnya!!) T turut menemani dia ke hospital.. B dengan pantas memandu kereta dan dalam beberapa minit saja kami dah sampai di Hospital Sungai Buloh. Kami cuma menunggu di luar dan dalam pukul 6.00 pagi baru tahu keadaannya macam mana.. Rupanya dia ada masalah paru-paru berair dan jantungnya turut bengkak!! Kesian my sil.. Selepas tengok dia di wad, kami pun terus pulang ke rumah.. Penat dan mengantuk bercampur menjadi satu tapi bila balik rumah tidur tak lelap mana pun sebab sakit kepala (T kalau tak cukup tidur memang akan sakit kepala.. Berdenyut-denyut.. Tapi lepas sapu Losyen Mustajab tu oklah sikit).. Simpati dan kasihan to my sil sebab anak-anaknya masih kecil.. Baru berumur 3 tahun dan 5 bulan.. Dia sebaya dengan T, 31 tahun jugak umurnya.. Tapi tadi baru telefon dan dia kata dia dah ok sikit dan berpindah ke Tropicana Medical Centre pula. Kat sana ada pakar jantung. Mungkin hujung minggu ni baru dia discharge dari hospital.. Tolong doakan untuk kesihatan adik ipar T ye? Doakan semoga dia cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan sehariannya dengan baik selepas ini…. Masalah bersalinkan anak-anak sebelum ini dah satu hal.. Masalah yang baru ini pula menjelma.. Dan macam-macam dugaan yang telah dilaluinya selama ini yang mana setiap satunya amat hebat sekali T rasakan.. Kalau T ditempatnya pun tak tahulah samada T dapat menanganinya atau tidak.. T tengok pun kasihan sebab secara fizikal tubuh badannya adalah kecil.. Berat dia cuma 37kg ok?! Macam tak terdaya nak menanggung beban yang dia pikul.. Da.. Kak T sayangkan Da.. Harap Da cepat-cepat sembuh.. Boleh jaga suami.. Boleh jaga anak-anak.. Boleh jaga rumahtangga.. Boleh pergi kerja.. Dan boleh macam-macam lagi ok?…

Selepas kami semua melawat adik ipar di Hospital Sungai Buloh pada hari Ahad, 010810, kami keluar makan bersama di Restoran Ani Sup Utara di belakang Hospital Pusrawi di Kota Damansara.. B belanja kami semua makan hari tu.. Seronok berkumpul makan ramai-ramai tapi taklah over sangat pasal kasihan pada adik ipar T di hospital tu..




Inilah dia Ibu Mertuaku.. Hehehe.. Lepas balik daripada makan-makan tu, kami semua berkumpul di rumah Abang Long pula di Selayang.. Lepak situ sekejap dan kemudian terus balik ke Temerloh. Home Sweet Home!!

T mahu bertanya sesuatu ni.. Terlampaukah jika T dok sebok-sebok mengecat rumah ketika adik ipar sedang terlantar sakit di hospital sekarang? Memang kami dah plan nak mengecat rumah pun tahun ni.. Cuma sekarang baru berkesempatan.. T tahu T tak sepatutnya mementingkan diri dan berseronok-seronok dok berkemas rumah memandangkan keadaan adik ipar T sekarang.. Tapi ketahuilah.. T dah lemas!! Ye.. Dah lemas diulit cat merah gini selama hampir 4 tahun ini.. T nak sesuatu yang simple dan menyegarkan… Kalau Da baca blog Kak T ni.. Kak T mintak maaf ye? Sebab di saat Da menderita kesakitan, Kak T dan Abang Yi sebok dok mengecat rumah pulak… Gosh!!

Inilah keadaan dalam rumah T selama 4 tahun ni.. Dah mula rasa bosan… Lemas rasanyakan??

Rumah dah hampir siap dicat…Anak saudara B yang mengecatnya dan B adalah tolong sikit-sikit jugak.. Rasa dah boleh bernafas balik dah!! Emmm.. Barulah rasa lega (baca dengan nada yang sama dalam iklan minyak angin cap kapak dalam radio ari tu)… Hik3.. Ada-ada sajalah T nikan??…



** B dah janji nak tukar sofa baru lepas ni.. Harap-harap dia dapat tunaikan janjinya.. Sofa di rumah ni dah 10 tahun umurnya.. Dah patut ditukar punkan?? Kan?? 😀 **

5 Responses to “>LEMAS”

  1. Emy Omar August 3, 2010 at 4:31 PM #

    >Insyallah saya doakan adik ipar ruzi kembali sihat seperti sediakala..banyak2 kan bersabar

  2. .:nhalilah:. August 4, 2010 at 2:14 AM #

    >hopefully sil akak akan beransur pulih.. byk sabar..

  3. A.I August 4, 2010 at 2:25 AM #

    >Semoga SIL kau akan sihat semboh mcm biasa blk. sian kt anak2 dia…-cantek la cat baru tu T🙂

  4. mysha August 4, 2010 at 4:58 AM #

    >aKak SEmoga adik IpaR akak CepaT semboh.. Slalu biLer tGk daLam Tv taK tERasa bila ALami sendiRi taKot kan??!!…ErM kak T shA RAsa akaK taK saLah pun Cat UmAh tu.. Mn naK taw beNda cenggIni jaDik..taKder oRg nk benda mcM nih jaDIk kan…he..besaR umaH akak…

  5. KSWSK August 4, 2010 at 5:01 AM #

    >nampak segar je suasan dlm umah T ngan kaler cat baru tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: