>SEKALI HARUNG SAJALAH!!

8 Aug

>Assalamualaikum…

Lama tak berupdate blog ni.. Hari ni baru ada masa skit.. So, banyak cerita dan gambar.. T satukan saja dalam entry kali ni.. SEKALI HARUNG SAJALAH!!

31072010

Gambar ni masa T di rumah SIL di Subang.. Biras T bawa Kerang ni dari Melaka.. Besar sungguh saiznya.. Makan sikit pun dah kenyang.. Kami dok makan Kerang ni sebelum kejadian my SIL masuk hospital pasal sesak nafas tu…😦

01082010

BIL yang dok Melaka ada buat bisnes jual kuih raya ni.. Dia bawa ke KL dan habis kami adik-beradik dok beli.. Tak sempat makan raya dah.. Kami makan “le-le” tu jugop!! Sedap sangat rasanya.. Hik3!!😀

Hari tu T ada cakap masa pas dinner di Pannaz, Mr. Shahnaz ada berikan T cookieskan? Inilah dia cookiesnya.. Sedap!! Tq again Mr. Shahnaz!!🙂

02082010

Balik dari KL kami bawa anak sedara B.. Nak tolong mengecat di rumah kami.. Sebelum g cari cat, kami breakfast dahulu.. Nasi Kerabu sudah semestinya!! Dan kemudian kami ke Kilang Cat di Taman Seri Kemuning..


Masa di ROMA… T belek satu majalah ni dan…

Berkenanlah akan T warna catnya itu!! Terus amek pinjam majalah tu dan bawa ke Kilang Cat.. Feature Wall tu T guna cat Nippon Odour – Less In Aged Bronze 132A, yang light sikit tu Wall Nippon Odour – Less In Classic Silk 5011P. Pada T cantik aje warnanya.. Hari tu dah guna warna gelap.. Warna ni kira oklah…

Dan inilah dia hasilnya setelah dicat… Kena main lighting kot baru dapat hasil macam gambar dalam majalah tu.. Atau kena tukar perabot macam dalam majalah tu baru dapat hasilnya sejibikkan?? Hahaha.. Haru!!

05082010

Siap mengecat, T cari kain langsir lak.. Langsir di rumah ni dah 5 tahun tak berganti.. Jadi tidak salah rasanya, tahun ni kita jahit langsir barukan?? :-O

Hari ni Ma T datang ke rumah.. Tadi shopping kain langsir dengan dia.. Sebelah petang bawa dia pergi ROMA.. Buat Sauna dan Facial.. Balik ke rumah terasa lapar dan ingin nak makan Pecal.. Terus g kedai dan memandangkan T dah ada perencah Kuah Kacang segera yang T beli di ROMA sebelum ni.. T terus buat Pecal dan Mee Rojak.. Yum! Yum!! Sedap…

Sebelah malam, kami keluar beli barang-barang keperluan Adib untuk mengikuti rombongan sekolahnya ke The Lost World Of Tambun dan Cameron Highlands.. Beli baju, kasut, seluar..

Hasil Shopping….

Suka baunya itu!!

Susah cari kasut dia.. Size kakinya besar.. Sama macam T jugop!! :-*

06082010

Hari ni keluar dengan Ma pergi ke pembukaan rasmi ZON RIA. Kedai baru bukak.. T tak beli apa.. Temankan Ma yang bershopping saja.. Masa kat situ terserempak dengan Kak Long dan dia ajak minum di Restoran Old Town.. T pekena Roti Canai sama itu air Teh.. Yum.. Yum..

Untuk minum petang, T rebus Nasi Impit ni dan dimakan bersama Kuah Kacang… Sebelum balik ke Kuala Krau untuk menghantar Ma pulang, Kami singgah sekali lagi di Kedai Kaid Johar.. Cari langsir lagi.. Cari yang jenis jarang pulak.. Day Curtain.. Hari tu lupa nak beli..


T beli kain langsir jenis ginilah baru ni.. RM15.95 semeter.. Harga sebelumnya kalau tak salah RM19.95 semeter.. Pas tu cari lak day curtain.. Tu yang warna coklat yang bawah sekali tu.. Yang tu harganya RM10.90 semeter.. Untuk hiasan di langsir, T beli kain net.. RM5.90 semeter.. Beli kain jenis murah saja.. Itu yang termampu.. Nak beli kain langsir yang mahal banyak lagi barang raya yang masih belum dibeli.. Ini pun dah oklah..T hantar jahit dengan jiran Ma di Kuala Krau.. Langsir di rumah sebelum nipun dia yang jahitkan..

Nur lak ajak masuk Guardian.. Nak beli DVD tu.. Buy 1 free 1.. Dia nak bagi pada sepupunya yang satu lagi tu..

Pas dinner, rehat dalam bilik.. Layan laptop sebelum tidur… (Pak Anjang.. Kami tidur dalam bilik Pak Anjang dan Mak Anjang eh?)


07082010

Pagi ni kami balik semula ke Temerloh.. B dok mengecat rumah hari ni.. Ada sikit lagi di grill tingkap dan pintu.. Final touch up gitu.. Hehe..


Kemudian, kami keluar makan di Bukit Angin.. Nasi Goreng Kampung kat sini memang power!! Sesuai citarasa T.. Rojak Ayam pun yang TERBAEK!!


Tadi singgah beli tudung dan kasut Nur di ZON RIA.. Pembelian RM50 ke atas dapat payung ZON RIA.. Besar gak payungnya.. T pun join jadi member ZON RIA.. Bayar RM10 dan dapat voucher RM10.. Kira okeyla tu kot.. Nak pulak tempat ni berhampiran dengan tempat mengaji my kids.. So, boring-boring tunggu depa nanti.. Boleh carik barang kat sini.. Em… :-*

Mak Mertua ada kirimkan T Buah Dokong dan Rambutan ni dari Kelantan.. Terima kasih Mama. T ambil di Terminal Bas tadi.. Hari tu masa di KL dia dah bawa sekotak seorang.. Hari ni dapat lagi sekotak.. Rezeki.. Rezeki..😀

08082010

Adib sampai tengah malam tadi di rumah.. Hubby pergi ambik dia di sekolah.. T dan Nur dok layan Cerekarama “HIJAB DI KALBU”.. Adoi!! Dok guna syaitan dalam amalan seharian.. Jauhkanlah aku daripada semua itu Ya Allah!! Tahniah Feroz Khan.. Dok mengarah drama serupa ini. Baguslah dibuat pengajaran..

Ini gambar-gambar Adib di Cameron Highlands.. Dia tak ambil gambar di The Lost World Of Tambun.. Cikgu takut camera budak-budak rosak.. Tapi memang lost satu bendalah kat sini… Spek matanya hilang lorrr.. Adib.. Adib..



Dia banyak ambik gambar bunga.. Sikit je gambarnya yang ada.. Ini pulak yang dia belikan untuk T.. Untuk Nur dia belikan buku nota kecik.. Nur suka sangatla dapat buku nota kecik gitu.. :-O

Tadi B dan anak-anak bergunting rambut.. Kemudian kami cari spek mata baru buat Adib.. Baru 3 bulan lepas beli spek mata baru buatnya.. Hari ni beli lagi yang baru.. Harga tak mahal.. Sekitar RM88 saja.. Kemudian episode mencari sofa pun bermula.. 4 buah kedai perabot kami pergi tapi masih tak jumpa yang berkenan di hati.. B cakap nak g cari sofa Fella Design.. Kat sini tak ada.. Kena pergi Kuantan atau KL untuk cari sofa ni.. Tadi kami cuma beli 2 buah tilam dan jugak rak kasut.. Depa akan hantar esok.. Malam ni mesti dok termimpi ke sofalah jawabnya!! Selagi tak dapat, selagi tu tak senang duduk!! 🙂




4 Responses to “>SEKALI HARUNG SAJALAH!!”

  1. KSWSK August 9, 2010 at 6:30 AM #

    >fella design br wat warehouse sale dia last weekend T..mmg ramai gilos org ha…

  2. MaDiHaA August 9, 2010 at 6:52 AM #

    >T… cantik kain langsir yg T pilih tu.. warnanya mmg sesuai sgt ngan warna cat baru rumah T tu… wahhh… beraya sakan lah T tahun ni yekk.. hehehe… T sama perangai ngan akak tauu.. kalau dah rancang nak beli sesuatu.. selagi tak dpt.. selagi tu tu ler tidor mlm termimpi2.. hehehe.. p/s: T.. akak mintak maaf ye T.. tempeyek tu order dah ditutup… Kawan yang membuat tu dah tak sanggup nak terima order lagi..

  3. UnGu VioLet August 9, 2010 at 6:26 PM #

    >kak.. semua makanan2 tue.. buatkan mar terliur sgt2 kak.. huhu.. bestnyeeeee… slmt berpuasa utk akak yer..

  4. siti nur fadhilah August 10, 2010 at 10:51 PM #

    >blum pnah sampai Lost World of Tambun lg..hehe..rumah sini dah tukar langsir tahun lepas :p keje2 macam ni memang ibu2 je lah yang tau..anak2 tukang panjat2 n tengok je.😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: