>SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK…

10 Aug

>Assalamualaikum….

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1431H. Alhamdulillah.. Dapat lagi T melaluinya tahun ini. Selamat menjalani ibadah berpuasa buat umat Islam di luar sana.. Ampun dan Maaf dipinta sekiranya terdapat sebarang dosa.. Semoga kita mendapat berkat dan keampunan dari Yang Maha Esa.. Insya Allah.. Amin..

090810

Tilam baru kami baru sampai hari ini.. Jugak rak kasut tu. Tilam tu jenama Honey.. Oh manisnya!!πŸ™‚ Dan semestinya sangat selesa tidur di atas tilam baruku ini!! lol


Kawan B berikan ini pada kami.. Beras Siam dan jugak Serunding Daging.. Sedap rasa Serunding Daging tu… Rezeki kami hari ini.. Alhamdulillah…

100810

Wah! Tarikh hari ni cunkan? Suka dengan tarikh unik gini.. Tahun ni yang T nantikan adalah 101010… Wah!! Apalah akan jadi pada hari tu nantikan? Harap-harap yang baik-baik saja akan berlaku.. Bukan T mintak pada diri T seorang.. Tapi untuk u ols jugop!!πŸ™‚

Hari ni T masak Ayam Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Goreng dan Sayur Campur.. Sedang molek selesai memasak tu.. Gas pun habis!! Fuh!! Nasib baek!!.. Tapi stock gas masih ada.. B balik makan tengahari tu, dia sambung pasang yang baru….

Sebelah petangnya, T ada menjemput kawan T, Kak Anis datang ke rumah.. Sebab T ada nak kirimkan barang buat Ma T di kampung.. Untuk minum petang T buatkan Rojak Mee Simple (Cuma Mee dan Telur Rebus) dan jugak Nasi Impit bersama Kuah Kacang.. T juga ada gorengkan Sata frozen yang diberikan oleh Kak Long T. Ada kuih sikit dan jugak buat Air Teh Perisa Strawberry.. Kak Anis.. Tq sebab tolong T hantarkan barang buat Ma semalam ye?!!


Kami sekeluarga pergi Solat Terawih malam tadi di masjid baru di perumahan kami.. Dekat saja… Kami jalan kaki saja.. Ingat nak buat 20, tapi dapat 8 aje sebab anak-anak dah ajak balik lorr… Nak buat homework kata mereka.. Lagipun depa dah mengantuk sangat-sangat.. Tak pelah.. Dapat 8 pun dah syukur dah..

110810

Ini masa bersahur tadi.. T panaskan lauk Ayam Masak Kicap.. T jugak ada masakkan Sup Ikan Merah dan Ayam Goreng.. Jugak Serunding Daging bersama Buah Kurma.. Air Milo Panas pelengkap hidangan.. Tak lupa minum air masak Beyond Zhulian juga… Buat bekalan sepanjang hari ini.. Insya Allah. Semoga puasa kita diberkati di hari pertama ini.. Amin…

12 Responses to “>SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK…”

  1. bizzonline August 10, 2010 at 10:40 PM #

    >Selamat berpuase kak..*ehem2 tilam baru..ada makna tu!larikkkkkkkkkk

  2. fiziskandarz August 10, 2010 at 10:55 PM #

    >salam ramadhan to kak T and family. mintak maaf semua salah silap ok. makan best3 tuhs jgn la lupa kami kat siniπŸ™‚

  3. siti nur fadhilah August 10, 2010 at 10:57 PM #

    >salam ramadhan kak T, thanks jenguk blog saya.. meriahnye..tilam baru lagi~ :p may Allah bless u n family..πŸ˜€

  4. β˜† lieya latif β˜† August 10, 2010 at 11:50 PM #

    >selamat berpuase kak…meriah atas meja akak…..he he he

  5. .:nhalilah:. August 11, 2010 at 1:07 AM #

    >selamat berpuasa kak..wah meriah sahur.. saya and hubby sgt2 jarang sahur nasik.. biasanya mi sup.. atau roti ngan susu..

  6. ~~ciklinn~~ August 11, 2010 at 1:54 AM #

    >wahh best tu tilam baru… mesti lambat jer nak bgn..sbb best golek golek dan golekk…tie selamat berpuasa……

  7. Emy Omar August 11, 2010 at 3:04 AM #

    >Selamat Berpuasa buat ruzi & keluarga..syok tgk menu sahur ruzi tu..saya tak biasa makan nasi time sahur cuma mkn roti@biskut+air nescafe je..tapi pagi tadi masak juge nasi utk Lan & Ez

  8. rose --{@ ibuRafiq @}-- August 11, 2010 at 6:51 AM #

    >sonotnye..anak2 dah besar leh la g tarawih ye kak Tterliur tgk serunding tu..huhuselamat berpuasa kak..:-)

  9. UnGu VioLet August 11, 2010 at 11:34 AM #

    >Salam Ramadhan Mubarak kak.. Selamat menjalani ibadah puasa dr mar untuk akak sekeluarga.. Moga amal ibadah kita diterima di sisi Ilahi.. Ameen..

  10. Atia Adina August 11, 2010 at 4:25 PM #

    >selamat berpuasa……lauk pauknya meriah bangat

  11. Fieza79 August 12, 2010 at 2:53 AM #

    >wahh tilam baru nmpk…best ehh…bln pose ni jenuh la T dgn juadah yg berbagai sbb T kan rajen memasak..suka tgk mkanan2 tu seb bek tak tergoda lg ni msh awal..!

  12. KSWSK August 12, 2010 at 5:33 AM #

    >date yg cantik2 ni mmg ramai yg suka..senang nak ingat…selamat berpuasa T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: