>7 RAMADHAN

17 Aug

>Assalamualaikum..

Untuk hari ni T masakkan Ikan Kembung Masak Merah @ Sambal… T suka makan pedas-pedas. Tapi tak elok diamalkannya selalu ye makan pedas-pedas ni.. Sekali-sekala tu nak melayan selera tekak bolehlah..😀

Ayam Masak Kicap.. Di atas permintaan anak-anak..

So, inilah rupanya meja makan T tadi.. Dua jenis lauk saja.. Ada Timun dibuat ulam.. Buah Kurma dan T buatkan Air Anggur dan Air Oren Sunquick.. Makanlah kami hanya 3 beranak.. Berbuka tanpa adanya Abang dan Abah di sisi.. Dia ada rape case di PJ. Macam tak best saja makan bertiga..😦 Tapi kerenah anak-anak menceriakan suasana seketika. Dok layan depa makan.. Alhamdulillah.. Teruskan berpuasa lagi ye anak-anak Ummi??

** tengah bersedih.. sesuatu sedang bermain di fikiran.. berlegar-legar dia dalam kepala otak aku ni.. serabut.. serba-salah.. kecewa dengan apa yang telah terjadi.. mungkinkah ada sinar yang akan menerangi kegelapan ini? hanya Allah yang mengetahui.. bak kata Maher Zain.. Insya Allah.. Insya Allah.. segala yang telah berlaku dah menjadi ketentuan-Nya.. dan ada jalan penyelesaiannya.. betul ke? Tapi wahai manusia.. cubalah untuk berubah.. fikirlah perasaan orang lain juga.. orang lain bukan tunggul untuk kau layan kami begitu.. Boleh ke dia berubah demi kami semua?? **

9 Responses to “>7 RAMADHAN”

  1. Fieza79 August 18, 2010 at 1:01 AM #

    >masak pedas mmg best..fieza suka yg pedas2 kalo tak rasa tak lalu je tekak ni..huhuu

  2. en_me August 18, 2010 at 1:38 AM #

    >tak baek tau tunjuk2 gambar makanan sodapp ghitewww.. akak t jangan nakal oke.. ekeke*thanx sudi ke blog me yg ittewww

  3. wati August 18, 2010 at 2:53 AM #

    >salam T,akak boleh kata hari2 mkn pedas,kalau tak pedas mcm xde 'rasa' mknan tu,tekak masing2 kan..

  4. wati August 18, 2010 at 2:56 AM #

    >jgnla sedih2..setiap masalah ada jln penyelesaian,insyaallah…mudah2an allah bg yg terbaik utk kita semua

  5. mysha August 18, 2010 at 3:48 AM #

    >aKak seBelah Umah Akak Ada kOsong tak?? nAK Jadi JiRAn akak hehehe…Leh MeRAsa aKak mASAK… hehehe…p/s:akaK nAPer kaT bawah tu AKak mCm seDEy jer??

  6. mek da ©™ August 18, 2010 at 5:45 AM #

    >sdp mmg semua sdp kak t..sukaaaaa

  7. NiezaMan August 18, 2010 at 6:55 AM #

    >masak simple, tp sebab masak sendri tu yg jd sedap..tul x Ti?

  8. kak ina kl August 18, 2010 at 10:35 AM #

    >salam dan selamat menyambut bulan ramadhan..ishhh sedap-sedapnya masakan kamu ni..menggiurkan.terima kasih sudi datang ke blog akak yer dan jemputlah datang selalu.

  9. Ammi Sara August 18, 2010 at 2:38 PM #

    >alhamdulillah rezeki kan..suami T lawyer ke? T keje ape ek? mudahan puasa penuh tahun ni ye anak2(doa untuk anak sendiri dan anak2 kawan..)🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: