>9 RAMADHAN…

19 Aug

>Assalamualaikum…

Agak-agak ada yang boring tak datang singgah sini tengok T dok bercerita pasal makanan saja? Harap u ols ok je ye? Hehehe.. Maklumla.. Tiada aktiviti lain bulan puasa ni.. Selepas bersahur, mandi. Tunggu Subuh.. Solat Subuh dan mulalah tengok anak-anak bersiap ke sekolah… B yang hantarkan mereka.. Ha! Masa tu dalam pukul 7.30 pagi… T dok menyapu, berkemas rumah aka melipat kain ke apa…. Dalam pukul 8.30 pagi start dengar radio ERA sambil melayan Blog dan Facebook.. B pergi kerja dalam pukul 10.00 pagi gitu.. Dan T mengadap laptop ni sampailah ke pukul 12.30 tengahari.. Bersiap nak pergi sekolah ambik anak-anak.. Balik dari sekolah.. Terus ke kedai beli lauk untuk dimasak ketika berbuka puasa nanti.. Balik rumah dan tunggu anak-anak bersiap nak pergi ke kelas mengaji Al-Quran pulak.. Siap solat Zohor, pukul 2.30 petang T hantar anak-anak ke sekolah.. Balik ke rumah layan TV3.. Cerita bersiri Thailand.. Striving For The Sun.. T minat kat heroin cerita ni.. Dulu biasa tengok dia berlakon di TV2. Kali ni dia mentalla pulak.. Geram je tengok dia dok aniaya emak tiri dia. Emak tiri dia pulak sebijik macam muka Azizah Ariffin TV3 tu.. Sangat-sangat cantik!! Sekarang kisah cerita T rasa dah berada di puncak.. Sikit je lagi nak habis tu kot sebab mak tiri dia hampir dapat menyiasat tentang latar belakang dirinya yang sebenar.. Tak sabar nak tengok ending cerita ni tau!! Hehe.. Sementara nak menunggu Asar pulak, layan Facebook sekejap.. Selepas solat Asar… Mulalah T masuk ke dapur.. Masak yang ringkas dan menu senang-senang saja. Tak reti nak masak yang berat-berat.. Kena belajar lagi.. Ngeeeeeee … (Nampak tak T tengah tersenyum sampai ke telinga ni!!) Sementara nak menunggu waktu berbuka.. Layan Epilog Syurga Cinta pulak.. Fida sebijik Siti Nurhaliza ye? Suara dia.. Gelak dia.. Dia ada ikatan persaudaraan rasanya dengan Siti tu.. Pernah terbaca di majalah mana tah sebelum ni.. Masa program Olay tu kalau tak silap dia jadi juarakan? Program tu kat TV3.. Tapi T tak tengok program tu.. Tengok iklan dia gitu-gitu aje.. Okey… Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba.. Iaitu waktu berbuka puasa.. Kami makan dan kemudian berkemas di dapur.. Siap semua pinggan dibasuh.. Naik ke atas untuk bersolat Maghrib.. T dan anak-anak tak pergi berterawih di masjid pun.. B seorang yang pergi.. Anak-anak selalu banyak homework.. (Layan depa buat homework dan depa masuk tidur dalam pukul 9.30 malam selepas solat Isyak) Depa dok mengadu penat dan mengantuk masa bersolat terawih minggu lepas.. Hem… Dan biasanya sebelum tidur.. T cuba updatekan blog.. Inilah kegiatan harian T sepanjang bulan puasa ni.. Aktiviti u ols pulak? Mesti lagi menarik dari apa yang T hadapi sehari-hari nikan? Maklumlah.. U ols kerja.. T dok rumah saje…

Sempat snap gambar ni tadi.. Depa dok tidur.. Penat la tu agaknya..

Untuk hari ini T masak Ikan Merah Asam Pedas (Adib cakap sedap daripada Restoran Nina Asam Pedas kat Temerloh ni.. Betul ke tu Adib?), Ayam Masak Halia dan jugak Ikan Tilapia Goreng di atas permintaan Nur… Ada seketul lagi Ikan Merah tu.. Adib suruh simpan untuk bersahur pagi esok.. Tadi dia tanya “Ummi, ada telur dalam peti tak? Esok Ummi buat Telur Dadar dan panaskan kuah Asam Pedas Ikan Merah tu ye?”… Ye.. Ye.. Ummi sediakanlah esok Adib..



Juadah berbuka tadi.. Syukur Alhamdulillah.. Ini merupakan rezeki kami hari ini.. B tambah beli Kuih Kaswi, Buah Melaka, Bubur Pulut Hitam (semua ni berasa di tekak aku dan hubby) di Pasar Ramadhan dan yang paling best.. Si Murtabak yang tengah panas-panas tu!! Berebut-rebut makan tadi.. Haha.. Siot je makan berebut-rebut ni.. Benda yang sikit tulah yang nak direbutkan pun.. Hari tu B beli 2 keping Murtabak ni.. Tak habis pun.. Mentang-mentang benda tu sikit.. Le-le tu nak perabih!! Haru!!

Air lak aku buat Nescafe Ais Kaw-Kaw.. Jugak Air Sirap.. Nur nak Milo Panas.. Buatkan untuk dia jugak tadi.. Selagi apa yang diaorang nak makan, T dan hubby cuba penuhi permintaan mereka.. Baguslah anak-anak Ummi meneruskan puasa di hari ke 9 ini..

Tadi masa g kedai beli lauk.. Belikan majalah ni jugak… Makin vogue Azah Aziz kita.. Anak bujang pun dah besar.. Aku suka tengok dia berlakon dan masa jadik model dulu.. Natural beauty.. Si hitam manis yang jelita dan menawan.. Suke tengok dia dengan Mr. Daudnya tu.. Secocok!

** Got to go… Nak prepare dokumen ni.. B suruh aku siapkan.. Esok client nak datang sign.. Bye.. Nite.. Muah!! **

9 Responses to “>9 RAMADHAN…”

  1. mountdweller August 19, 2010 at 1:39 PM #

    >Assalamu alaikum THueh… banyaknya lauk!Uncle tak makan banyak, tu sebab auntie kata tak berbaloi masak.

  2. :: LadyVerde + Mr.Doc :: August 19, 2010 at 3:20 PM #

    >salam…1st time here :)wow azah aziz the blonde ambition…nice! ;D

  3. fiziskandarz August 19, 2010 at 9:02 PM #

    >alolololo kasihannyer tgk anak2 kak T letih yer. xper xper nanti raya mintak ibu + ayah duit raya xtra ok🙂 kak T buku2 dalam stack kat gamba tuhs kalu buat photography subject best tuu!😀

  4. zAnNa@mAMaBaTriCE August 19, 2010 at 9:35 PM #

    >salam kak tielama dah tak masuk umah kak tie since tak boleh nak online dari office and streamyx umah prob…but now dah OK…baru ler boleh merewang kat blog kak tie nie..wah…biar simple..janji sedap and anak2 suka kak tie….dari beli kat bazaar yg kadang2 rupa jer menarik, rasa ntah apa2…..hu hu huzana pun minat ngan azah aziz tu kak…walaupu dia hitam tp cantik sgt2….anak2 bujang dia pun handsome gitew….

  5. KSWSK August 20, 2010 at 3:11 AM #

    >byknya buku n majalah T

  6. salina August 20, 2010 at 6:20 AM #

    >eh mana ada boring..seronok sebenarnya tgk blog ti ni tau..kalau nak tgk makanan sedap dan lazat, saya pasti terjah ini blog. cuma tak tinggal komen sbb tak sempat…

  7. farah : m0mma HD August 21, 2010 at 3:10 AM #

    >salam T… sedap wei lauk lauk dia… mkn sedap sokmo…

  8. BABY(MAMA AMANA&ARIEF) August 21, 2010 at 3:32 AM #

    >salam nak jemput join ga saya berkaitan cdhttp://littlemummydaddy.blogspot.com/2010/07/littlemummydaddy-giveaway-contest.htmljemputla kalau sudi ye

  9. mek da ©™ August 27, 2010 at 1:39 AM #

    >bestnya tgk almari pat simpan majalah tu kak..mabelosssss

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: