>PUASA GANTI HARI KE 4

1 Oct

>Assalamualaikum…

Okey, untuk hari ke 4 berpuasa ganti ni.. T masak lagi Kari Ikan di atas permintaan anak-anak.. Hari ni T guna Ikan Kembung pulak… Kalau semalam T gunakan Rempah Kari yang T beli di Kelantan balik beraya baru ni.. Tanpa menggunakan Santan.. Hari ni T bubuh sedikit Susu Cair ke dalam kuah kari ni.. Rasanya not bad.. Hubby pun laju je makan tadi.. Asal tak pedas je makanan tu.. Memang Nur dan Abahnya akan makan banyak.. T dan Adib lain.. Lagi pedas lagi banyak yang kami akan makan.. Aha!!

Ini pula Ayam Masak Kicap Halia.. Letak jugak Daun Bawang sekali..

Sayur Kobis Bercendawan… T suka sangat makan Cendawan tau.. Yummy!!

Inilah dia menu berbuka hari ini.. T sediakan juga Air Sirap Bandung.. Lupa pulak nak belikan Ice Cream Soda.. Kalau ditambah sekali lagi sedap!🙂

Hubby bawa balik Lemang, Rendang Daging dan Rendang Ayam sebelum berbuka tadi.. Dia lambat balik pasal dok berborak dengan tokey katering kat Temerloh Jaya ni.. Rupanya Haji Shamsuddin tu client my hubby.. T pesan pada Hubby nak dua batang Lemang.. Tuan Haji bagi lagi sebatang.. T nampak dia dok membakar Lemang tengahari tadi masa nak pergi ambil anak-anak di sekolah.. T tanya boleh ke nak beli Lemang tu dua batang.. Dia kata boleh dan datang ambil sebelah petangnya.. Sedap rasa Lemang dia.. Tahun lepas pun beli dengan dia jugak.. Yummy Ammy!!

Lemang, Rendang Daging dan Rendang Ayam ni masih panas.. Baru diangkat dari dapur kata Hubby.. Makan Lemang dan rendang bagai memang best musim raya gini.. Hehehe…

7 Responses to “>PUASA GANTI HARI KE 4”

  1. Mummy Dasy October 2, 2010 at 12:39 AM #

    >uish sedap tu… nak2 ayam masak kicap halia tu..

  2. mek da ©™ October 2, 2010 at 12:52 AM #

    >bagus kak t dah ganti pose..tahniah heheh

  3. Ratu Syahadah October 2, 2010 at 5:42 AM #

    >amboii kak ti, nak sket lemang tu hehehe

  4. Ammi Sara October 2, 2010 at 8:33 AM #

    >T, dah 4 hari puasa ek, daku lum start lg (alasan anak menyusu n hari tu on antibiotik) huhu..hubby pun dah 3 hari puasa, insyaAllah mgu dpn nak join dia.lawa lah gambaq kat blog T tu…cute je mak owang ni, hehe..

  5. jomsantaisekejap October 2, 2010 at 4:51 PM #

    >tengok je dah terasa sedapnya.. kalau macam ni rasanya hari hari puasapun tak pe, janji ada lauk sesedap macam T masak..

  6. haziQah October 3, 2010 at 5:54 AM #

    >aduh..x thn btul tgk gmbr mknan ble buka blog2 ni🙂

  7. My Putri October 5, 2010 at 11:03 AM #

    >salam T…Tq singggah..syok tgk menu T …semua favret lak tu ..yum yum…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: