>JANGANLAH MARAH!

11 Mar

>Lokasi : Kubang Gajah, Temerloh

http://watiyusof.blogspot.com/2011/02/lagi-lagi-jog.html

Perbualan di antara aku dan seorang kawan. Bukan teman rapat. Dulu pernah berjiran dalam setahun lebih. Suaminya kawan suamiku juga. Ceritanya bermula begini.

Dia : Hai! Kak Lin (bukan nama sebenar) nampak T semalam. Tapi tak sempat nak tegur
Me : Hai Kak Lin! Oh ye ke? Bila start jogging ni?
Dia : Dah lama dah. Eh! Berapa berat T sekarang?
Me : 79kg
Dia : Samalah, Kak Lin pun 79kg. T free tak hari ni?
Me : Ada kat rumah. Tak pergi mana pun
Dia : Jom ikut Kak Lin sekarang. Dengar cerita pasal “Nutrisi”!
Me : (Dalam hati, wah engko, Nutrisi! Tak boleh blah! Hehe) Apa tu Kak? Ubat apa?
Dia : Bukan ubat. Jomlah dengar dulu.
Me : (Dah mula cuak) Eh! Tak pelah Kak
Dia : Jomlah dengar dulu. Ajak kawan T tu sekali (T bersama seorang kawan ketika berjogging)
Me : Tak pelah Kak Lin. T try jogging ni dulu. Sebelum ni dah pergi gym dan boleh turunkan berat jugak. T dah turun 10kg pergi gym

Then T berlalu pergi bersama kawan T. Dok ikut staff KKM buat aerobic kat tengah padang. Dalam 10 minit gitu. Dan T pergi ke arah bekas jiran T ni semula. Menyambung perbualan yang terhenti sebentar tadi.

Me : Apa nama ubat yang Kak Lin jual ni?
Dia : T pernah dengar Herbalife?
Me : Dah. Pernah beli dan makan. Ambik Herbalife dan jadi ahli jugak
Dia : T bayar berapa?
Me : RM500
Dia : Rugi. Awak rugi!
Me : Oh ye ke?
Dia : Turun berapa kg lepas makan?
Me : Turun 2kg aje. Itu pun sekali dengan pergi gym jugak
Dia: Makan nasi tak?
Me : Makan. Tak boleh tak makan nasi
Dia: Padan pun turun sikit. Kak Lin dah 3 bulan tak makan nasi dan dah turun 5kg
Me : Oh great! Tapi T tak boleh tak makan nasi. Badan mesti menggeletar dan nak muntah
Dia : Awak jagalah makan betul-betul
Me: (Tersenyum kambing)
Dia : Tu kawan awak. Ajaklah dia pergi dengar sekali
Me : Dia tak ambik ubat-ubat ni. Dia suka kurus cara natural je

Then, kawan T datang. Tadi kawan T dok jauh sikit dari kami berdua dan seorang kawan Kak Lin ni

Dia : Jomlah dengar pasal nutrisi. Herbalife
Kawan T : Tak naklah
Dia : Mesti kena ambik. Kita orang perempuan kena jaga kesihatan
Kawan T : Saya sihat. Tak ada penyakit apa-apa
Dia : Kita perempuan kena jaga kesihatan
Kawan T : (Cuak bila dipaksa-paksa begitu)
Dia : Kalau tak ada penyakit pun untuk kesihatan
Kawan T : Mak saya dah berumur pun tak ada penyakit. Jogging dan jaga makan je dah boleh jaga kesihatan. Berat boleh turun

(Mereka bercakap masing-masing dalam nada yang tinggi sebab kawan T, jugak T tak suka dipaksa-paksa untuk membeli sesuatu produk)

Dia : Okeylah. Kalau T nak, call Kak Lin ye?
Me : Ok, Insya Allah

(Dia terus naik kereta nak balik dan sama juga dengan T dan kawan T.

Kawan T : Akak tak sukalah. Maksa-maksa orang nak beli barang dia!
Me : Ye kak! Approach orang tak kena cara. T pun tak suka.

4 hari kemudian

Lokasi : Taman Awam Temerloh

Situasi : T dan kawan berjogging. Kami dilintasi sepasang suami isteri. Oh! Rupa-rupanya itu Kak Lin dan suaminya.

Me : Akak! Dia tak perasan dekat kita ke dia saja buat tak perasan?
Kawan T: Saja kot buat tak perasan
Me : (Dalam hati, Oh! Macam gitu pulak kau layan aku!)

Lokasi : Sek. Keb. Jalan Bahagia

Situasi : Hari ini di sekolah nak mengambil anak. T ternampak Kak Lin dan menegurnya.

Me : Hai Kak Lin
Dia : (Buat tak tahu, macam tak nampak aku. Kalau boleh nak lari dan mengelakkan diri)
Me : (Dalam hati, Hok Alohla…… )

Ek eleh! Setakat tak nak tegur aku lepas aku tolak nak beli produk dengan kau, aku tak kisah der! Tak rugi satu sen pun. Come onlah! Mana boleh marah-marah maaaa. Itu namanya jerih-perih/dugaan nak berniaga. Aku rasa ko tak sesuai nak meniagala. Orang tolak ko terus bersikap negatif gini. Tak open minded langsung! Macam budak-budak aje. Sekali pikir nak gelak pun ada. Pas ni aku tak nak bazirkan tenaga aku dok tegur @ senyum kat kau ye? Buang karan ah! Haish manusia, manusia…

7 Responses to “>JANGANLAH MARAH!”

  1. rose --{@ ibuRafiq @}-- March 11, 2011 at 7:44 AM #

    >hahahah kelakar la kak lin tummg tak born to be a businesswoman!

  2. Ladfe Amir March 11, 2011 at 8:50 AM #

    >baru first time jual barang kot. ataupun mind dah di set untuk nak jadi kaya dgn cepat.

  3. A.I March 11, 2011 at 8:51 AM #

    >aku mmg pantang kalau org paksa2 aku beli mcmtu. mmg kene sound tepek la ngan aku..huhuhu

  4. Fieza79 March 11, 2011 at 12:59 PM #

    >pelik kan perangai manusia mcm ni..lg penting duit dn bisnes..tkde kwn mcm ni pun tkpe lah..!

  5. Siti Azlina Abdul Aziz March 11, 2011 at 1:25 PM #

    >pelik nya orang macam tu pun ada kan…itu bukan niat ikhlas nak menjual baran tu, tapi nak cepat kaya tu hehehe…bagi ct kan T kalau kita nak kurus memang susah tapi kalau kita nak sihat senang jer…tak payah nak makan ubat2 semua…itu memudaratkan…tapi kalau yg sanggup dan percaya terpulang la … ct pun tgh menurunkan berat badan ni…tapi denagn cara yg selamat la…ct cuma kurang kan makan dan lebih kan minum…tak per nanti kita share info untuk lebih siihat ye…so far berat badan ct turun 5 kg. kalau 72 sekarang dah 66kg…

  6. EdaManAli March 11, 2011 at 2:41 PM #

    >owh, kalo bisness gitu kene tahan rejection drp org…kalo xmcm mane nk b'thn. pakse2 mmg lg org xsuke. kene tau mcm mane nk tune org drp xde interest langsung, terus beli lps tu…husb saya nk approach takaful pon dh lali ngn rejection, bile dh jumpe button dia skrg org dh xreti nk reject dh. tp xde pakse2 laa…kene ade cara laa…bisness bia ikhlas nk tolong org, bkn sbb nk cpt kaya semata…kan k.T…tp k.T bagus, berani say NO bile rase mmg xnk…

  7. Yus-HerbalifeCoach March 12, 2011 at 12:36 AM #

    >ish3..buat malu org herbalife je nie… dia balaja ilmu herbalife x abis lg lah tu.. sabo ye T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: