>BUKIT GAMBANG RESORT CITY

13 Mar

>Assalamualaikum…..

Big Boss buat Family Day lagi! Kalau sebelum ni kami ke A Famosa Resort Melaka (2006), Tiara Beach Resort PD (2007), Pulau Tioman (2008), PNB Ilham Resort PD & Bandung (2009), Pulau Pangkor (2010) dan untuk tahun ini kami dibawa ke Bukit Gambang Resort City, Kuantan. Tidur satu malam saja dan Mr. Hubby janji bawa kami bercuti ke tempat lain pula next time! Keep ur promise ok my darling? :-p

12311

Masa ni baru sampai di Bukit Gambang Water Park. Dalam pukul 11.00 pagi. Ambik gambar kat area depan ni dan teros masuk ke dalamnya. Mandi puas-puas!!

Anak dara T, ecey cey cey cey….

Tq pada Mr. Hubby yang dok ambik gambar-gambar kami ketika mandi kat sini!

Kalau sebelum ni, http://watiyusof.blogspot.com/2010/11/terkilan.html Mr. Hubby tak izinkan aku main game ni. Tapi kali ni hati tak tertahan lagi! Tak kira, bagi ke tak nak main game ni gak!! Haha! Sampai ke sudah dia cuak je nak lepaskan aku naik bukit dan turun meluncur laju guna carpet biru tu. Syiok ah! Badan naik melambung (walaupun aku ni dalam kategori “obes”, haha, tapi masih boleh body aku melambung naik gitu… ngeeeee).. Memang syiok main game ni. Korang kalau datang sini, make sure main game ni ye? Kat Melaka Wonderland hari tu aku dah pernah main gak.. Rasa kat Sunway Lagoon pun ada ni.. Next time boleh try main kat sana pulak.. Kan B? :-p

Then sambung main dan mandi lagi…

Budak kat belakang tu mintak ngan aku… “Auntie, tolong! tolong, nak keluar daripada pelampung. Kaki tak sampai”!🙂

My darling!


6 Lane Racer! Syiok! Rugi korang tak try kalau datang sini!!..


@ Coco Beach with Mr. Hubby’s staff


Lunch time.. Me dan darling makan Nasi Ayam….


Sambung mandi lagi selepas makan..

Setelah semua penat mandi-manda, kami check-in masuk ke dalam bilik dalam pukul 3.30 petang.. Ni view dari bilik kami…


Dinner kami.. Me dan Mr. Hubby g tapau kat Restoran Chilli Tom Yam.. Kami order Ikan Siakap 3 Rasa, Ikan Pari Bakar, Sotong Bakar, Tom Yam Campur, Sup Ayam, Sotong Celup Tepung, Sayur Kailan Ikan Masin dan Telur Dadar. Jugak kami beli Somtam, Sata dan jugak Keropok Lekor Goreng. Alhamdulillah. Kenyang kami makan. Selepas makan yang lain-lain keluar tengok Magic Show dan main permainan lain. T dan Mr. Hubby dah malas keluar. Kami berdua dok tengok tv je dalam bilik. Layan Cerekarama “Berkalung Noda”. Sambil tengok drama, sambil pegang tangan Mr. Hubby. Takutnya tengok drama watak isteri curang kepada suami gitu. Ya Allah! Jauhkanlah!! Entah macam mana aku boleh agak Hitler Zami yang arahkan drama ini dan YES! Memang dia pun orangnya! Dia memang selesa dok ambik si Fasha Sandha berlakon di bawah arahannya. Tahniah kepada Hitler Zami. Buat cerita begini. Biar menjadi pedoman dan pengajaran buat isteri-isteri di luar sana! Setialah kepada suami yang satu. Jangan sesekali menduakan dia. Berdosa dan haram hukumnya!

13311

Sarapan. Orang ramai betul bercuti di sini. Ramai jugak yang buat family day. Tapi makanan banyak dan mencukupi.. Rasa makanan semuanya sedap..

Di dalam salah satu bilik kat resort ni..

Nak mandi? Jom!


Masa ni dah check out bilik dan hujan renyai sekejap…


Lunch di Teluk Cempedak. Menu Nasi Kukus + Ayam Dara. Mr. Hubby makan Nasi Kukus + Pari Bakar dan me, Nasi Kukus + Ikan Siakap Bakar. Sedap! Memang aku suggest korang datang makan kat sini..

Lepak kat sini jap selepas makan.. Dok melayan monyet-monyet kat sini. Aksi mereka sungguh mencuit hati!

Anak-anak monyet ni sangatlah cute!

Kat sini kawasan orang dok main basikal.. Gempak je dok tengok depa naik basikal naik kat jambatan kayu kecil ni.. Aku suka suasana kat sini.. Korang suka jugak tak?🙂

Mengakhiri percutian ini, Mr. Hubby bawa kami makan di Kedai Pok Su & Mok Su di Tanjung Lumpur. Kedai kat sini sentiasa penuh ok? Kereta nak parking pun payah tapi mungkin dah rezeki kami, ada parking depan kedai dan meja kosong jugak. TANPA perasaan malu T g mintak pulak kerusi kat meja-meja lain. Menu kat sini ada macam-macam ok? Sotong, Udang, Ikan Goreng dicicah sos sememangnya amat sedap sekali. Semuanya manis dan fresh! Promote free ok? Sharing is caring right?🙂
Hari ni baru terasa badan sakit-sakit. Mesti sebab kuat mandi di Bukit Gambang Water Park semalam. Tapi tak rasa serik pun tau! Ini bukan kunjungan kami yang terakhir. Itu kami pasti! Nanti nak pergi lagi. Insya Allah. Dah. Good Night. Masuk tidur dulu ye? Sweet dreams…

11 Responses to “>BUKIT GAMBANG RESORT CITY”

  1. fiziskandarz March 13, 2011 at 10:37 PM #

    >wahhh syoknyer ada family day mandi best3x [ siap dapat janji nak jalan2 some other place lepas nihs! ] eh anak kak T dah pakai specs kaa skrg, macam clark kent tuu🙂

  2. Jasfyra March 14, 2011 at 1:40 AM #

    >bestnya kak t..xpenah p sana lg..nanti leh ar p..besh3

  3. .:nhalilah:. March 14, 2011 at 1:59 AM #

    >wahhh.. sonok la pulak tgk akak bercuti kat gambang..

  4. Emy Omar March 14, 2011 at 2:41 AM #

    >Bestnya..bila la turn kami nak ke Gambang Water Park pulak ni

  5. MaDiHaA a.k.a Ratna March 14, 2011 at 4:27 AM #

    >salam T..syoknyer T wt F.D kat sana lak yer… belum penah gi lagi sana.. akak first time merasa meluncur /main benda2 tu masa anak dara dulu.. kat Wet World Melaka.. masa tu baru je bukak.. gi ngan family.. mmg syiokk! yg kat sunway lagoon plak tak berani dah try.. cuma berani naik kayak dia jer.. saspen jer masa naik bukit tu & masuk gua yg gelap.. pastu turun bukit dlm keadaan gelap gak.. berdebar2.. hehe.. bebaru ni akak bwk family gi wet world shah alam.. seronok tgk anak2 enjoy.. tp akak tak main pun benda2 tu.. dah tak berani dah nak main dgn badan yg dah berat nih.. hehehe.. enjoy tgk T bersantai ngan family & staff cik abang tu…

  6. atty's March 14, 2011 at 8:01 AM #

    >nampak seronok lak tgk t & family ke gambang..lom ada peluang lagi nak sampai..

  7. Azueriena Norash March 15, 2011 at 6:43 AM #

    >besttnyerrr…x ramai org ehhhh….seronott nyer family day….dpt lucky draw x?

  8. rose --{@ ibuRafiq @}-- March 16, 2011 at 3:25 AM #

    >kami pernah ke BGRC ni..tapi tido satu malam je sbb nak g kenduri kawennnti rafiq dah besar skit leh bawak g mandi kat water park..ehehe

  9. ZanaNordin March 17, 2011 at 4:37 AM #

    >gambang waterparrrkkkbila ler dpt pergi sanadulu pergi puas main air kaksumer benda kami laki bini naiktime tu pergi ngan MILso..batrice ada ler orang jaga…tu yang mama papa dia lupa daratan tu…

  10. Shieda March 18, 2011 at 7:49 AM #

    >bestnyer….namanye asal pahang..hopefully Daa dpt gi bwk anak2 nanti….

  11. mek da ©™ March 23, 2011 at 12:32 AM #

    >jengok2 kak t..hyeeee..bestnya mandi manda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: