>BOLEH KELUAR

25 Mar

>




Cerita hari ini. Pagi ni T, Mr. Hubby & Ma bersarapan bersama di Taman Seri Semantan. T & Ma order Nasi Kerabu manakala Mr. Hubby order Nasi Dagang. Lepas tu T & Ma terus balik ke Kuala Krau sebab nak mengambil barang yang tertinggal di sana. Juga singgah di rumah kawan Ma yang order Tapai Ubi Kayu semalam. Kemudian kami terus gerak balik ke Temerloh. Ambil my kids di sekolah & pergi ke Hoshas untuk menjemput Abah yang sudah boleh keluar. Alhamdulillah. Kesihatannya bertambah pulih. Berkat doa Family & Friends. Terima Kasih banyak-banyak kepada yang sudi mendoakan. Adik T balik dari KL & bawa balik Ma & Abah ke Kuala Krau. Tengah hari tadi T tak makan & for Tea Time cuma buat air Teh ‘O’ + Kuih Apam Kukus yang diberikan oleh kawan Ma T masa kami ke rumah mereka semalam. Siapa kawan Ma tu? Oh! Uncle Sarjan Ramli & Auntie Mah. Dia jugak beri Kuih Cucur Badak frozen untuk T. Sangat baik & peramah melayan kami berdua. Merekalah orang pertama yang datang melawat Abah di Hoshas. Memang mereka sudah berkawan lama. Semenjak T dari kecil lagi. Malah T pun sama bersekolah dengan anak mereka yang sebaya umur dengan T. Baru semalam berjumpa dengan kawan T tu di Facebook. Sangat mengujakan berjumpa kawan lama & melihat dia berjaya di dalam kehidupannya kini. Alhamdulillah. T berasa sungguh bertuah apabila dikelilingi oleh Family & Friends yang berjaya di dalam kerjaya & hidup mereka. Memandangkan “level” T setakat ini sahaja, T tumpang gembira berada bersama kelompok kalian! Sangat berasa gembira. Berjaya, bergaya di dalam kerjaya masing-masing. Syukur, Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Untuk hidup lebih senang, kenalah berusaha lebih. Kan? Sekarang T sedang berbaring-baringan sambil menonton The Biggest Loser Australia 3. Kadang-kadang menontonnya sampai mengalirkan air mata. Masakan tidak, T pun tergolong di dalamnya. Sama obes seperti mereka. Tak sabar nak melihat perubahan mereka semua nanti. T suka personaliti Sean, John & Micheal. Go for it! Shannan, good job bro! (dahla hensem, baek lak tu. so sweet). LaLaLaLaLa…

4 Responses to “>BOLEH KELUAR”

  1. Ladfe Amir March 26, 2011 at 4:00 AM #

    >syukur ayah T dah sihat semula.kgn asyik fikir gemuk aje. asyik fikir..tu makin berisi. setiap kata2 kita sama seperti magnet.asyik fikir gemuk akan buat gemuk tu jadi kawan baik tu..kena fikir sihat n slim mcm zaman anak dara dulu. baru ada semangat

  2. Anonymous March 26, 2011 at 6:41 AM #

    >Ala mmg gemok pun… Big momma

  3. Emy Omar March 26, 2011 at 8:06 AM #

    >Alhamdulillah abah ruzi dah keluar..lepas ni jaga kesihatan ye pakcik..semoga lebih sihat berada dirumah nanti..*TO ANONYMOUS KAT ATAS NI..Siapa pun seseorang tu gemuk atau kurus itu pun ukuran dalam persahabatan..yang penting ketulusan & keluhuran hati dalam berkawan..pada saya itu yang utama.sssh bila bercakap gunakanla akal fikiran yang Allah kurniakan jangan menaip ikut kata hati!!!Ruzi,thanks for being a friend to me..hugs & kisses

  4. Anonymous March 26, 2011 at 12:35 PM #

    >Emy dear. Ruzi yg tulis tu. Ruzi mls nk sign in td. Anyway tq dear. Love u too. Muah! Muah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: