>RANCANG-RANCANGKAN HARI ANDA

13 Apr

>

Kenapa orang kelam-kabut tak tentu pasal? Kalau ada pasal, boleh tahan. Tapi ini, tak ada pasal tapi kelam-kabut memanjang. Jawabnya, sebab hari yang anda tempuhi ni tak pun anda rancang semalam. Tak percaya? Tengoklah esok. Akan kelam-kabut juga sebab perancangan hari ini anda tak buat.

Merancang ni kena buat hari-hari. Pasal tu ada orang pakai diari. Tapi sekarang, orang kurang pakai diari sebab handphone boleh ingatkan kita. Macam-macam perancangan boleh dibuat melalui handphone.

Handphone bukan setakat berbual aje, macam-macam kegunaan dia. Jadi, rancang hari anda dengan betul supaya tidak kelam-kabut.

Orang yang mudah kelam-kabut selalunya tak cemerlang. Dengar sekali lagi, orang yang mudah kelam-kabut selalunya tak cemerlang dan terbarai masa. Relaks, jangan gopoh-gapah. Gopoh-gapah tu daripada Syaitan, bertenang-tenang tu daripada Malaikat.

Ini ada tiga tip macam mana supaya tak kelam-kabut. Mula-mula pada awal pagi, amalkan mandi. Mulakan dari bawah ke atas dan bukan dari atas ke bawah. Basahkan kaki dulu. Kemudian, perlahan-lahan bawa air ke atas sampailah ke puncak kepala. Lepas tu barulah nak mandi macam mana pun, ikut sukalah. Nak buat stail gajah mandi ke, nak buat gaya kupu-kupu ke, gaya lentang ke, gaya bebas ke, bahkan gaya koboi atau gaya kuak depan, lantang koranglah. Tapi awas, mesti mulakan air dari kaki dulu dan kemudian bawa ke atas.

Amalkan mandi macam ni sepanjang masa dan tengok kesannya. Apa yang pasti ialah anda akan lebih tenang. Sebab dengan mencurahkan air ke kaki dulu, kebiasaannya seseorang itu akan berada dalam arus alpha iaitu arus ketenangan dan kepintaran. Ingat ya, orang cemerlang selalunya tidak gopoh.

“Orang yang mudah kelam-kabut selalunya tak cemerlang”

JOM MENGETOP

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: