>SAYANG UNTUK DISAYANGI

13 Apr

>Orang yang tak penyayang, dia tak akan disayangi. Dengar baik-baik, orang yang tak bersikap penyayang, dia tak akan disayangi oleh orang lain. Ini inti pati daripada hadis ni.

Jadi, tak salahlah menyayangi, ya? Memanglah tak salah. Siapa pula yang kata salah? Bahkan, dunia ni jadi begitu porak-peranda sebab lunturnya kasih sayang sesama manusia. Anda dituntut menyayangi orang lain supaya nanti anda pun disayangi. Bayangkan dunia ini, seluruh manusia saling sayang-menyayangi. Akan ada lagi ke perang?

Anda pun, asyik gaduh dengan room mate dan dengan rakan sekuliah ni pasal apa? Pasal tak sayanglah. Kan bagus sayang daripada benci. Si penyayang akan disayangi manakala si pembenci akan dimaki. Ha, tu dia.

Macam mana caranya supaya anda disayangi? Mudah aje. Ambil semua sikap yang anda mahu orang lain mahu terhadap anda. Agak-agak orang lain mahukan sikap macam mana daripada anda? Barulah mereka sayang anda. Adakah bila anda banyak susahkan hidup orang lain, orang akan sayangkan anda? Tentu tidak! Adakah bila anda tipu duit orang atau tak bayar hutang orang, orang akan sayangkan anda? Juga tidak!

Orang mahu anda mesra, mudah diajak berbincang dan suka tolong orang. Inilah sikap yang orang mahu terhadap anda. Ha, amalkan sikap ini. Nescaya anda akan disayangi. Pegang sikap lain daripada ini, memang confirm anda akan dibenci.

Orang yang paling cantik adalah si penyayang. Kucing pun senang pada tuan dia yang penyayang. Itu kucing, jadi fikir-fikirlah ya?

Ingat, orang benci rugi banyak. Orang sayang, untung bukan main. Jadi, sayangilah semua orang supaya semua pula sayangkan anda. Sayangi orang lain dulu. Jangan harapkan orang sayangi kita dulu. Biar kita mulakan, daripada kita ketinggalan. Okey gitu? Cun!

“Orang yang tak bersikap penyayang, dia tak akan disayangi oleh orang lain”

MARI MENGETOP

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: