>MAIN-MAIN DENGAN HIDUP

16 Apr

>Okey hari ni? Jawablah okey. Kalau tak okey pun, jawab okey aje. Nanti hidup jadi okey. Kalau anda jawab tak okey, semakin tak okey jadinya.

Buatlah jasa banyak-banyak. Hidup anda pasti akan jadi okey. “Iya ke Tuah?” Iya. Anda buat jasa banyak-banyak, selalunya anda akan dikasihi. Makin banyak jasa, makin banyak orang sayang. Tolak tepilah orang yang memang dengki atau berhati busuk. Orang yang berhati busuk, berapa banyak pun anda buat jasa, ianya tetap buruk pada pandangan mereka. Orang macam ni tak usah layan. Buat gabih boras jo.

Kurangkanlah berbuat baik pada diri sendiri saja. Sebaliknya taburlah sebanyak-banyak jasa, biarpun tak mendatangkan hasil. Bukan semua benda mesti mendatangkan hasil. Takkan semuanya nak dikira dengan duit. Kalau patut berjasa, berjasa ajelah. Apa hal nak duit juga ni? Kedaung betullah.

Dengar ni, jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri, maka anda sebenarnya tidak pernah berbuat kebaikan.

Dengar tu? Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri, maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan. Seolah-olahnya. Apa kejadahnya asyik berbuat baik pada diri sendiri aje? Sesekali taburlah jasa dan buatlah jasa banyak sikit. Moga-moga matinya kita nanti, dikenang sebagai orang berjasa. Kalau semua perkara nak diukur dengan bayaran, itu melampau namanya.

Tengok orang-orang tua kita, mereka ni berjasa terus pada kita dan tak berkira sangat pun. Ada diaorang mintak upah apa-apa yang diaorang buat untuk komuniti kita? Setiap benda mintak upah. Tak adakan?

Jadi begitulah. Hidup perlu toleransi moga-moga dikasihi hingga ke hujung nyawa. Jadi, orang berjasa pasti bahagia.

“Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri, maka anda sebenarnya tidak pernah berbuat kebaikan.”

JOM MENGETOP

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

2 Responses to “>MAIN-MAIN DENGAN HIDUP”

  1. mysha April 17, 2011 at 5:44 AM #

    >akaK..sHA MuhASaBah diri JAp baCA enTry akak nih..hehhee

  2. FarEast April 17, 2011 at 5:33 PM #

    >bvuat jasa dan jgn mengharap balasanšŸ˜‰

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: