>MASING-MASING PUNYA HAK

16 Apr

>Anak merupakan mutiara hati. Siapa tak sayang anak, itu bukan oranglah tu. Sebab harimau pun sayang anak. Tak percaya? Cubalah dekati harimau yang baru beranak. Aummm, diperambatnya kita.

Cuma kadang-kadang tu, anak-anak ni tak tahu yang kita sayang kat diaorang. Diaorang ingat kita ni tak adil dan tak kisang tentang mereka. Padalah, kita ni kalau boleh nak letakkan anak-anak kita dalam rumah emas. Betul tak? Begitulah untuk menggambarkan betapa sayangnya kita pada mereka.

Kita dulu pun macam tu juga. Kita rasa macam emak ayah cuma sayang abang seorang, kita ni mak ayah tak sayang langsung. Kita aje rasa macam tu, tapi sebenarnya tidak. Kecualilah anda degil sangat. Kalau dah degil sangat, siapapun menyampah.

Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapa terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri.

Ha, bila dia ada anak sendiri nanti, barulah dia faham macam mana kasih dan sayangnya. Betapa pedulinya dia pada semua anak. Sama rata dan sama rasa. Kecuali yang degil sangat tu. Yang degil ni bukan apa, kalau pukul pun, sekadar nak mendidik tu. Betul tak emak, ayah? Kalau ambil tindakan pada anak buah, awak benar-benar benci atau nak didik mereka tu? Sekadar nak didik, kan?

Jadi, jangan marah sangat kalau anak terus buat hal. Kita dah buat macam-macam nak tunjukkan kita kisah. Tapi mereka masih berprasangka dengan kita. Jangan marah sangat sebab seorang anak itu tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapa terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri.

Sebagai orang tua, hak kita ialah beri pelajaran serta beri bimbingan. Manakala sebagai anak, hak mereka ialah terima bimbingan dan terima pelajaran. Jangan marah.

“Sebagai orang tua, hak kita ialah beri pelajaran serta bimbingan.”

JOM MENGETOP

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: