>REZEKI ORANG MALAS

16 Apr

>Ada seorang kawan, dia ni ditimpa bencana tak habis-habis. Lepas satu, satu. Lepas satu, satu. Kadang-kadang yang satu tu pun belum lepas dah datang yang satu lagi.

Alamak, orang kata belum sempat bernafas dah datang lagi bencana. Macam kisah Sidek Ulam Raja. Belum sempat fikir, bala dah datang pula. Tahu tak ni? Ala, cerita ‘Tiga Abdul’, kan Sidek Ulam Raja yang tipu Abdul Wahab dan Abdul Wahub. Sekali dengan Abdul Wahib, dia pulak kena. Belum sempat fikir, kedai kena serbu orang ramai. Belum sempat fikir, Abdul Wahib hadiahkan kedai tu pada Mursyik, pengetua sekolah anak yatim.

Tak faham? Tak faham tengoklah cerita ‘Tiga Abdul’, lakonan mantap Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Mesti tergelak punya.

Ni pasal bala yang tak habis-habis datang ni. Apa nak buat? Dengar ni, apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.

Pegang pada kata-kata tu. Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada. Masa depan tetap ada, bang, tok, kak, pakcik, makcik, dik. Masa depan tetap ada pada orang yang sedar masa depan sentiasa menanti dia dengan tangan terbuka. Biar apapun halangan hari ini dan biar apapun cabaran hari ini, hari depan tetap mendepakan tangannya buat kita. Selagi belum kiamat, setiap orang ada masa depan.

Syaratnya, kena ada ilmu dan sanggup berusahalah. Tuntutlah ilmu dan jangan malas. Jangan diikutkan rasa malas tu. Orang malas tak ke mananya. Orang malas nak makan pun payah. Percayalah cakap saya. Kalau nak rajin, macam mana susah pun akan ada rezeki yang dibawa balik. Betul tak?

“Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.”

JOM MENGETOP

DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: