>BENGANG SAMPAI BENGONG!!!

18 Apr

>Assalamualaikum…

Nak meluah perasaan tak puas hati. Jiran aku renovate rumah dia depan dan belakang. Ni bahagian depan.

Part ni dah jadi putih-putih. Pekerja dia kata nak cuci. Dah empat hari dah. Takkan nak cuci bila dia dah sudahkan kerja? Bila tu? Sebulan dua lagi? Haish!

Sorilah aku nak tunggu ko tolong cucikan. Tak de maknanya okes? Adalah selang sehari aku dok cuci garaj ni. Tak cuci kalo, makan habokla lu.. Jiran aku nampak aku tengok dok mencuci ni tadi. Tak de nak tegur pun apa, dia pakai jalan gitu je depan rumah aku. Siot! Apa? Sabar? Dok berjiran dengan dia dulu, baru kau tahu apa itu maknanya S.A.B.A.R.

Sepatutnya aku jemur kain ni pagi Sabtu lepas, tapi tak sampai hati nak jemur sebab aku dok tengok depa buat kerja sambil debu-debu dengan riang rianya dok bertebaran masuk ke dalam kawasan garaj aku. Jemur kain kat belakang rumah? Jap yo.. Aku tunjuk area belakang rumah aku lak.

Ni keadaan hadapan rumah aku sekarang.. Tahu bukan tanah aku, tapi sakit matala woi!

Belakang rumah aku. Tak kuasa aku nak cuci bagai. Pekerja dia janji nak cuci bila semua kerja dah siap. Ikut kolah!! Tu bekas biru ada air. Habislah dia dok ternak jentik-jentik dalam tu. Atap belakang rumah aku pun dia kopak. Nanti dia kata nak gantikan semula. We’ll see ya!…

Macam gini ko nak suruh aku jemur kain kat area belakang rumah aku ni? Aku dok jemur kain buruk dan tikar je kat belakang ni. Aku tak mampu nak jemur kain belakang rumah. Debu, kotor. Tapi jiran aku mampu ok? Dia siap jemur kain belakang rumah dia. Habis Nur naik badan gatal-gatal seluruh badan kesan debu yang melekat pada pakaian. Hoish!!

Kalau tengok gambar ni macam biasa je. Tapi kalau tengok secara “live”, memang nampak berdebu putih. Tak ilang dowh!!

nota kaki : aku nak dia say sorry je kat aku rentetan dari bunyi bising yang terpaksa aku hadap 24/7. Masa aku sambung rumah bahagian garaj ni tahun 2008 dulu aku ada say sorry pada dia sebab bunyi bising bagai. Tapi dia? Hancur rasa otak kepala aku dok didrill dan ditukul berkali-kali setiap hari (sebab dia pecahkan dinding depan dan belakang rumah, so debu sangat banyak. berjuta-juta debu yang bertebaran). Jugak sebab rumah aku pun turut jadik kotor sebab dia dok renovate rumah tu. Aku tak mintak lebih dari tu pun. Tapi tulah. Kat blog jadi sasaran kemarahan. Nak cakap berdepan aku tak mampu. Laki aku pun dah warning. Dia kata adatlah berjiran. Tak boleh marah-marah. Memang dia akan betulkan orang lain kalau aku mengadu apa-apa pun. Dia kata kena selalu berprasangka baik. Sorry aku tak begitu. Aku tak mampu nak membendung rasa ini. Memang aku tak mampu. Bak kata Aizah Kaman, Kau mampu?

3 Responses to “>BENGANG SAMPAI BENGONG!!!”

  1. FarEast April 18, 2011 at 4:24 PM #

    >kang ditegurnya kang ada terasa … tapi boleh discuss cara baik … bawa berbincang dgn jiran … insyallah semua ok🙂

  2. Shima Md. Zahar April 19, 2011 at 1:05 AM #

    >T.. bila tgk T.. cuci lantai tu.. teringat masa zaman dulu.. asal weekend jer.. kerja saya kena cuci lantai parking kereta tu.. sambil cuci sambil main air.. bessttttt..

Trackbacks/Pingbacks

  1. RUMAH MANIS RUMAH « cer cite cer cite - May 20, 2011

    […] entry, https://chakapchakap.wordpress.com/2011/04/18/bengang-sampai-bengong/ , aku nak sambung cerita yang tak berkesudahan ini lagi. Hampir 3 bulan perkara ini berlarutan dan […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: