>KUALA GANDAH & DEERLAND

22 Apr

>Assalamualaikum…

Ahad lepas, 170411, Mr. Hubby dok ngajak kami g Kuala Gandah dan Deerland di Lanchang, Pahang Darul Makmur. Ini merupakan lawatan kami yang kedua. Pertama kali pergi tak silap tahun 2007. Dah banyak perubahan yang berlaku. Ni masa mula-mula sampai. Sebelum masuk kena daftarkan nama dahulu. Nak masuk dia tak caj berapa cuma kalau nak bagi macam derma. Ikutlah suka hati nak bagi berapa pun.


Kat sini ada Taman Herba jugak


Okey, mari kita bagi Gajah-Gajah ini makan ye? Kami semua bagi Gajah makan, kecuali Nur. Dia TAKUT!


Mr. Hubby bagi kulit kacang, Gajah tu tak mo makan tau! Bijakkan? Nakal B tau!


Sementara tunggu Gajah turun sungai untuk mandi, kami makan minum kat satu kedai makan ni. Walau lauk simple, tapi rasanya sedap! Teh ‘O’ Ais Limau dia.. Sejuk rasa tekak yang tengah kering garing pasal cuaca sangat-sangatlah panas!


Mr. Hubby dan kids makan Nasi Goreng Kampung. Sedap. Abang tinggalkan sikit untuk T rasa… Dia memang macam tu.. Apa-apa dia makan, dia mesti tinggalkan sikit untuk T rasa. Hehe..


Okey, mari kita tengok Gajah mandi sungai!


Ada ketika Gajah tu tak dengar kata, (nama pun binatang) jadi penjaga tu piat dengan rotan tau! Dush! Dush! bunyinya. Geram bengkak hati aku dia dok piat Gajah tu. Ramai lagi yang komplen. Kesian Gajah tu tau! Tu nampak tak rotan kat tangan penjaga Gajah tu.. Huh!


Itu jepun pertunjukkan yang sempat kami tengok. Gajah pun adalah dalam 3,4 ekor gitu. Kemudian kami gerak ke Deerland pulak. Dekat je Deerland dengan tempat Gajah tadi. Masuk sini kena bayar. Dewasa RM6 dan Kanak-Kanak RM4 seorang. Gitulah lebih kurang.


Kat sini kami bagi makanan pulak pada Rusa-Rusa yang ada di sini. Semua mari serang kami bila nampak kami pegang bekas yang berisi Keledek tu.


Semua ambik bahagian nak suapkan Keledek ke dalam mulut-mulut Rusa ni semua… Takut gak kalau-kalau tengah bagi makan dia geget jari-jariku yang mulus ini.. Hak.. Hak.. Hak..


Time bagi makan Gajah tadi dia takot.. Dia dia berani sikit coz size lebih kecik daripada Gajah kot?


Takut-takut sebenarnya ni.. Takut dia geget jari T.. Hehe..


Si Burung Unta


Ayam dan Merak.. Ada banyak lagi binatang kat sini. Gambar lagi banyak kat my facebook…


Adib geram nak tangkap Anak Ayamlah tue..


Sorry, Tak pegang pun Ular Sawa ni. Anak-anak ada beran.. Umminya tak beran. Eiuwwwww!


Ini anak Beruang Madu. Diletakkan asing dengan mak ayahnya… Sebab dia macam hyper active sket.. Maknya di dalam sangkar lain. Ayahnya pun di dalam sangkar yang lain. Sian depa, terpisah…😦


Mr. Hubby dan Ferret. Nila yg berlakon dalam Kim Possible tue!


Anak-anak pun nak peganglah jugak..


Ni sejenis Arnab.. Nama dia ada tulisan PIG.. gitulah…


Ini si Ayah Beruang Madu. Penjaga tengah bagi makan.. Suap apa pun dia makan. Nasi pun penjaga suapkan untuk dia tau! Masa ni penjaga tengah bagi makan tulang ayam. Dia terus berdiri dan ngap sajok!

Lepas keluar dari Deerland, kami terus balik ke rumah. Kalau ikut highway, 25-30 minit je tempat ni daripada rumah kami. Tak jauh mana pun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: