JB – MELAKA

7 May

Assalamualaikum….

02052011, Sekitar jam 10.00 pagi, kami dah check out bilik. Memang kena keluar pukul 10.00 pagi pun. Dari Tune Hotel, kami terus ke Melaka. Singgah di R&R Machap untuk bersarapan. Kami berhenti di R&R Machap sekitar jam 11.15 pagi untuk bersarapan di Kaya Kopitiam. Boleh tahan rasa makanan kat sini. Kena dengan selera kami semua. Bubur Nasi dia memang ada “kick”!

Dah kenyang perut, kami terus ke Melaka. Saja singgah di Taman Botanikal Melaka sebentar. Tak pernah ke taman ni sebelum ni. Jalan-jalan sekejap dalam taman ni. Kalau dapat jogging kat sini alangkahlah bestnya. Redup dan sejuk aje keadaan dan suasananya walaupun masa tu sekitar jam 1.31 tengah hari. Ingat nak sewa buggy kat situ tapi kena menunggu turn dalam 4 orang pulak. So, tak nak buang masa, kami terus ke Menara Taming Sari memandangkan 2 orang staff Hubby tak pernah ke sana lagi. Kami dah pernah naik sekitar tahun 2007 kalau tak silap. So, menunggu dalam 10 minit dan tibalah giliran kami untuk menaiki Menara Taming Sari ni. Kat atas sana, sempatlah ambik gambar sedikit-sebanyak. Buat kenang-kenangan. Turun dari Menara Taming Sari tu, Abang Ipar T dan familynya dah tiba di Melaka. Mereka dari Kuala Lumpur. So, kami lunch sekali dengan mereka di Restoran Selera Kampung yang berdekatan dengan Pahlawan Walk Market. Orang punyalah ramai kat restoran ni. Ada nampak plak “Jalan-Jalan Cari Makan”, “Singgah Sahur” dan artikel-artikel di dalam surat khabar terpamer di dinding restoran. Tapi bila dirasa makanannya, taklah segah mana. Biasa-biasa saja. Lagi pun ini pertama kali kami singgah makan di sini. Agaknya depa tengok ramai yang masuk makan, depa ingat sedap. Bolehlah nak singgah makan lain kali kalau betul-betul tengah makan dan tak ada kedai lain dah. Okey, dah siap makan, kami masuk ke Pahlawan Walk Market. Cari souvenir sikit dan kemudian kami terus gerak pulang ke Temerloh. Sebelum tu, singgah solat di Masjid Baru Baru Jempol dan jugak berhenti makan Satey kat satu kedai ni. Servis agak lambat tapi kami semua cool sebab budak sweet tu mintak maaf banyak kali di atas kelewatan dia menyediakan minuman dan Satey. Masa masuk ke dalam kereta semua, hujan lebat dah mula turun. Dahlah dah malam. Gelap. Hujan lebat. Takutnya kalau jadik apa-apa di tengah jalan. Tapi Alhamdulillah, syukur. Dalam pukul 9.00 malam kami dah sampai di Temerloh. Ambik Adib di rumah kawan Hubby dan terus pulang ke rumah. Kemudian, staff-staff Hubby pulang ke rumah mereka. Sempat layan JUVANA sekejap dalam 20 minit gitu. I like Beto Kusyairy so much! Suka tengok dia berlakon. Firstly tengok dia berlakon drama bersama Sh. Amani. Rasanya tajuk drama tu “Imani”  yang ditayangkan di Astro Prima kalau T  tak silap. Kemudian di chanel ABO, “Uri” dan paling baru Juvana.  Steady jer dia berlakon. Baru add dia kat Facebook. Tak tahulah dia approve atau tak. Hehe.. We’ll see ya?

Oh! Yang ada gambar barang-barang tu, yang pertama Adib belikan untuk Nur, mainan untuk adik dia, Kain Pelikat untuk Abahnya dan Fridge Magnet for me. Dia memang tahu T memang gilakan FM ni semua. Cantik. T pun tak ada lagi koleksi FM yang Adib belikan ni. Bagus. Koleksi FM semakin bertambah. Suka! Dan gambar yang last tu, itu adalah hadiah daripada my best friend, Siti Juana Saini. Dia bagi masa kami berjumpa di USS semalam. Tq so much my dear Juana. Sorry T tak bagi apa-apa pada you. So so sorry.

Habis sudah edisi berjalan untuk kali ini. Lain entry lain cherita pula. Terima Kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: