UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE

7 May

01052011

Dari Tune Hotel Danga Bay, kami menaiki bas sekitar jam 8.00 pagi (waktu pada tiket adalah pada 7.30 pagi, biasalah janji Orang Melayu, kan? Macamlah tak biasa pulak…..) Kami tiba di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia untuk pemeriksaan Imegresen pada pukul 8.20 pagi. Kemudian terus gerak ke Woodlands. Dekat sini kena beratur lama sebab ramai yang nak masuk ke Singapore jugak. Alhamdulillah, semua urusan selesai sekitar jam 9.15 pagi dan gerak masuk ke Singapore dalam pukul 9.30 pagi sebab menantikan penumpang yang lain. Okey, masa ni T dok call sahabat pena T yang tak pernah berjumpa semenjak kami berkawan ketika masing-masing berumur 13 tahun lagi. Tapi selalu dok menelefon dan “jumpa” di Facebook bagai. Janji nak berjumpa dengannya di USS hari ni. Kami tiba di USS pada pukul 10.10 pagi dan Masya Allah! Ramainya umat manusia! Nasib baik cuma beratur sekejap saja, sekitar 10 minit gitu. Terus masuk ke toilet dan lagi sekali, Masya Allah. Tak ada air nak basuh toooot.. toooot itu.. Hahaha.. Jangan panic.. Jangan panic.. Tisu ada banyak. Tips tu. Lain kali masuk toilet bawak air dalam botol mineral tu ke kan?.. Untuk sessi basuh-membasuh okes? Ngeeeee…

Okey, dah keluar toilet maka bermulalah perjalanan kami di USS. Manusia punya ramai tok sahlah kau nak kira. Biasalah tu. Cuti umum. Bukan kita jer yang plan nak berjalan, orang laen pun sama gak. Cuaca mendung dan sesekali hujan rintik-rintik.. Air bergelombang.. Hehe.. Tapi kami semua tak kisah. Dok redah jer jalan. Memang tak panas langsung dan berjalan pun tak penat sehingga badan berpeluh. Kat obersila katakan.. HaHa! Tak de maknanya setakat Singapore tu nak dipanggil obersikan? HaHa…. Dan kalau untuk bergambar bersama maskot seperti gambar-gambar di bawah, kena beratur ok? Orang ramai so kena bergilir-gilir. Ada gak yang tak reti bahasa. Main redah potong q. Memang potong stim betol!

Inilah dia gambar-gambarnya. Beberapa karekter dalam filem yang popular. Tak tahulah dalam tu lelaki ke perempuan ke, mak pakai pelok ajer.. Hish.. Hish… Hish…

Di sini kita ada Hollywood, Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City dan New York. Kami masuk ke USS pada pukul 10.28 pagi dan keluar pada pukul 7.12 malam. Penat? Penat tak terasa sebab teruja dok dalam USS. Terasa penatnya masa dah sampai ke bilik hotel. Nak tercabut tulang-tulang ni rasanya. Mana taknya, tu roller coaster Battlestar Galactica Human, Red Track T pun dok pulun naik gak. Memang seronok walau ada rasa takutnya. Berani-berani takut gitu. Alhamdulillah, I’m still alive! Cuma di The Lost World, Water World, kami tak masuk begitu jugak permainan di Ancient Egypt. Lalu ambik gambar gitu jer. Next time, hopefullylah.. Kalau ada orang tu nak bawak kita lagi, kan? Tapi dok dengar-dengar dia plan nak bawak kita p Sentosa Island pulak. Aha! Just wait and see ya?!! Okeylah, sebelum mengakhiri cherita kali ini, T sertakan jugak sekeping gambar T bersama sahabat pena T yang T bagitahu nak jumpa dia di awal cherita ni tadi. Finally, dapat berjumpa sahabat T, Siti Juana Saini bersama emak, suami, Rahim dan anaknya, Ishraf. Terima kasih banyak-banyak Juana. Sudi datang jumpa Wati walau sekejap. T tak dapat nak call dia sebab tak roaming handphone. Masa kat Woodlands memang dapat signalnya. Cari public phone tak berjumpalah pulak. Ada dekat 15 kali Juana call me sebab nak berjumpa dengan T jugak. Adoi! So sorry dear! Memang rasa nak menangis sangat dah sebab takut tak dapat peluang nak jumpa u. Alih-alih masa nak keluar dari USS tu, dia muncul di hadapan T dan terus diam tak terkata. Terus peluk cium dia sambil menangis. Mujur dia datang walau tak dapat nak call me sekalipun. Dia tunggu Wati daripada pukul 5.30 petang lagi. Masa tu kami tengah dok makan-minum kat Friar’s, Far Far Away. Ya Allah, kalau tahu Wati keluar awal dan berjumpa dengan u dulu my dear. Tapi Alhamdulillah. Dapat bertemu dan berborak walaupun sekejap. Siap bagi hadiah untuk Wati bawak balik ke Pahang lagi.. Terima kasih banyak-banyak. Wati tahu ucapan Terima Kasih Wati tak memadai dengan apa yang telah Juana lakukan. Sayang kamu ketat-ketat sahabatku aka my sister!! Love you.. Harap persahabatan kita kekal buat selama-lamanya. Amin.

Okey, urusan balik ke JB berjalan lancar dan pada pukul 9.50 malam. Trafik lancar, tak jem bagai disangka. Urusan di Imegresen pun Alhamdulillah. Nak pegi Singapore lagi.. Nak pegi Singapore lagi..

Sebelum balik ke bilik, kami dinner di Restoran My Friend di Kempas. Sekitar jam 12.10 tengah malam sampai ke bilik. Penat tak terkata sampai T mahu menamatkan kata-kata T.. Sampai di sini saja… Jumpa next entry ok? Terima Kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: