HARI IBU VS HARI JADI ABAH

8 May

Assalamualaikum….

Pagi tadi dalam 8.30 pergi hantar Nur ke sekolahnya. Ada training Action Song. Temankan dia sekejap dan pulang ke rumah semula.

Hari ini Hari Ibu Sedunia. Happy Mother’s Day buat semua yang bergelar Ibu. Ini gambar T bersama my mom, Puan Ramlah Binti Mamat. Ni gambar tahun lepas.  Masa celebrate Hari Ibu bersamanya di Kuala Krau. Tadi call Ma dia cakap kalau nak balik, dia nak masak Nasi Tomato. Tapi kami tak boleh balik sebab Nur ada training Action Song di sekolahnya. Sebelah pagi dan jugak sebelah petang seperti semalam. So, tak dapat nak sambut Hari Ibu bersama Ma seperti tahun-tahun yang lepas.

Bersama Ibu Mertuaku. Puan Hajah Mariam Binti Rani. Call Mama tadi sebelum dia pergi kerja. Hujung bulan ni Mama dah mula bersara. Sayang Mama banyak-banyak!

Ini adalah pemberian dari Nur. Seawal umur 5 tahun, dia sudah buatkan T Kad Hari Ibu. Biasalahkan. Projek yang dibuat bersama gurunya di tadika dan di sekolah. Terima Kasih anak Ummi. Ummi amat-amat menghargainya sayang. You are so sweet….

Hari ini juga merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran my Husband. Ahmad Bukari Ismail. Yang ke 40 tahun. T doakan semoga Abang dipanjangkan umur, dimahalkan dimurahkan rezeki, bahagia hidup bersama T dan anak-anak kita. Semoga Abang sentiasa menyayangi T dan juga anak-anak untuk selama-lamanya. Sayang Abang Sayang. Emmmmmmmuuuuuaaaaahhhhh!!!

Nasi Lemak special untuk Hari Jadi my Husband. Dia mintak T buatkan semalam. Dan bagusnya dia makan bertambah tadi. I like!

For lunch T masak yang sedap special sikit. T masak Nasi Daging, Kari Ayam (tanpa menggunakan santan), Acar Jelatah, Sambal Belacan dan jugak Kek Koko Basah.

Demikian adanya cherita, Buah Anggur yang menggiurkan tu dan jugak Fresh Orange pun nak masuk beloglah jugop!

Kek Koko Basah. Rupanya saja buruk tak berapa elok, tapi rasanya sedap sekali okes?

Okey, dah siap ambik gambar, baru diizinkan makan. Haha..

Selepas makan, pergi hantar Nur lagi ke sekolah. Ada training Action Song lagi. Busy betul anak dara Ummi ni. Weekend ni tak lekat kat rumah dia. Hehe..

2 Responses to “HARI IBU VS HARI JADI ABAH”

  1. Zana May 8, 2011 at 9:12 PM #

    happy mother day kak tie
    selamat hari jadi buat hubby kak tie

    • wati yusof May 12, 2011 at 4:59 PM #

      tq so much zana.. happy mother’s day to u too.. kiss for batrice yeah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: