SABTU KAMI

8 May

Assalamualaikum….

Hari ni, 07052011, rasa penat sangat. Bangun awal pagi. Sediakan Nur untuk pergi latihan Action Song di sekolahnya. Ada meeting dengan Guru Besar, Guru-Guru dan Ibu Bapa sebab nak mintak kebenaran beri keizinan kepada anak-anak untuk memasuki pertandingan ni. Nur dan kawan-kawannya seramai 14 orang daripada Darjah 3 terpilih mewakili sekolah untuk Peringkat Daerah nak bertanding ke Peringkat Negeri. Masa berlatih sangat suntuk. Next week nak bertanding dah. Insya Allah, berkat tunjuk ajar daripada Guru-Guru SKJB, pelajar mereka akan beroleh kejayaan. Doakan yang baik tak salahkan? So, mintak korang berdoa jugak. Sama-sama kita berdoa. Untuk kejayaan anak-anak kecil ini. So, weekend ni kami tak ke mana-manalah sebab Nur ada training. Ingat nak ke KL sambut Mother’s Day. Esok pun Nur ada training lagi. Pagi dan sebelah petang. Emmmmm..

Lepas perjumpaan itu, kami keluar untuk bersarapan pulak. Nur dah makan Roti dan Scramble Eggs yang T sediakan untuknya sebelum dia keluar rumah tadi. T, Hubby dan Adib dok pekena Roti Canai Banjir dan Air Teh pagi tadi. Alhamdulillah.

Siap makan Roti Canai Banjir, kami ke Tunas Manja. Cari barang dapur sikit. Dah lama tak makan Ice-Cream, so tadi beli Ice-Cream dan konnya sekali. Makan kat rumah dengan Adib. Hehe..

Ini jugak barang-barang yang dibeli di Permata Herba, Tunas Manja tadi. Barang-barang jagaan diri yang wajib T beli selalu. Nak cantik jugak macam korang!😀

Belah petang, dalam pukul 6.00, T dan Hubby ke sekolah nak ambik Nur dari latihan Action Song. Dia mintak suruh beli Uniform dan Kasut Sekolah baru untuk pertandingan nanti. Sudah beli barang-barang yang dia mintak, Kami singgah makan Burger kat area Pasaraya Ekonomi di Lurah Semantan. T order Burger Daging Panggang. Bapoklah sedapnya! Hehe.. Dilawan pulak bersama Teh ‘O’ Ais Limau. Kenyang! Alhamdulillah.

Untuk dinner malam ni, T cuma masak yang simple saja. Ikan Talapia Masak Masin Pedas dan jugak Ayam Goreng. Cukuplah Air Kosong Beyond Zhulian saja. Syukur, Alhamdulillah.

Esok for breakfast, Hubby request Nasi Lemak. Esok birthdaynya. Insya Allah Abang. T sediakan esok Nasi Lemak Special untuk Abang ye?. Hehe.. Till then, good night. Sweet dreams!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: