SELAMAT JALAN NUR

13 May

Assalamualaikum…

Pagi tadi, T dan Mr. Hubby ke sekolah anak-anak kami di Sek. Keb. Jalan Bahagia, Temerloh. Nak menghantar anak dara kami, Nur Nisriina Huwaidah naik bas dan terus ke Pekan, Bandar Di Raja sempena Festival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Pahang untuk acara pertandingan Action Song. Sekolah ni pernah menang Peringkat Kebangsaan 3,4 tahun lepas. Hopefully, ada peluang untuk menang jugak kali ini. Mak Ayah mana nak doakan yang tak baik untuk anak-anak mereka, kan? Kami Ibu Bapa kepada 15 pelajar yang terpilih ini amat merasa bangga kerana dalam ramai-ramai pelajar di Tahun 3, cikgu-cikgu telah memilih mereka bagi mewakili sekolah ini. Kesempatan yang ada T gunakan untuk berbual-bual bersama para Ibu. Mereka juga mengharapkan yang sama. Yang terbaik buat anak-anak mereka. Kami tak desak mereka untuk menang. Cukup dijadikan pengalaman untuk mereka kenang bila mereka dewasa nanti. Desak-desak mintak menang tak boleh juga. Hakim yang bijaksana yang akan menentukannya. Cuma kami tetap mendoakan kejayaan mereka. Insya Allah.

Nur dan kawan baiknya, Fatini. Dah bersedia nak naik bas dah… Good Luck girls!

Ramai Ibu Bapa yang datang menghantar anak-anak mereka hari ni. Budak-budak rasa happy sangat sebab mendapat sokongan daripada kami. Cikgu-cikgu pun ramai yang menghantar di pagar sekolah. Doa dan harapan kami, mahu melihat si kecil berjaya di sana. Amin. Insya Allah.

Her Abah datang jugak nak menghantarnya walaupun cuma di dalam bas… Dan terus bergegas ke KL. Ada kerja di sana pulak.

Nur di dalam bas… Selamat Jalan Sayang… Siap bagi isyarat I LOVE YOU pada T tadi… Call dia pun dia kata Nur sedih. Mana tak, kami tak pernah berpisah walau ke mana-mana. Sentiasa bersama. Ini pengalaman pertama. Harap dia boleh biasakan diri. Sayang anak Ummi sayang.

4 Responses to “SELAMAT JALAN NUR”

  1. FarEast May 16, 2011 at 1:42 PM #

    bawa bersabar & banyak kan berdoa atas keselamatan dia … satu hari nanti mungkin saya rasa pengalaman berpisah sama macam anda🙂

    • wati yusof May 19, 2011 at 9:03 AM #

      sebab tak pernah berpisah dgn dia tu.. rasa lain jadinya.. Alhamdulillah.. selamat perjalanan pergi dan balik.. dan dia jugak membawa pulang kejayaan.. Alhamdulillah

  2. MaDiHaA May 18, 2011 at 9:01 AM #

    salam T..
    rajin T pindah rumah yer.. tapi nampak mcm dah lama juga rumah ni dibina… baru nak publish ye? hehe.. apa2pun.. akak ikut kisah T kat sini pulak lah nnt…😉

    • wati yusof May 19, 2011 at 8:54 AM #

      risau blog t tu kena delete kak.. tak reti sgt pasal it, it ni.. pindahkan dulu blog ni kat wordpress. .. tq kak..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: