KARNIVAL BAHASA INGGERIS -part 1-

19 May

Assalamualaikum…

14052011, T, Mr. Hubby dan Adib ke Pekan untuk menyaksikan persembahan Action Song Nur & The Gang di Sek. Keb. Pekan Jaya. Dua jam dari Temerloh sampailah kami di Pekan. Mula-mula kami singgah di homestay yang  telah T booking sehari sebelumnya iaitu di Homestay Pekan Pahang di Taman Mentiga Jaya. Rumah teres setingkat 3 bilik. RM150 untuk satu malam. Ini ada link homestay :- http://homestaypekanpahang.blogspot.com/

Adib di dalam bilik pertama. Bilik T dan Mr. Hubby. Bilik ni ada aircond.

Ini bilik tidur yang ke 2. Bilik tidur Adib si anak bujang.

Ini bilik nombor 3. Tak tidur di dalam bilik ni pun.

Di dapur. Tapi dia tak sediakan dapur untuk memasak. Cuma disediakan Gula dan Teh. Okeylah tu. Tujuan kami datang bukan untuk memasak pun.

Ruang tamu di dalam homestay ini. Sangat luas dan selesa. Lapang sekali. Tak sesak dengan perabot bagai. Puas hatilah kiranya. So, sape-sape yang berkemungkinan ada kerja atau nak bercuti bagai, T rekomenkan homestay ni. By the way, T tak dapat untung pun nak iklankan homestay ni. Saja berkongsi benda baik dengan korang. Tuan rumah pun sangat baik dan peramah orangnya.

Kami tiba awal daripada rombongan anak-anak kecil ini di dewan sekolah. Mereka tinggal di Homestay Khalida di Taman Perdana. Tak jauh dari tempat bertanding. Kelihatan Nur sedang menuruni tangga bas. Ololo! Anak Ummi sangat comel sekali berpakaian seperti ini. Maklumlah sejak daripada Darjah 1 hingga sekarang, Darjah 3, Dia pakai Baju Kurung sama itu Tudung. Memang nampak lainlah apabila dia berpakaian sebegini.

Acara Action Song bermula pada pukul 3.00 petang. Giliran Sek. Keb. Jalan Bahagia adalah nombor 5 dan lihat tu, anak-anak kecil sedang beraksi di atas pentas. TANPA rasa takut dan panic! Alhamdulillah. Persembahan mereka adalah yang terbaik di sepanjang waktu latihan yang cuma mengambil masa selama 8 hari saja. Iye, 8 hari! Kami diberitahu lewat untuk menyertai pertandingan ini. Tapi, Alhamdulillah. Budak-budak dapat mempersembahkannya dengan amat baik sekali.

Kami ibu bapa dan guru-guru yang menonton di bawah berdebar-debar tak terkata. Mengharapkan mereka melakukan yang terbaik.

Rasa tak jemu menonton persembahan mereka. Sangat seronok dan kami enjoy sekali masa ini.

Wajah ceria Nur selepas persembahan. Ummi, Abah dan Abang Adib sangat berbangga dengan Nur!

Usai majlis, kami mengambil kesempatan mengambil gambar anak-anak kecil ini bersama Guru Pengajar mereka, Madam Chin di atas pentas. Buat kenang-kenangan di kemudian hari.

Habis majlis pertandingan, dalam pukul 5.10 petang, baru kami makan tengahari. Pagi tadi makan Roti Canai Banjir di Temerloh. Laparnya perut sampai berbunyi-bunyi dia. Hehe…

Pulang ke rumah homestay kami. Tibalah masa untuk berehat. Badan penat usah katalah. Badan minta mau rehat saja.

Sebelum balik ke homestay, kami singgah bungkus Murtabak Mengkasar ni. Satu yang special dan satu yang biasa. Minum dengan Air Mineral. Ini untuk dinner kami. Alhamdulillah. Kenyang YA ALLAH!

Sebelah malam, keluar sekejap ke Homestay Khalida di Taman Perdana. Dok jenguk keadaan Nur dan cikgu-cikgu yang menjaganya. Dekat sejam di situ dan kami pun pulang ke homestay untuk berehat. Sebelum tidur, layan Cerekarama “Sejadah Kaabah”  sambil mengupload gambar-gambar Karnival Bahasa Inggeris ke Facebook. Ada kemudahan Wi-Fi di homestay ni. Cerekarama tu tak sempat tengok habis pun sebab dalam pukul 11.30 malam, T dah masuk tidur pun. Siapa yang tengok drama ni? Apa kesudahannya ye?

2 Responses to “KARNIVAL BAHASA INGGERIS -part 1-”

  1. attyfir May 19, 2011 at 11:17 AM #

    bilalah nak dpt rasa murtabak popular nie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: