KARNIVAL BAHASA INGGERIS -part 2-

19 May

Assalamualaikum…

15052011, Kami bersarapan dekat kedai makan area homestay. Pekena Nasi Dagang bersama Nescafe Panas. Nasi Dagang tu sangat sedap okes? Rasa macam Nasi Dagang di Kuala Terengganulah pulop! Okey, sudah kenyang makan, Syukur Alhamdulillah, kami pun terus ke Dewan Sek. Keb. Pekan Jaya untuk acara penutupan majlis dan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang bertuah.

Yes! Setelah menunggu hampir 2 jam akhirnya penantian kami berbaloi dengan kemenangan yang berpihak  kepada Sek. Keb. Jalan Bahagia, Temerloh. Alhamdulillah. Apabila pengacara majlis mengumumkan 6 kumpulan yang lain sebelum kami, dan Kuantan sebagai pemenang ke 2, kami sudah tahu yang kami adalah juaranya! Budak-budak sangat happy apatah lagi kami para ibu bapa dan guru-guru. Kami saling mengucapkan tahniah sesama kami. Berpeluk cium bagai. Ya Allah! Syukur sangat-sangat. Terima Kasih kepada Madam Chin, Puan Razila, Puan Norizan, Puan Zabedah, Madam Yeni, Ustaz Fadhil dan Pengetua Sekolah kerana kalian memungkinkan semua ini berlaku! Kami happy dok merakam gambar mereka naik pentas menerima trofi sebagai JOHAN! Tahniah buat Nur & The Gang! Insya Allah, pertandingan peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada bulan depan di Negeri Sembilan pula. T pasti Madam Chin dan guru-guru lain akan melatih mereka dengan sebaiknya untuk ke peringkat Kebangsaan ni pula. Insya Allah. Ada rezeki kami nanti, adalah… Kalau sudah bukan rezeki kami, tidak mengapalah. Janji kami berusaha dengan sebaiknya. Menang kalah sudah menjadi adat bertanding, kan? Kalau kita rasa kita hebat, ada lagi yang lebih hebat daripada kita, begitulah…

Sejurus turun daripada pentas, Nur terus mencari Abahnya yang berada di belakang dewan. Tengoklah muka happy Abahnya tu. Kami semua happy for you my dear! 

Bergambar bersama guru-guru dan anak-anak kecil yang sangat bertuah hari ini!

Sebagai Johan, mereka kena buat persembahan sekali lagi. Kali ini kami sangat-sangat enjoy dan happy sebab kejayaan itu sudah menjadi milik kami. Alhamdulillah, Syukur Ya Allah!

Dah ada peminat pun! Kakak-kakak dan Abang-abang ni masuk pertandingan debat. Dari sekolah di Bera. Depa dok ajak anak-anak kecil ni bergambar bersama… So sweet…

Okey, lunch time. Nasi Beriyani atau Nasi Tomato T tak berapa pasti. Lebih kuranglah. Tapi sedap kot. Sebab habis budak-budak ni makan. Lapar sangat agaknya! Bagi depa makan kenyang-kenyang dulu baru kami ibu bapa ke Kantin untuk jamuan makan tengah hari.

Lunch bersama trofi JOHAN ini amatlah mengenyangkan sekali yer! Nasi pun sedap. Alhamdulillah, kenyang…

Di dalam bas. Adib pun naik bas yang sama untuk pulang ke Temerloh. Manakala T dan Mr. Hubby pulang menaiki kereta kami.

Guru Besar sedang menanti di sekolah. Dia pergi menonton persembahan budak-budak ni semalam. Hari ni dia di sekolah bersama guru-guru yang lain membuat persiapan untuk sambutan Hari Guru pula. Kepulangan kami disambut dengan bunyi paluan kompang…. Pak klepung klepung klepak!

Di sekolah. Sebahagian dah balik ke rumah. Tengoklah muka penat tetapi happy mereka yang comel belaka ni!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: