SECRET RECIPE

19 May

Assalamualaikum…

Tengahari semalam, T, Mr. Hubby, Nur dan 2 orang staff Mr. Hubby lunch kat Restoran Ima depan Balai Polis Temerloh. T suka makan kat sini. Banyak lauk-pauk kampung yang tersedia. Rasa makanan pun sedap. Restoran ni menggantikan Restoran Nina Asam Pedas yang beroperasi hampir setahun lebih sebelum ini di sini. T ambik Nasi Separuh + Ikan Patin Bakar Tempoyak + Limau Nipis Ais. Lepas lunch, bawa Nur pergi office dan kemudian tunggu dia bersiap untuk ke Kelas Q-Fa pulak. Adib dari sekolahnya terus ke Kelas Q-Fa sebab ada Ko-Ku hari ni.

Mr. Hubby ambik Ikan Pari Bakar. Panas-panas baru siap dibakar. Sedap!

Sebelah petangnya pula, T ajak kawan baik T, Kak Yah bersama 2 orang anaknya. Nak meraikan anak bujangnya yang akan melanjutkan pelajaran di Matrik Melaka next week. So, tak ada apa yang special. Ajak keluar makan di Secret Recipe aje. Untuk permulaan, T order 2 Chocolate Lava untuk Kak Yah dan anak-anaknya. Nur order Kek Tiramisu + Green Apple Kasturi Juice.

T dan Kak Yah order Spaghetti Bolognese Beef + Sky Juice, Syazwan order Grilled Black Pepper Chicken + Sky Juice manakala Oly order Grilled Mushroom Chicken + Sky Juice. Spaghetti tu banyak. So T kongsi dengan Nur jugak. Tu pun tak dapat habiskan jugak. Rasa kenyanglah pulak. Bahagian Cheese pun T cuma makan sikit saja. Rasa muak kalau makan banyak-banyak. Em, memang T “banyak” songeh eh? :-p

Adib order Chicken Steak Burger + Iced Lemon Tea. Dia pun tak habiskan Burger ni sebab dia kata Ayamnya keras sikit. Em, “banyak” songeh macam Ummi dia jugak!

Okey, dah siap makan. Dah kenyang. Dah borak-borak. Dah gelak-gelak. Dah tapau Kek Chocolate Indulgence untuk dibawa pulang, Maka tibalah masa untuk kami bersurai. Untuk Syazwan, belajar baik-baik ok dan jaga diri. Oly pun sama, you take care too ok? Kak Yah, next week kita start pegi jogging ye? Dekat seminggu tak pegi jogging ni. Badan pun dah rasa berat semacam. LalaLala…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: