SELAMAT HARI GURU 2011

19 May

Assalamualaikum…

16052011, setiap tahun, kita akan menyambut hari yang dipanggil Hari Guru. Hari ini T ke sekolah bersama 2 orang kawan untuk melihat persembahan anak-anak kami bagi menyambut hari yang istimewa ini bersama guru-guru mereka. T jugak sempat sediakan hadiah-hadiah ni untuk guru-guru yang mengajar anak-anak T di Sek. Keb. Jalan Bahagia, Temerloh. Hadiah yang tidak seberapa nilainya ini tidak tidaklah terbanding dengan jasa mereka mendidik anak-anak T selama ini. Terima Kasih Cikgu!

Nur dan kawannya, Fatinie. Sama-sama menyertai pertandingan Action Song di Pekan hari Sabtu lepas.

Guru-Guru dan para pelajar yang semuanya bersemangat nak menonton persembahan-persembahan yang bakal disediakan oleh pihak sekolah buat mereka… Semuanya sporting dan steady walaupun cuma duduk di atas lantai. Yang penting, kita enjoy!

Adib & The Gang buat persembahan Boria pada hari ini. Persembahannya yang kedua selepas majlis Mesyuarat PIBG pada bulan lepas. Adoi! Kencang betul anak bujang T ni menari! Hehehe…

Turn Nur & The Gang pulak. Menyanyikan lagu yang membawa kejayaan buat mereka di Pekan Pahang Sabtu lepas. Tak jemu-jemu menonton persembahan mereka.

Sebenarnya segan nak ke sekolah. Memandangkan cuma T dan 2 orang kawan cuma dari kalangan para ibu. Tapi memandangkan cikgu-cikgu yang membawa rombongan Nur ke Pekan ajak kami join sama menonton persembahan anak-anak dan jugak sebab T dok bawak hadiah tu semua, So tebalkan muka sajalah ke sekolah. Sejurus habis menonton persembahan Adib dan Nur, kami 3 orang terus pulang ke rumah. Happy dan bangga tengok anak-anak buat persembahan. Tak malu, tak segan. Baguslah tu. Berani. Itu yang T nak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: