RUMAH MANIS RUMAH

20 May

Assalamualaikum…

Rentetan entry, https://chakapchakap.wordpress.com/2011/04/18/bengang-sampai-bengong/ , aku nak sambung cerita yang tak berkesudahan ini lagi. Hampir 3 bulan perkara ini berlarutan dan akan berpanjangan sehinggalah rumah jiran siap dibina. Ini gambar-gambar yang aku ambik awal pagi tadi. Tu tompok-tompok putih yang menghiasi lantai mozek di garaj rumah. Siapa nanti nak kena bersihkan tu? Jawapannya, akulah… Siapalah lagi yang bangang nak cucikan, kan? Kelmarin pergi basuh kereta di car wash, tengahari semalam pulak dah habis tompok-tompok putih apa tah tumpah melata di atas kereta. Aduh! Geramnya! Bila aku pandang ke tingkat atas rumah jiran, pekerja-pekerja dia bodoh je dok pandang aku. Tahulah kereta aku tu buruk, tapi cubalah bertimbang-rasa sikit. Hidup ni janganlah pandai nak menyusahkan orang saja. Tahulah nak renovate rumah. Aku tak jeles pun kau nak renovate sampai berpuluh-puluh tingkat, tapi janganlah kau libatkan aku pulak. Pandai makan, pandailah simpan. Ni pandai berak, tak pandai basuh! Memanglah ko ni!!

Ni dinding pemisah di bahagian garaj rumah. Tengoklah tu. Atas lantai mozek pun ada di beberapa bahagian tumpahan simen. Aku tak kira, dia janji nak bersihkan lepas rumah ni siap. Dah siap kau tak bersihkan jugak, memang cari pasallah tu!

Di hadapan rumah.  Argh! Tak kuasa aku!

Dekat 3 minggu jugak putih-putih tu ada atas jalan raya sepanjang lorong perumahan ni. Kerja jiranlah ni. Cucur air sepanjang jalan ni konon nak bersihkan kotoran tu. Haish! Mati kutu aku tak tahu nak kata  apa.

Belakang rumah aku…

Buka pintu belakang rumah dan anda akan disajikan pemandangan “meriah” sebegini. Nampak besi yang disandarkan di pagar belakang rumah T tu? Suka hati mak, bapak, atok nenek dia dok fasha sandha sandar kat pagar rumah aku! Tadi baru T tolakkan ke atas batu-batu tu pulak. Dahlah berat. Suka benarlah menyusahkan orang. Haish!!

Keadaan di belakang “rumah manis rumah” saya sejak 2,3 bulan lepas… Amat-amat menyedihkan sungguhlah…

Pekerja tu kata nak gantikan atap ni nanti. Entahlah tu…

Dinding pemisah antara rumah kami… Bagus, tak payah aku nak tengok muka kau lagi kat belakang rumah lepas ni!

Dah lama tak basuh lantai kat belakang rumah ni. Tak kuasa aku! Lepas basuh karang, kotor balik. Lainlah dengan garaj di depan rumah, mesti kena bersih setiap hari walau yang ado!

Tingkap kecil tu bilik air di dalam bilik tidur utama rumah ni. Hari tu terbuka punyalah luas. T ingatkan Darling Hubby yang buka sehabis buka. Rupanya bukan dia. Entah apa motif dia bukak tingkap tu seluas-luasnya pun tak tahulah. Nasib baik T nampak masa nak mandi pada satu hari tu. Giler ah! Kalau T tak perasankan tingkap tu terbuka luas, diaorang pulak tengah bekerja di tingkat atas tu… Mesti nampak T tengah mandi. LOL!

Tengoklah tu.. Sudah cacat diperlakukan oleh mereka!

Pandangan garaj dari balkoni rumah.

Di hadapan rumah. Pandangan dari tingkat atas balkoni rumah.

Memanglah pekerja dia cakap, dia akan bersihkan semua ini selepas kerja sambung rumah siap. TAPI bila siap tu, aku tak pasti. Takkan nak biar kotor berbulan-bulan baru nak dibersihkan. Dasar ***** punya orang! Aku memang geram, kecewa teramat dengan apa yang berlaku. Aku bukan nak jadi kurang ajar. Tapi kau yang buat aku jadi kurang ajar. Entahlah, aku cukup menyampah orang cari pasal dengan aku. Kalau aku tak tegaskan hal ni, suarakan isi hati pendapat aku, siapa yang nak lakukan untuk aku? Siapa yang akan bersuara bagi pihak aku kalau bukan diri aku sendiri. Rumah aku. Hak aku. Itu yang aku pertahankan. Tapi itulah. Nama je cikgu. Tapi tak reti memikir. Memang menyesal dapat jiran yang berperangai begini. Jiran sebelah kiri suka membuang sampah merata, (tapi dah lama jiran aku ni tak ada di rumah, dengar kata sekarang ada di Sabah, bagus, kurang sikit rasa sakit hati aku) jiran sebelah kanan, beginilah pulak. Ikut hati nak je dok pindah pergi rumah lain. Biar kecik buruk pun asal jauh dari jiran-jiran sebegini. Orang ingat aku memanglah kuat mengadu. Sikit punya hal pun nak mengadu. Disuruh bersabar. Kau dapat jiran begini kau tahulah makna SABAR tu apa! Tak kena batang hidung korang memanglah akan cakap aku yang berlebih-lebih dalam hal ni. Ah! Setiap hari dok sakit hati begini. Rosak jiwa aku rosak! Aku sikit pun tak cemburu bila dia nak sambung rumah. Itu hak kau. Duit kau. Ada duit sambunglah rumah berpuluh tingkat pun aku tak peduli. Tapi tolonglah jangan jadi pengotor dan kotorkan rumah aku ni! Bencilah dok mengadap benda ni hari-hari. Selagi tak sudah rumah dia dibina, selagi itulah hidup aku tak tenteram. Nak tenteram macam mana kalau gedung, gedang, pung, pang, kung kang, bunyi drill lagi from 8.00 am – 5 pm? Hargh! Duduk rumah sendiri pun tak aman dibuatnya! Jiwa kacau!!!

2 Responses to “RUMAH MANIS RUMAH”

  1. ticeryus May 20, 2011 at 4:22 PM #

    iskh3….memalukan kau cikgu je nie.. sblh umah yoni pun renovate pagar buat tembok..tp alhamdulillah… elok ja.mmg sesetgh manusia nie amatla annoying kan…sabarla tie..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: