MUHAMMAD DARWISY DAWANI

21 May

Assalamualaikum…

Hari ni (21052011) ada Kenduri Aqiqah di rumah salah seorang staff Mr. Hubby di  Felda Jengka 17. Mula-mula kami pergi cari hadiah untuk si baby yang bernama Muhammad Darwisy Dawani ni ye? Dan inilah dia hadiahnya. Beli di Butik Anakku. Special untuk Baby DD. T yang pilih ni untuk Baby DD. Ambik yang size besar sikit. Kalau beli size 0-3 bulan, takut Baby DD cepat besar pulak nanti. Harap Ibunya suka dapat hadiah ni daripada kami dan family.

Ini pulak model Losyen Anakku. Haha… Buleh start sign kontrak tak? :-p

Breakfast pulak at Kedai Kek Kak Yah. Masa ni dalam pukul 11.40 pagi. Chocolate CC dia sedap.

Lunch time di rumah Ibu Bapa Umi di Felda Jengka 17. Menu-menunya ialah Kurma Kambing, Ayam Masak Merah, Acar Timun, Sambal Belacan dan Air Oren. Sedap semua rasa lauk. Kenyang kami makan. Alhamdulillah.

Muhammad Darwisy Dawani yang berusia 17 hari bersama Ibunya, Umi, Kakak Nur dan Auntie Anisah… Comel je dia… Baru lepas bercukur rambut. Suka dibedung. Baru dia rasa selesa. Kalau tidak dia akan terkejut-kejut dan menangis… Hehe… So sweet!

Bersama Kak Anisah, Nur, Umi dan Siti… Kawan-kawan aka staff-staff my Darling Hubby… Friends for ever! Sayang kamu semua ketat-ketat!

Purplelicious… Hehe… Sedondon gitu… Nur bersama suami Umi…

Buah tangan untuk kami sekeluarga. Terima Kasih Umi.

Anak-anak mintak T buatkan Sandwich Sardine. Diaorang kata tak puas makan di Kedai Kek Kak Yah tadi. Satu bungkus yang kami makan tadi RM2.00. So, buat sendiri lagi puas hati, kan? Layan makan ni sambil tengok Majalah 3.

Ok, tambah cerita pasal makan-makan lagi. Ini adalah Set Nasi Arab dan Nasi Panggang yang Mr. Hubby belikan di Restoran Al-Amin Food Corner, Greenwood, Gombak pada 13052011. Set Nasi Arab tu ada Kambing, Ayam Goreng Rempah, Ayam Kukus, Sambal, Sup dan juga Salad Campur. Set Nasi Panggang ada Kari Kambing dan juga Sambal. Sedap oh sedap! Kami makan ni 3 beranak sebab masa ni Nur ke Pekan untuk pertandingan Action Song.

Ini pula sarapan T bersama Mr. Hubby pada 19052011. Ada Nasi Lemak Kerang, Kuih-Muih dan Air Teh ‘O’. Alhamdulillah.

Ini pulak Mr. Hubby beli di Tg. Lumpur, Kuantan (Udang dan Sotong Goreng tu), Chicken Chop dan Nasi Goreng Kampung dibeli di Restoran Serasi, Temerloh pada 19052011 juga.

Sudah agak lama tak pekena makan KFC. So, semalam, 20052011, T bawa anak-anak pergi makan KFC selepas ambik diaorang dari Kelas Q-Fa. Selepas tu pergi cari baju sekolah anak-anak dan tudung Nur di Shamensi dan juga di Kaid Johar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: