MUHAMMAD ARASYH FYRDAUS

23 May

Assalamualaikum…

Kalau kelmarin, 21052011, ada Kenduri Aqiqah di Felda Jengka 17, semalam 22052011 kami memenuhi jemputan salah seorang staff Mr. Hubby, Kak Anisah yang buat Kenduri Aqiqah untuk anak saudaranya di rumah keluarganya di Felda Jenderak Utara. Ini dia buah tangan kami untuk baby Muhammad Arasyh Fyrdaus. Baby yang sangat handsome tau! Gambarnya ada di bawah.

Masa ni kami baru sampai di rumah Ma dan Abah T di Kuala Krau. Nur bawa balik Piala Johan Action Song tu untuk ditunjukkan kepada Atok dan Neneknya. Atok menangis bila Nur tunjuk piala tu. Hehehe.. Happy bercampur sedih. Atok memang sensitif orangnya. Nak-nak kalau ada yang bertanyakan khabarnya even diberi kiriman salam, sure dia menangis.

Kucing yang Ma dan Abah pelihara baru melahirkan anak. Ma cakap masa dia nak melahirkan anak-anaknya, dok panggil Ma tak berhenti-henti. Lama gak baru boleh dia bersalin. Tu anak-anaknya yang comel!

Ma sediakan Pisang Goreng Panas bersama Teh ‘O’ Suam. Separuh lagi Pisang sedang digoreng.

Kerepek Ubi yang Ma gorengkan. Sedap! Dah lama tak makan ni.

Ini dia si Handsome boy! Nak masuk 2 bulan dah umurnya. Sangat comel dan berkulit putih mulus. Geram Auntie Wati nak gomol tapi dia tengah tidurlah pulak.

Okey, makan time. Mr. Bob mendapat layanan yang sangat istimewa hari ini. Hehehe.. Kak Anisah dok bawa nasi tambah, gulai, buah-buahan untuk meja VIP ini… Hehehe… Berselera Abang dan Abah makan nasi kenduri ni tau!

Lauk-pauk yang sangat sedap. Ada Ayam Goreng, Gulai Kari Kambing + Kentang, Masak Lemak Ikan Talang Masin + Nenas, Sayur Taucu, Salad, Sambal Belacan, Buah Oren Sunkist, Buah Pisang, Air Oren dan Air Sirap. Kenyang kami dok makan. Syukur Alhamdulillah.

Kenalan kakak-kakak T…Kakak Jamilah ni power. Dia jual insuran nyawa. Memang sangat berjaya orangnya tetapi tidak sombong. Sangat peramah dan amat menyenangkan sekali berada di sampingnya.  

Sempat singgah ambik gambar sekejap dekat sekolah ni. Sekolah Menengah Vokasional Sanggang. Tempat T belajar menuntut ilmu dan mengambil peperiksaan SPMV di sini pada tahun 1996 dan berjaya memperoleh 21 Aggt, Pangkat 1. Walau bukan di kalangan yang terbaik, tetapi Syukur Alhamdulillah. Rezeki T setakat itu. Letak gambar ni dekat page sekolah kami, ramai kawan-kawan yang jeles. Hak3!

Buah tangan dari tempat kenduri tadi. Tu ada senduk IKEA, (ala, dah lama tak poie ko IKEA), Puding, Buah Oren Sunkist jugak Gulai Kari Kambing. Terima Kasih Kak Anisah dan family! Kuih Kacang aka Kuih Doraemon tu pulak memang wajib T singgah beli dekat area Songsang kalau lalu kat kedai dia. RM1 untuk 3 biji. Yummy!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: