EH! KIRA STANDARDLAH NIKAN?

24 May

Assalamualaikum…

Pagi semalam, 23052011,  T keluar berjogging di Taman Awam Kubang Gajah, Temerloh. Sampai-sampai kat taman ni, T disajikan dengan pemandangan yang amat menjijikkan aka meloyakan aka what ever ni. Wah! Pandai buat event bukan main. Lepas tu ditinggalkan kotor dengan sampah-sarap sebegini. Ha! Memanglah nak kena kondem dengan aku. Akukan kuat membebel orangnya. Membebel komplen macam mak nenek punya levelkan? Tapi kira standardlah gini keadaannyakan? Memanglah aku tahu sampah-sarap ni akan dikutip nanti tetapi tak payahlah kerja tu nak bertangguh. Habis majlis pihak penganjur wajar dah maklum keadaan akan jadi sebegini rupa, pakat-pakatlah bersihkan so bila orang datang jogging pagi ni, taman ni dah bersih dan udara tu dah fresh semula. Sakit hati aku dok jogging tadi. Dahlah g  jogging sorang-sorang, tak de sape nak temankan. Bertambah sakit hati tengok keadaan begini pulak. Sama jugaklah dengan Taman Awam Temerloh yang terletak bersebelahan dengan Taman Awam Kubang Gajah ni. Diaorang dok kutip daun-daun kering dan dibakar setompok-setompok di tepi laluan berjalan kaki atau jalan tempat jogging tu. Kalau tak dibakar selonggok-longgok dibiarkan daun-daun kering tu di dalam plastik hitam besar tu selama berhari-hari. Aku g jogging hari-hari, aku tahulah macam mana keadaannya. Mungkin orang lain tak hiraukan sangat benda-benda remeh ni. Dan pada pandangan diaorang benda ni tak jadi kes apa pun. Tapi aku tak boleh. Sakit hati menengok keadaan kotor begini. Kalau daun-daun kering bertaburan di bawah pokok tu biasalah. Dah semulajadi kejadian alam sebegitu. Tapi kalau dah dikutip dan dilonggok di satu-satu tempat dan dibiarkan begitu selama berhari-hari pulak, no pointlah dok kumpul daun-daun kering tu semua. Karang angin kuat, hujan lebat, bersepahlah balik daun-daun tu semua. Kan dah jadi dua kerja tu. Tapi biasalah, tak de sape yang nak kisahkan pun. Aku tengok ada penyapu-penyapu. Tapi dok kat dalam semak-semak. Yang aku nampak time masuk ke Taman Awam Temerloh ni setiap kali datang berjogging, pekerja dia dok berlonggok kat satu tempat ni dan berbual-bual hu ha hu ha. Tak nampak pun diaorang dok bekerja sapu-sapu sampah yang dok merata-rata kat taman. Geram nak kutip sampah-sampah tu semua dan longgokkan pulak kat tempat diaorang berkumpul. Janganlah makan gaji buta abang-abang! Tak berkat duit gaji yang abang-abang dapat tu tau! Nanti duit gaji tu nak bagi isteri, anak-anak makan. Ha, aku bila membebel tak reti nak full stop. Marah ni! Ha, tengah marah ni! Tapi benda ni kena sedar sendirilah. Tak payah orang lain nak tegur. Tak payah orang lain nak ingatkan. Dah kerja awak. Buat ajelah, kan? Lagi bersih taman-taman ni, lagi ramai pengunjung yang datang. Nak jogging pun rasa selesa. Udara segar dan sayanglah tempat baru dibina seperti Taman Awam Kubang Gajah ni rosak begitu sahaja. Kalau bercerita pasal tandas pulak, huh! Rasa nak menangis okey? Tak kuasa aku nak ulas pasal tandas-tandas kat sini. Kotor tu dah wajib. Dengan air yang bergenang di dalam tandas. Sinki pun tak ada air. Lampu pun tak ada. Apa lagi? Apa lagi korang nak tahu? Harap design tandas je gempak macam apa. Kat dalam? Belum masuk confirm kau dah muntah hijau! Tengoklah gambar-gambar ini dan nilaikanlah sendiri. Tapi kalau nak lagi feel, jemput datanglah ke sini ye?

Sudah agak lama deretan kedai makan ini dibina. Tapi masih belum siap dan berfungsi seperti yang sepatutnya. Kalau lepas jogging, duk ngeteh ni, mari gak ni. Entah apa motif dia bina, kalau tak disiapkan untuk kegunaan pengunjung di taman ini. Entah! Tak tau! (sambil mengangkat bahu)

Petang dan belah malam tadi T luangkan masa layan anak-anak buat latihan Maths dan English (masuk waktu Isyak, diaorang terus Solat dan masuk tidur. Memang waktu tidur mereka kalau hari persekolahan sekitar jam 9.00 malam) Hari ini, 24052011, diaorang ada paper ni. Sepanjang minggu ni diaorang ada mid year exam. Ummi doakan anak-anak Ummi dapat menjawab soalan-soalan dengan baik dan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Insya Allah. Amin.

Sebenarnya, T dah lama beli novel ni. T beli masa Hari Karnival Karangkraf pada 29012011 baru ni. Sekarang baru ada masa nak membaca. Baru nak masuk ke bab 31. Terasa masuk ke dalam jiwa Wina. Ah! Abang Syafi… Anis Ayuni salah seorang novelis yang T minati. Setakat ni bagus jalan ceritanya. Memang rasa cepat-cepat nak habiskan baca novel ni. Tak sabar nak tahu bagaimana cerita di penghujungnya. Mmmmm…

Malam tadikan, perut terasa sangat lapar. Ingat nak suruh Mr. Hubby belikan Nasi Lemak yang sedap dekat area rumah T ni. Tapi kedai tu dah tutup atau tak berniaga sebab malam ada Pasar Malam kat sini. Masa tu dah pukul 10.30 malam gitu. Petangnya pukul 6.00 petang dah makan Keoy Teow Tom Yam. Tak tahan ah! Sementara Mr. Hubby keluar mengeteh dengan kawannya, T call dia suruh beli Burger Special. Then masa balik, dia bawa masuk bilik Burger ni bersama segelas air masak. Layan makan Burger sambil tengok Pretty Little Liars at 8 TV. Best cite ni weh! Tapi rugilah rasanya sebab minggu ni dah 2nd week, last week tak tengok. Terlupa.

Kalau pagi semalam T cuma minum Susu Nestle Nesvita Omega Plus  + Biskut Kering Julie’s sebelum pergi jogging, pagi ni breakfast Nasi Lemak + Mee Hoon + Sambal Kerang + Kopi Mak Dara. Terbaek wok! Terbaek.

2 Responses to “EH! KIRA STANDARDLAH NIKAN?”

  1. attyfir May 26, 2011 at 9:50 AM #

    sama ngn fir..minggu ni mid year exam gak.hari ni last paper..

    kty pun suka novel.tp selalu pinjam kat library atau sewa je..tak mampu nak beli..huhuhuhhu..

    tie takecare ye

    • wati yusof June 11, 2011 at 10:37 PM #

      t beli novel tak selalu.. bli majalah jer yg banyaknya.. klu betul2 novel menarik baru t beli.. tu masih ada 4 novel yg masih belum dibaca.. tak kecukupan masalah kak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: