3 SERANGKAI

26 May

Assalamualaikum…

3 Serangkai, 3 versi, 1 design dengan 3 warna yang berlainan. T suka design baju begini. Nampak tu, berlengan panjang dan labuh bajunya berjaya menutup punggung mak yang agak memang besar ni! Okey, mari kita bercherita tentang baju 3 Serangkai ini.

Ini baju pertama yang T beli di The Store, Kuantan Parade pada bulan 11 tahun lepas. Harganya sekitar RM69.90. T beli sebab design baju ni menepati citarasa T yang nakkan baju berlengan panjang dan labuhnya menutup punggung.

Baju ini pulak T beli di The Store, Temerloh pada bulan lepas. T beli lagi walau dah beli design baju yang serupa. Oleh sebab macam berwarna “pink”, T beli jugak sebab amat berkenan dan ada potongan harga 50% daripada harga asal RM69.90. T pakai baju ni masa berjalan makan angin ke Universal Singapore pada 01052011 yang lepas. Amat selesa sekali memakainya. Cuaca hari tu pulak tak berapa panas, mendung dan ada ketika hujan renyai. So, pakai baju ni masa ke sana baru-baru ini adalah amat menyenangkan pergerakan T.

Okey, balik dari bercuti di Universal Studios Singapore dan ketika pulang ke rumah, baju yang T pakai (gambar bersandar di dinding Hotel Armada, PJ di atas) telah terkoyak sedikit di bahagian bahu. Kena macam besi dekat pintu rumah. Olo! Sangat sedih masa tu. Dan beberapa hari kemudian, T ke The Store semula nak cari ada lagi tak baju jenis ini di sana. Ye! Ada lagi. Berwarna biru seperti gambar di bawah jugak seperti warna yang T beli di The Store, Kuatan Parade. Baju design ni cuma ada 3 warna ini. Turqoise, Peach & Blue. Tengok gambar paling atas, tanda harga baju pun masih belum ditanggalkan. T memang gitu. Baju baru yang dibeli, kalau belum dipakai, tanda harga baju T akan T tanggalkan lagi. Macam poyo je eh? Ngeee.. Jadi itu sajalah cheritanya. T dan kisah 3 Serangkai. Itu saja. Tak adalah gempak mana punkan? Sekadar nak bercherita-cherita. Kalau korang, korang beli tak design baju yang sama tetapi warna yang berlainan? T beli sebab T suka jugak sebab T payah nak cari baju yang bersesuaian dengan badan T. Dah jumpa, memang wajib terus belilah. Malas nak fikir panjang nak mencari-cari lagi. Korang badan langsing tak pelah, senang cari baju untuk dibeli dan dipakai. Macam T susah sikit banyak. Hehe…

24052011

Selasa lepas, Kawan Baik T, Aimi http://kamalina-cakes.blogspot.com/ ada hantar kek-kek ni kepada T. Ada 5 jenis kesemuanya. Yang paling T suka adalah Kek Chocolate Indulgence. Nanti nak orderlah sebiji Mi! Lagi sedap rasanya daripada kek jenis ni di Secret Recipe tau! Tahniah Aimi! Dah pakar buat kek. Semoga bisnes you semakin maju dan impian nak buka Aimi Bakery akan tercapai (ceh! pandai je T bubuh nama untuk kedai u, kan? hehe sorry dear) T doakan. Insya Allah. Amin.

Dinner kami anak-beranak. Roti Sosej dan Air Masak Beyond Zhulian. Kenyang Alhamdulillah.

25052011

Hari ni breakfast bersama Mr. Darling Hubby dan staff Hubby, Kak Anis. Memang sedap rasa makanan di sini. Orang Kelantan yang berniaga. Tempat favourite kami sekeluarga. T dan Kak Anis order Nasi Kerabu + Teh Tarik manakala Hubby order Nasi Dagang + Teh Tarik. Ambik Kuih Kaswi jugak. Kenyang tau sebab sampai tengahari pun T tak makan. Kedai ni terletak di belakang Petronas di Simpang 4 S0ngsang. Dalam perumahan Taman Seri Semantan, Temerloh.

Dinner kami.

Menu malam ini adalah Singgang Ikan Kembung, Ayam Goreng, Timun Batang, Budu, Buah Epal dan Buah Oren Sunkist dan Fresh Orange. Anak-anak makan bertambah. Sampai nasi habis. Kena masak nasi lain untuk Hubby yang balik lewat dari Kuantan. Hish! Anak-anak Ummi. Lately ni selera makan besar betul tau! Janganlah gitu. Ummi risau korang akan gemuk besar seperti Ummi nanti. Makan sikit-sikit dahlah ye? Hik3…

Nak tahu? Nur cakap dia macam bersalah sebab cuma bagi kad pada T semasa Hari Ibu yang lepas. So, tadi dia berikan T hadiah ni. So sweet, kan? Ummi sayang anak Ummi! Sayang banyak-banyak!

26052011

Setelah 2 hari T tak pergi jogging, hari Selasa dan hari Rabu, hari ni T pergi berjogging lagi. Dan inilah keadaan  Taman Awam Kubang Gajah hari ini. Masih kelihatan sampah di sana sini. Tak mo cakap apa-apa dah! Tak mo komen apa-apa dah. Bosan weh bosan! Ah! I’m sick of it!

Lunch tadi.

Menu hari ini adalah Ikan Bawal Masak Kicap,

Sambal Ayam,

Sayur Campur Campak-Campak, ada Fresh Orange dan Buah Epal. Syukur Alhamdulillah.

Anak-anak makan nasi sebelum ke Kelas Q-Fa tadi. Syukur diaorang suka rasa masakan T. Walaupun tak sesedap mana :-p Ummi diaorang tak pandai masak sangat. Resepi yang mudah dan untuk dimakan bersama keluarga tu kira lepaslah kot…

2 Responses to “3 SERANGKAI”

  1. fiziskandarZ June 1, 2011 at 2:23 PM #

    wahhh manyak nyer blog kak T 🙂 syok nyer jalan2 gier singapore musti puas jalan2 amek gamba bagai 🙂

    • wati yusof June 11, 2011 at 10:35 PM #

      fiziee, banyak ye? hehe.. malu kak t ah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: