KEMBARA UTARA (kembara ah sangat!)

1 Jun

Assalamualaikum…

27052011

Kami bercuti ke Pulau Pinang. Gambar di bawah menunjukkan Mr. Darling Hubby, anak-anak jugak adik lelaki T, Eidi sedang menjamu selera bekalan yang T bawa dari rumah. T masak Gulai Ikan Patin Tempoyak, Sambal Udang, Kari Ayam (tanpa Santan), Ikan Talapia Goreng, Ikan Masin Gelama, Budu, Timun Batang dan jugak Air Masak Beyond Zhulian. Kami berhenti makan dalam pukul 4.00 petang di Tg. Malim. Kat sini ada orang jual Jajan saja. Tak de orang jual nasi lauk-pauk bagai. So, ramai yang menoleh memandang ke arah kami apabila mereka nak gerak ke tandas yang terletak berhampiran. Kami khusyok dok pulun makan. Perut dah lapar sangat-sangat.

Sampai di Penang Paradise Sandy Beach Resort pada pukul 8.00 malam. Darling Hubby terus renew member cardnya di sini. Termasuk yang ini, sudah 5 kali kami stay di hotel ni jika datang ke Penang. Syurga, Heaven, itulah Paradise…

Selepas check in bilik, kami terus menuju ke Gaya’s untuk menikmati makan malam kami yang telah ditempah sebelumnya. Makan besar kami malam ni. Nak makan apa? Sila ambil saja. Nak minum apa? Jemput-jemput, sila tambah… Janganlah malus-malus yer? Ngeee…

Okey, kenyang perut dan ambik bagasi kami, kami masuk ke dalam bilik bilik pula. Jika 4 kali sebelum ini, kami dapat bilik mengadap ke Hotel Flamingo, kali ini kami dapat bilik mengadap ke sebelah kanan pula. Lainlah sikit viewnya. Hilang penat tatkala usai mandi dan bersolat jamak. Tunggu family Kakak dan Emak T datang ke bilik kami. Mereka dari Kulim. T ajak datang tidur di dalam bilik kami. Riuh-rendah suasana apabila kami bertemu. Kecoh habis!

28052011

Dekat pantai di depan kawasan hotel. Memang setiap kali ambik bilik hotel yang berdekatan laut, selepas Subuh kami turun ke laut. Ambil angin pantai yang segar. Tengoklah aksi mak dok merenung pantai. Mak suka suasana pantai. Tenang. Damai.

Breakfast time. T makan bersama Emak T. Yang lain-lain Mr. Darling belikan Nasi Lemak dan jugak Laksa Penang. Makan di dalam bilik saja. Selepas makan, sempat Kakak T buat rawatan resdung dan melakukan facial kepada T. Rasa segar kulit wajah yang kusam ini.

Selepas check out bilik, kami lunch dulu di hotel. Family Kakak dan Emak ke Kulim. Ada kenduri kahwin. Manakala kami selepas lunch, terus ke hotel untuk kami diami malam ini.

Hotel EQ Feringghi di Batu Feringghi. Darling Hubby ambik 2 bilik jenis begini. Semua hotel di Penang dah penuh dan ini saja yang ada tinggal masa kami dok survey bilik via internet 2,3 hari lepas. Malam nanti baru Family Kakak dan Emak datang ke hotel. Kami bawak masuk semua bagasi ke dalam bilik. So, kereta tak berat sangat nak round Penang nantišŸ˜€

Seterusnya kami ke Bukit Bendera. Seingat T naik train Bukit Bendera tahun 2007 yang lalu. Lepas tu setiap kali datang asyik ditutup saja atau terlampau ramai orang. So, kali ni, q tak panjang sangat. Lega rasa di hati. Q sekejap terus dapat tiket. Kami ambil Family Pakej, RM18, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Itu kalau ditunjukkan My Kad. Jika tak tunjuk My Kad bayarannya adalah sebanyak RM70. Di sini T terpandangkan seorang perempuan ni. T terus kata dalam hati, “macam muka Azie kawan sekolah aku”! Saat dia terpandangkan T, terus dia tersenyum so itu menandakan T tidak tersalah orang! Ha! Terus salam pelok kiss-kiss dan ambik gambar. Dia dan familynya pun nak naik train ke puncak. Bercakap pasal train. Ini adalah train yang baru. Merempit laju ia ke puncak. 6 minit saja sudah sampai di puncak bukit sana. Dalam hati mak takut-takut gak. Nak-nak masa nak turun tu. Huish! Sabar ajelah!

Bila di puncak ini, maka wajiblah kita berposing ye wahai kakak abang!

Dekat sejam setengah kami di Bukit Bendera, kami ke Queensbay pulak. Plan nak jumpa kawan, tapi tak jadi so kami sekejap saja di sini. Dalam setengah jam gitu dok berjalan, Hubby ajak kami ke Padang Kota. Makan Pasembor! Jom!

Okey, kami singgah makanĀ di Padang Kota. T order Pasembor, Sotong Bakar, Sotong Kangkung, Kerang Bakar dan Air. Masa ni semua tempat duduk boleh dikatakan penuh. Orang ramai betul. Lepas makan, terus pulang ke hotel. Tak berhenti ambik gambar pun di Padang Kota sebab tahun lepas dan berposing bagai kat situ. Hari pun dah nak dekat gelap, sekitar jam 6.40 petang.

Sampai ke bilik, mandi dan Solat Jamak Maghrib dan Isyak, kami ke Feringghi Night Market. Adalah hampir 2 jam dok berjalan-jalan di sini. Sempatlah shopping barang serba-sedikit. Oh! FM wajib dibeli. Borong jugak buat buah tangan untuk kawan-kawan.

Dinner kami sekitar jam 11.22 malam. Perut tak lapar sangat pun. Kenyang makan Pasembor tadi. Makan nasi sikit. Tumpang lauk Darling, Sambal Puyuh. Sedap! Kedai orang Siam Pattani. Dekat dengan hotel kami. Satu bangunan saja dengan hotel ni.

29052011

Check out dari bilik dan kami ke Restoran Khalil yang terletak berdekatan hotel.

T order Roti Sardine, Teh Tarik dan jugak Telur Kampung Separuh Masak. Yummy!

OK. Kami gerak ke KOMTAR manakala Family Kakak dan Emak balik ke Kulim. Cari barang sikit di sini.

Adalah hampir 2 jami kami dok shopping di KOMTAR. Tiba masa untuk pulang ke Pahang. Bye Penang!

Kami singgah makan di Changkat Jering. Ini Mee Udang Special di Restoran Nur Zetty. First time makan di sini. Rasa meenya biasa-biasa aje. Cuma Udangnya besar dan fresh! Tekak terasa-rasa nak makan Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang. May be next time kot baru singgah. Takut terlewat kalau nak ke Kuala Sepetang tu.

Kami singgah di R&R Tapah. Beli Buah Jambu Batu, Rendang Tok dan jugak Lemang. Ambik masa sikit di sini sebab nak berjalan tersekat-sekat. Orang ramai. Selepas menghantar adik T di Batang Kali, kami singgah dinner di Restoran Sekinchan Ikan Bakar. Bukan nak promote, tapi nak kondem! Rasa Ikan Bakar entahlah rasa apa-apa entah dan di dalam Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak tu ada rambut. Yakh! Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM85. Memang tak berbaloi langsung! Makan sedap tapi bayar mahal tak kisahlah tu. Ini tidak! Dahlah pekerjanya semua Mat Bangla. Huish! Sumpah! Aku tak masuk makan kat kedai ni dah! Sorry Eh!

4 Responses to “KEMBARA UTARA (kembara ah sangat!)”

  1. Zana Nordin June 1, 2011 at 8:09 PM #

    Penang salah satu negeri yang BEST kalau pergi bercuti. Pantainya..makanannya, shoppingnya….tempat menariknya..
    mmg best ler..

    zana last pergi penang tahun 2009 kot kak tie…balik dari langkawi…menyinggah ke penang…..hu hu hu

    • wati yusof June 11, 2011 at 10:35 PM #

      mmg penang best zana.. sangat2 seronok kalau ke sana.. mmg tak pernah puas!

  2. leen June 9, 2011 at 5:06 PM #

    wah wah wah jalan2 sokmo… best kan kalo g reramai ni.. happening jer… woo dah ada rumah baru yer… hmm lama tak BW nih.. betul2 rasa ketinggalan…

    • wati yusof June 11, 2011 at 10:41 PM #

      a’ah leen. t pun sama dh lm x bw.. biasa je tu leen .. jjcm dlm msia je.. sabah sarawak pun x lepas lagi.. huhu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: