RANTING BEACH RESORT

11 Jun

Assalamualaikum…

Setelah hampir 2 jam memandu dari Gambang Water Park, Mr. Hubby berhenti di sini. Ranting Beach Resort di Cherating. Kami bermalam di sini dan Mr. Hubby telah menyewa satu bilik family, ada 2 katil. Cukuplah untuk kami 2 keluarga. Kalau tak silap T, nama resort ini adalah Rhona Pippin. Pernah stay di sini dahulu pada tahun 2002. Masa tu T mengandungkan Nur baru 2 bulan. Adib pulak baru setahun lebih. Terimbau kenangan lama pulak T dibuatnya!

Di dalam bilik kami.

Kami kemudiannya keluar makan di sebuah kedai makan ni. Macam biasalah, semua kedai makan penuh. Nak-nak cuti sekolah begini. Dan benda yang kami nak elakkan daripada berlaku, berlaku jugak akhirnya. Makanan lambat. Dekat sejam menunggu barulah makanan tiba. Itupun kami dok tanya-tanya, “Mana makanan ni dik”? Huh! Dahlah perut lapar… Makanan sampai lambat pulak… Memanglah kedai ni aku takkan jejak sampai bila-bila. Oh ya! Nama kedai ni ialah Restoran Seri Mahligai. ~mata ke atas, dada di tangan~

04062011

Awal pagi T bangun dan selepas bersolat Subuh, lepak duduk di depan balkoni bilik. Lepak sambil baca buku by Dr. H.M. Tuah Iskandar Al-Haj, Cipta Syurga Hati. Then B ajak keluar bersarapan di luar. Bilik kami tak disediakan sekali dengan breakfast. So, kami bersarapan dulu di kedai makan dan kemudian bungkuskan makanan untuk yang berada di dalam bilik pula. Semua rasa makanan di sini sedap. Nasi Lemak, Nasi Berlauk, Nasi Campur, Lempeng Cicah Kelapa. Alhamdulillah. Rasa makanan yang sedap dan kedai pun berdekatan bilik kami saja.

Bilik kami adalah yang di tengah-tengah itu. Suka gambar ni.

Main bola jom!

Dan jom mandi, jom!

Ecececececece…

View dari bilik kami. Pukul 10.00 pagi dah start panas. Sempatlah mandi dalam sejam lebih gitu.

Sebelum check out, kami layan makan Roti Ice-Cream. Kali ni rasanya lagi sedap daripada yang kami beli semalam di Gambang Water Park. Rotinya pun lagi besar sizenya dari yang kami makan semalam.

Selepas check out dari bilik, kami ke destinasi seterusnya. Ke mana? Adalah. Next entry ye? Love, Love, Love You!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: