AKU HAMIL

13 Jun

Assalamualaikum…

Aku hamil lagi. Setelah hampir 9 tahun tidak mengandung, aku akan menempuhinya lagi saat-saat itu. Dua tiga hari ni aku rasa tak sedap badan. Teringat masa di Gambang Water Park last week, aku ada merasa lawyer, eh loya-loya tapi aku ingatkan aku tertelan air di dalam kolam tu aje. Siap naik 6 Lane Racer tu lagi tau! Kecut perut aku bila memikirkannya! Dan pulak melalui trip yang jauh iaitu ke Pulau Pinang juga pulang ke Kelantan. Tiba masa nak sujud ketika bersolat, aku merasa sakit kepala yang amat. Dan terasa sekali loya-loya tu, tapi sehingga ke hari ini aku tak muntah-muntah lagi. Adib pulak bagi pihak aku yang berbuat demikian. Anak bujang aku ni pulak dok sakit. Batuk, demam dan muntah tadi. Rupanya dia ada tonsil. Merah. Tadi dah berjumpa dengan doktor dan ambil jugak MC untuknya untuk diberikan kepada cikgunya esok. Berbalik kepada aku, tadi aku berjumpa Dr. Fatimah di Klinik Rawatan Keluarga di Temerloh. Apabila Doktor bertanya bila first day last period, pantas ku menjawab pada 250411 yang lepas. Memang T akan update di dalam kalender tarikh penting sebegini. Doktor bertanya samadah mahu scan atau tidak? Aku tunjukkan result yang aku buat test semalam dan dia cakap dia akan buat scan. Doktor scan perut aku dan ternyata ada “sesuatu” di dalam kantung itu. Menangis aku tatkala menatap spot putih itu yang berada di dalam kantung. Kandunganku berada di dalam rahim dan berusia 7 minggu. Doktor tak dapat nak buat ukuran sebab baby masih kecil lagi. Due datenya pula Insya Allah pada 020212. Em, anak pertama aku lahirkan semasa aku berumur 21 tahun, anak ke dua semasa aku berumur 23 tahun dan anak ke tiga ini, aku akan bersalin pada usia 33 tahun. Insya Allah. Mr. Darling Hubby happy tak sudah. Semalam dok nasihat aku macam-macam. Itu ini dok berceloteh bila aku nyatakan kebimbangan jika mengandung lagi. Sebab aku takut nak melalui proses kehamilan dan kelahiran itu. Sebab dah pernah merasa sakit bersalin samada dibedah atau pun bersalin secara normal. Mak TAKUT! Sungguh aku takut! Dia banyak bagi sokongan kepadaku. Itu sebenarnya yang mahu aku dengar. Sokongan dia. Esok dia nak bawa aku buat kad di Poliklinik Songsang. Aku nak pergi buat kad sebelah petang tadi tetapi bila dia dah cakap dia nak temankan aku esok, jadi esok baru aku pergi buat kad Mengandung. Ya Allah, permudahkanlah proses kehamilan aku kali ini. Dua kehamilan terdahulu tak adalah masalah sangat cuma ketika melahirkan Adib, aku dibedah kerana kedudukan baby yang songsang. Tak ada penyakit Kencing Manis atau Darah Tinggi. Dah lama tak mengandung ni. Mungkin pengalaman mengandung kali ke tiga ini berlainan pula. Siapa tahukan? Kena asah skill semulalah ni. Kena baca balik majalah-majalah PA & MA yang tak culas aku beli sejak keluaran pertama tu lagi sebagai rujukan selama aku mengandung ni. Korang pun, nasihatkanlah aku. Bagi aku tips dan sokongan. Dah lupa macam mana nak mengharungi saat-saat mengandung ni. Terima Kasih.

Love, Love, Love You!

10 Responses to “AKU HAMIL”

  1. Myna June 13, 2011 at 9:58 PM #

    Tahniah ya!!
    jaga diri bebaik…

  2. Zana Nordin June 14, 2011 at 9:35 AM #

    kak tieeeeee
    alhamdulillah..sambil senyum zana baca entry kak tie nie..
    alhamdulillah….lama gap baby ngan nur kan….9 tahun gitew…syukur alhamdulillah..again
    jaga diri k kak tie
    jaga kesihatan

    doakan rezeki buat zana mengandung plak yerkkk

    • wati yusof June 14, 2011 at 12:08 PM #

      zana dear.. tq so much.. Insya Allah dik.. lepas ni turn zana pulak.. yg penting, never give up.. kita usaha hingga berjaya.. jgn stress.. ada rezeki zana nanti.. Insya Allah Batrice bakal bergelar kakak.. sayang zana!

  3. mira June 14, 2011 at 9:55 AM #

    tahniah T….akak suka sgt dgr brita T peknen..
    insyallah akak doakan semuanya baik dlm tempoh kehamilan T nih. jgn tkt2…bykkan berdoa..semua org tkt bila nak bersalin..sakit tu mmg x leh nak ckp..tp bila tgk baby lahir semua sakit ilang…gembira plak terpancar..jgn tkt2 ye…tenang….

    • wati yusof June 14, 2011 at 12:07 PM #

      kak mira sayang.. tq so much di atas nasihat… t akan ingat nasihat akak ni.. sayang kak mira!

  4. bibu June 14, 2011 at 12:15 PM #

    tahniah..jaga kandungan T baik2 ye..mkn yg berkhasiat

  5. Azueriena norash June 16, 2011 at 10:00 AM #

    wahhh tahniahh yerkk T….alhamdulillah…rezeki dari allah….jager diri baik2…luperkan ajer bab2 diet nie tau…..semoga selamat melahirkan nanti…

    • wati yusof June 16, 2011 at 4:10 PM #

      kak zue.. tq so much.. itulah kena lupa bab diet. tp makan kena berjaga2 jugak.. t makin membesar dgn jayanya ni! huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: