KELANTAN : Day 2

13 Jun

Assalamualaikum…

06062011

Pagi ini untuk sarapan, my MIL masak Nasi Goreng dan Biras T, Shikin buatkan Sambal Sardine dan Air Teh ‘O’. Syukur Alhamdulillah. Me bangun lewat sikit. Badan tak sihat.

Dalam pukul 11.00 pagi gitu, kami ke Kota Bharu pula. Dari rumah mertua ke Kota Bharu cuma mengambil masa 35 minit sahaja. Singgah beli Serunding Daging di sini. Beli kat kilang lagi murah ye?. Sedap rasa Serunding kat sini tau! Nak tempah? Nak order? Tu ada no telefon. Boleh call order sekarang. Hehe…

Kemudiannya, kami gerak ke sini pula. Untuk makan tengahari. Berdiri dalam 10-15 minit nak tunggu meja. Semua meja penuh. Orang ramai betul dan kebetulan dapatlah satu meja ni. Terus bergegas dan cop tempat. Haha! Berebut-rebut gitu. Dah dapat meja, so kita pergi ambil Nasi, Lauk-Pauk terutamanya Budu dan jugak Air.

Oh! Sangat berselera kami makan. Nasi tu dibubuh penuhlah pulak. So, kita ambil satu pinggan kosong untuk mengurangkan sedikit kuantiti nasinya ye tuan puan. Sedak sungguh makey nasik denga budu ni weh! Yummy! Yummy! Sudah makan, kami pusing-pusing di gerai-gerai cenderamata berhampiran. T cuma beli Fridge Magnet KELANTAN dan Nur nak Key Chain.

Sudah kenyang makan nasi, kami mengharung jemlah pula di bandar Kota Bharu. Sedang molek lalu di Pasar Besar Siti Khadijah, ada kereta nak keluar. So, lepas parking kereta kami masuk ke dalam pasar. Sudah lama tidak ke sini. Spot yang wajib diambil gambar jika kita ke sini ye adik, abang kakak?

Keluar dari pasar, kami terus pulang ke rumah dan ini adalah hasil belian kami di Pasar Besar Siti Khadijah tadi. Laksa Lemak dan Laksa Penang. Juga kami beli sedikit kuih-muih yang telah pun habis dimakan oleh anak-anak saudara Hubby sampai tak sempat mak saudara mereka nak snapkan gambar. Haha!

Nasi Goreng yang disediakan oleh Biras T, Shikin. Memandangkan yang lainnya keluar menonton perlawanan Bola Sepak di kedai makan, Kelantan melawan Terengganu, (Kelantan menang 3-0), so menu ringkas ini saja menjadi santapan kami untuk dinner. Syukur, Alhamdulillah.

 

Next entry pasal cerita apa? Adalah. Tunggu! Love, Love, Love You!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: