40 MINGGU NAN AJAIB

14 Jun

MINGGU 1

BAYI : Lapan hari selepas persenyawaan, blastocyst akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.

IBU : Anda digalakkan makan lebih banyak Asid Folik iaitu 400 micrograms (mcg) sehari. Asid Folik diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah selain dapat mengelakkan kecacatan janin seperti Spina Bifida.

MINGGU 1  yang dimaksudkan di atas adalah pada 02052011-08052011. Agaknya dia bercantum terlekat kat dalam rahim aku sebab aku naik roller coaster ni kot masa di Universal Studios Singapore pada 01052011. Hehehe… Dan melalui trip yang jauh juga iaitu dari Johor Bahru dan Melaka. Memang tak sangka rupanya masa ni dah mula ada “isi”.

MINGGU 2

BAYI : Blastocyst mula menggelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, Blastocyst disauh dengan kukuh pada Endometrium.

IBU : Dalam minggu ini pula, anda perlu mengambil makanan tambahan yang mengandungi Asid Folik, Besi dan Kalsium termasuklah beberapa jenis nutrien penting lain untuk perkembangan bayi yang sihat.

MINGGU 2  yang dimaksudkan di atas adalah pada 09052011-15052011. Pada 14052011 tu, kami sekeluarga ke Pekan menyaksikan Pertandingan Action Song Peringkat Negeri Pahang. Sekolah anak T jadi Juara di dalam pertandingan ini. Mereka akan bertanding untuk Peringkat Kebangsaan pula pada 26062011-29062011 di Negeri Sembilan nanti. Semoga mereka dapat melakukan yang terbaik pada hari pertandingan nanti. Insya Allah.

MINGGU 3

BAYI : Selepas 3 minggu persenyawaan, saiznya ialah sepanjang 0.08 inci ataupun 2 mm. Gen mula membentuk 3 lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.

IBU : Di awal minggu kehamilan anda perlu banyak mengambil Kalsium. Antaranya Keju. Namun terdapat beberapa jenis Keju yang boleh menyebabkan Listeria. Penyakit ini menimbulkan kesakitan seperti sakit otot, sakit belakang, demam dan kesejukan.

MINGGU 3  yang dimaksudkan di atas adalah pada 16052011-22052011. Pada 16052011 tu, anak-anak T membuat persembahan di sekolah mereka sempena menyambut Hari Guru. T ke sekolah semata-mata mahu melihat persembahan mereka. Tahun-tahun sebelumnya pun mereka ada membuat persembahan, tetapi T tak pergi kerana memikirkan tidak perlu dan juga memandangkan itu adalah acara tertutup untuk guru-guru dan para pelajar sahaja. T datang ke sekolah kerana mendapat jemputan dari cikgu Nur yang mengajak T menonton persembahan anak-anak kami yang menyertai kumpulan Action Song. T tak lepaskan peluang dan pergi ke sekolah bersama 2 orang kawan yang juga anak mereka adalah ahli kumpulan Action Song di sekolah. Selepas menonton persembahan anak-anak, kami pun pulang ke rumah.

Ini adalah persembahan Boria daripada anak bujang T, Adib & The Gang

Ini pula persembahan kumpulan Action Song Sek. Keb. Jalan Bahagia, anak dara T, Nur & The Gang

MINGGU 4

BAYI : Pada minggu ini, akan kelihatan bentul awal otak dan tulang belakang. Jantungnya mengepam darah ke Paru-Paru dan Aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung).

IBU : Senaman dipercayai baik untuk ibu hamil. Apabila anda aktif, ada dapat mengelakkan ketidakselesaan seperti sakit belakang, sukar tidur, sembelit dan keletihan.

MINGGU 4  yang dimaksudkan di atas adalah pada 23052011-29052011. Pada 27052011, T dan family telah bercuti ke Pulau Pinang. Sempat merasa naik ke puncak Bukit Bendera menaiki train yang baru. Seminggu kemudian ada masuk berita, train rosak dan beribu terkandas di puncak sana. Masya Allah! Nasib baik peristiwa itu tidak terjadi ke atas kami. Kalau tidak tentu haru nak dibawa turun ke bawah dengan menaiki 4 wheel drive tu pula, Kan? Nasib baik sungguhlah tak jadi sesuatu yang tidak diingini ketika kami menaiki train tersebut ketika itu. Syukur Alhamdulillah.

MINGGU 5

BAYI : Walaupun anggota tubuh badan bayi yang jelas kelihatan ialah matanya, namun otaknya masih dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.

IBU : Suhu badan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jadi elakkan aktiviti seperti bersauna, jakuzi dan senaman yang boleh menyebabkan suhu tubuh meningkat.

MINGGU 5  ini pula ialah pada 30052011-05062011. Pada 03052011, kami ke Bukit Gambang Water Park. T main semua permainan di sana termasuklah yang ini, 6 Lane Racer. Hu! Masa ni terasa loya-loya sikit tetapi taklah sampai muntah. Ingatkan T tertelan air kolam.

Phew!!!

Kemudian kami pulang ke Kelantan. Jauh trip tu, Kan? Itulah dia…

MINGGU 6

BAYI : Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan bayi dengan Plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz bayi kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

IBU : Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.

MINGGU 6  ini adalah pada minggu lepas, iaitu pada 06062011-12062011. Setakat ke hari ini Alhamdulillah, simptom morning sickness tidaklah begitu membebankan. Tidak seperti saat-saat kehamilan 2 anak sebelum ini. T cuma merasa sakit kepala yang amat ketika tunduk nak bersujud ketika solat pada hari Jumaat lepas, 10062011 dan mengadu hal ini kepada Emak dan Kak Ngah T yang datang bertandang ke rumah. T cakap period dah lewat dalam 2 minggu dari tarikh yang sepatutnya, 1st day last period adalah pada 25042011. So, memang agak lewat tapi T tak expect nak pregnant coz time period tu kadang tak menentu. Pernah period tak datang selama 2 bulan. Pergi check dengan Doktor, Doktor kata itu hormon. Lepas berjumpa Doktor, baru period datang. So, memang tak sangkalah kali ni melekat. Emak dan Kak Ngah dah cakap, “adalah tu”, dan masa mereka nak balik, mereka sempat berpesan, “jaga diri dan baby baik-baik”, amboi-amboi dalam hati dok bertanya, “aku pregnant ke”? So hari Ahad lepas, 12062011, T beli Pregnancy Test di Farmasi dan ye! Naik 2 garis itu. Terpempam seketika. Kelu lidah tak kata apa. Bila tunjuk hasil test pada Hubby, dia cakap Alhamdulillah. Dan bagi T sokongan serta kata-kata nasihat. Me, happy tapi takut. Nak confirmkan dengan Doktor dahulu. T juga mengalami pening kepala sepanjang hari Ahad lepas. Badan pun terasa panas-suam, panas-suam gitu. Dia nak mula dah tu! :-O

MINGGU 7

BAYI : Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk.

IBU : Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika berdiri terlalu lama. Selain itu, jika terpaksa berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga mudah berasa letih.

MINGGU 7  adalah pada minggu ini, iaitu pada 13062011-19062011. So seperti yang sudah diupdate, semalam T dah confirmkan dengan Doktor Fatimah dari Klinik Rawatan Keluarga Temerloh. Dia mengesahkan T mengandung 7 minggu setelah membuat ujian imbasan. Me, menangis tatkala melihat “baby” di dalam kantung. Ye, T sedang mengandung. Setelah hampir 9 tahun tidak mengandung, T akan melalui saat-saat itu lagi. Doakan T dan kandungan ini selamat, sehingga hari T melahirkannya nanti. Insya Allah. Terima Kasih.

LOVE, LOVE, LOVE YOU!

(SUMBER PA & MA FEBRUARI 2005)

Minggu-minggu seterusnya T akan update kemudian

4 Responses to “40 MINGGU NAN AJAIB”

  1. yus June 14, 2011 at 11:34 AM #

    seronok je rasa mcm aku pulak nak pregnant..haaiissh…

    • wati yusof June 14, 2011 at 12:06 PM #

      yus.. hehe.. boleh.. aku doakan kau nanti ye? hehe..

  2. kswsk June 15, 2011 at 10:33 AM #

    jaga diri baik2 yer T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: