40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-9

30 Jun

Minggu Ke-9

Bayi : Bentuk muka bayi mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya.

Ibu : Berat badan mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon.

Ye. Perubahan hormon. Sudah mula sindrom mabuk. Makan dan muntah kemudiannya. Tidur melepek sahaja. Tidak produktif langsung! Rasa malas menyelubungi. Rumah berselerak sudah tidak dipeduli. Kain berbakul-bakul setia menanti. Tapi tuan punya badan dah mula rasa malas nak berbuat apa-apa. Ah! Bilalah keadaan ini mahu berakhir. Tak suka berada di dalam situasi begini. Menyesakkan sekali! Rimas jadinya! Help! Tolong!

23062011

Minum petang. Buat Puding Roti.

Sambil makan sambil tonton El Oso Berni. Si Bear Putih tu. Cerita dia pendek-pendek. Kelakar tengok!

24062011

Hari Pelaporan. Ambil Kad Laporan anak-anak di sekolah. Kedudukan Nur di dalam kelas, 9/37. Dapat 8A, 2B. Kedudukan Adib pula 31/37. Dapat 3A, 5B dan 2C. Adib! Adib! Banyak main budak ni! Next year nak UPSR dah! Adoilah!!

Balik dari sekolah, T ke kedai dan beli lauk untuk dimasak. Menu for lunch Sup Ayam, Sambal Kicap, Ikan Gelama Jeruk, Buah Pisang dan Air Lemonade. Alhamdulillah.

Masa nak beli lauk di atas, T ke kedai kawan T. Ingat nak beli Mee Goreng. Dia kata dah habis dan sebelah petangnya dia hantarkan Mee yang baru digorengnya. Ya Allah! Susah-susahlah saja. Lain kali tak mahu susahkan orang dah. Teringin pun biarlah. Sebab takut menyusahkan orang dengan permintaan kita. Tq so much Kak Wa! Sedap makan Mee Goreng Basah panas-panas ni! Dia takut baby dalam perut mengidam. So dia gorengkan special for me!😀

25062011

Kami ke majlis pertunangan anak kawan Suami T di Kg. Paya Keladan. Menu utama Nasi Dagang. Orang kampung sini kebanyakkannya orang Kelantan. Tukang Masak makanan pun Orang Kelantan dan tentunya rasanya amat sedap sekali! Terima kasih tuan rumah, Abang Mamat dan Kak Ma!

Tahniah Kak Long! Kami pulak datang dengan sedondon Kuning! Kebetulan saja.😀

Lepas balik dari makan di tempat kenduri, kami ke The Store untuk membeli barang dapur. Nur pulak di sekolah berlatih untuk Action Song untuk Peringkat Kebangsaan. Dari The Store, ambik anak dara T tu pulak di sekolahnya. Untuk dinner, Hubby nak makan Ikan Kembung Singgang + Budu. Jugak ada Kari Ayam pemberian Kak Ma di tempat kenduri tadi, Tembikai, Timun Batang dan Buah Apple. Alhamdulillah. Rezeki hari ini.

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

2 Responses to “40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-9”

  1. mamawafiy July 7, 2011 at 5:46 PM #

    ❤ yu tuu

    • wati yusof July 8, 2011 at 3:03 PM #

      tq dear.. ikan tilapia ikn sungai.. nak hilangkan hanyir ikan sg ni rendam kejap dgn air asam jawa ke, garam kasar ke, limau nipis ke.. baru masa makan ikan tu tak bau hanyir.. btw, t dah tukar ke blog wati yg asal.. hehe.. tq sudi singgah sini dear..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: