HOUSE OF STEAMBOAT & BBQ

5 Jul

Assalamualaikum…

Hari baru. Cerita baru. Cerita best ke? Tak adalah best mana pun. Adalah sikit modal nak bercerita ni.😀

Pagi ni bersarapan bersama Mr. Hubby dan Nur. T makan Roti Canai Sardin dan Teh Tarik di Taliban. Kedai makan berdekatan rumah.

Nur dah okey sikit hari ini. Alhamdulillah.

Tadi kawan T datang rumah. Dia pulangkan buku ni. Dia tak tahu T mengandung coz dah lama tak bukak FB. T pun tak pulak bagitahu dia tentang kehamilan T ini. Patutlah T cari manalah buku-buku ni pergi selama ni. T pinjamkan kepadanya 5 tahun lepas. Dan hari ni nasib baik dia pulangkan. Bolehlah T baca balik. Macam tahu-tahu saja T perlukan buku-buku ini. Hehe… Nama anak-anak T, T cari melalui buku ini. Nama Muhammad Adib Aqil bermaksud Muhammad : Nama Nabi Junjungan kita, Yang Terpuji, Adib : Pujangga; beradab, Aqil : Bijaksana; pandai; terpelajar. Nur Nisriina Huwaidah pula membawa maksud Nur :  Cahaya, Nisriina : Bunga Mawar Putih Huwaidah : Tenang; kasih-sayang. Hem… Apa nama nak diberikan kepada anak T yang sedang T kandung ni ye? Nanti kita cari ye?😀 Korang nak suggest pun buleh. Tak de hal. Bagi maksudnya sekali. Terima Kasih!

Hi Auntie, Uncle. Kami dah get ready nak keluar for dinner ni! Nur dah okey sikit hari ni. Alhamdulillah Syukur Ya Allah! Susah hati tengok anak dok sakit. Kesian.

Hari ini try makan di tempat baru. Restoran Makan-Makan. House of Steamboat & BBQ. Kedai kawan Mr. Hubby. Terletak di Kg. Chatin, Mentakab.

Banyak pilihan makanan untuk direbus. Jangan tamak. Ambik sikit-sikit dulu. Nak makan lagi, baru ditambah ye? Kalau tidak dia charge harga makanan lebihan kita. Tak baik membazir you!

Mr. Hubby tengah curahkan sup ke dalam periuk rebusan. “Steady bang, cover perut tu!” Haha…

Tengah bakar Ayam dan Daging Black Pepper. Rasanya amat sedap sekali. Tak payah dicicah bersama sos. Makan gitu pun dah terasa manisnya. Tengah rebuskan Mee Hoon, Fish Ball dan Sayur.

Sedap! Sedap! Sedap! Auntie Uncle datanglah makan di sini jugak nanti ye? Makanan ini semua dicaj RM42. Kenyang Alhamdulillah. Sedang molek saja kenyangnya. Taklah perut ketat sampai tak boleh bangun.

Sudah kenyang. Suka hati. Mari kita balik ke rumah.

4 Responses to “HOUSE OF STEAMBOAT & BBQ”

  1. attyfir July 7, 2011 at 3:40 PM #

    kawan T,..tu mcm tau2 je T pregnant ye.

  2. mamawafiy July 7, 2011 at 5:39 PM #

    hai tie..dah lama tak sembang kan..sedapnyer steamboat tu…btw, i mtk izin nak link blog ni ke blog saya yer..(dah link pun hahaha sori ye)

  3. fiziskandarZ July 23, 2011 at 5:25 PM #

    wahhh syoknyer makan steamboat!! bestlaa kak T pregnant pun still active. we like! we like!😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: