Archive | ACTION SONG RSS feed for this section

40 MINGGU NAN AJAIB : Minggu Ke-10

4 Jul

Bayi : Telinga luaran mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang iaitu ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia.

Ibu : Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren.

Sedar tak sedar, dah masuk 10 minggu si kecil ni berada di dalam perut. 2 minggu lagi akan berusia 3 bulan. Masih lagi berlanjutan sindrom makan dan muntah. Sudah tidak tahan lagi. Rasa malas masih ada. Baru malam tadi dok melipat kain sebanyak 3 bakul. Esok bakal menjelma bersama tugasan rumah yang tidak pernah sudah-sudah. Get use to it babe!

SUMBER: Majalah Pa & Ma, Februari 2005

28062011

Kawan Hubby yang berikan Pulut Panggang ni pada kami. Hari tu T tak sempat nak makan semasa majlis bertunang anak dia. Buah susah-susah aje. Terima kasihlah banyak-banyak Abang Mamat! Pulut Panggang ni berintikan Serunding Ikan. Yummy! Sedap.

29062011

Dinner di Restoran Rizki Tom Yam. Kami order Ikan Siakap Black Pepper, Tom Yam Campur, Sayur Campur dan Telur Dadar. Alhamdulillah.

01072011

T buat lempeng ni. Cicah gula. Cicah dengan jem tu pun sodap jugak. Minum dengan Air Horlicks 3 in 1.

02072011

Hubby beli juadah lunch ni di Restoran SZ Rahmah di Jalan Maran. Sangat-sangat teringin nak makan Gulai Tempoyak Ikan Patin. Padahal baru je makan dalam minggu lepas gitu. Teruk ah mengidam! Asyik nak makan saja ni! Lagi Hubby beli Ikan Kembung Bakar + Kicap, Ayam Goreng, Kari Ikan Tenggiri, Sambal Udang Petai, Sambal Tempoyak dan Ulam-ulaman. Alhamdulillah. Kenyang dok makan. Hari ni dok santai di rumah saja. Belah petang tengok drama Korea, Marry Me Mary. Best!

03072011

Awal pagi ni, Hubby hantar Nur ke sekolah. Nur & The Gang mendapat jemputan membuat persembahan di Sek. Men. Keb. Kuala Krau. Sekolah T dulu tu tau! Tapi kami tak pergi sebab cikgu Nur cakap itu adalah majlis tertutup. Program ini adalah di bawah Yayasan Pahang. T dah cakap pada cikgunya Nur tengah sakit mata dan demam. Tapi Nur dikehendaki hadir juga untuk program ni.

Setelah bertahun-tahun tidak menjejakkan kaki di Pekan Sehari Temerloh, hari ini T membuat keputusan untuk ke sana. Apa-apa pun kita bersarapan dulu di satu kedai Makcik Kelate ni. So, T order Nasi Kerabu + Daging Bakar + Ayam Bakar + Solok Lada + Teh ‘O’. Alhamdulillah.

Kita beli daging ye puan-puan hari ini?

Orang yang sangat ramai

Murtabak Pak Lan. Jiran dekat rumah ni.

Singgah beli Ikan kecik tu dengan Pak Cik ni. Ikan Lais namanya. Rasanyalah. Pak Cik tu pun iyakan tadi masa T tanya dia. ūüôā

Putu Kacang. My favourite ni!!

Segar dari Pekan Sehari Temerloh. Untuk lunch T masak Kari Daging + Kentang, Ikan Tilapia Goreng, Ikan Lais Goreng, Sambal Belacan dan Daun Salad. Alhamdulillah.

Pinggan T. Tipu ni. Pas tu dok menambah nasi dan lauk lagi. Ngeeeee…

Nur balik dari Sek. Men. Keb. Kuala Krau. Dia cakap Yayasan Pahang berikan T-Shirt dan jugak Jam Tangan itu sebagai hadiah. Terima Kasih Daun Keladi! Malangnya Nur bertambah tidak sihat. Hari ini 04072011 Nur pergi berjumpa doktor lagi. Demam dan sakit mata belum kebah, bertambah dengan batuk-batuk. Doktor kata dia ada tonsil. Susah nak telan air liur mahupun makanan. Sambung MC lagi untuk 3 hari lagi. Dia tak pergi sekolah sejak Khamis lepas. Ala, kesian Nur. Dah lama ketinggalan pelajaran dek latihan Action Song. Ini sakit pulak. Cepat sihat my dear!

Untuk dinner, lauk-lauk lain masih ada. T cuma gorengkan lagi Ikan Tilapia Goreng. Makan sambil tengok Bola. Malaysia melawan Taiwan. Tahniah Malaysia dapat pergi ke peringkat seterusnya! Bangganya kami rakyat Malaysia!

Ini sahaja isi cerita kali ini. Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

Advertisements

KARNIVAL BAHASA INGGERIS

4 Jul

Assalamualaikum…

27062011

Dari Corus Paradise, kami terus ke Glory Beach Resort. Pihak hotel ada sediakan satu khemah besar berair-cond untuk para peserta dan penonton. Nur dan kawan-kawannya. Bergediks sekejap!

Menanti giliran mereka untuk membuat persembahan

Persembahan Nur & The Gang. Team No. 13 daripada 16 buah negeri yang bertanding

Result tahu di sebelah malamnya selepas dinner. Kami tidak menunggu dan terus ke KL. Mr. Hubby ada urusan pula di sana. Negeri Pahang mendapat tempat ke-4 di dalam pertandingan ini. 16 negeri yang bertanding dan mereka cuma mampu menduduki tempat ke-4. Walau tidak bergelar juara, kami ibu-bapa, guru-guru berbangga dengan pencapaian mereka. Mungkin bukan rezeki kami kali ini. Mana tahu, tahun depan. Kita cuba dan cuba lagi ye?

Kami berhenti lunch di Plaza Low Yat sebelum gerak ke Bar Council. Mr. Hubby ada urusan di sana yang perlu dibereskan segera.

Settle urusan di Bar Council, kami gerak pulak ke Pusat Bandar Damansara. Mr. Hubby ada urusan nak bertemu clientnya pula. Dari situ, kami ke Selayang Mall. Belikan makanan, MC’D dan Pulut Mangga di situ. Buat buah tangan untuk family Abang Ipar T di Selayang. Singgah rumah Abang Ipar tengok cucu saudara T ni. Baru umur 3 bulan. Badan dan kepalanya keras macam besi. Aktif melasak budak Umar ni tau!

Selepas dinner, kami pun pulang ke rumah. Home Sweet Home!

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

CORUS PARADISE, PD

4 Jul

Assalamualaikum…

26062011

Kami stay kat hotel ni sebab nak menghadiri Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan di Glory Beach Resort, PD esok. Nur ada mengambil bahagian di dalam Pertandingan Action Song yang mana sekolahnya, Sek. Keb. Jalan Bahagia Temerloh mewakili negeri Pahang. Telah banyak kali kami stay di Corus tetapi sebelum ni kami mengambil bilik jenis apartment kerana pergi bersama-sama ahli keluarga yang lain. Kali ini kami mengambil bilik yang sesuai untuk kami 3 beranak saja. Nur bersama kawan-kawan dan guru-gurunya tidur di Glory Beach Resort.

Emy Omar, sahabat baik T, telah sudi datang dari Masjid Tanah untuk berjumpa dengan T di hotel. Tq so much my dear! Sudi datang berjumpa Ruzi walau sekejap cuma. Ruzi amat-amat menghargai kedatangan Emy & Co.

Selepas berbual dan mengambil gambar bersama Emy, T melayan anak bujang T ni pulak untuk mandi di kolam. Seluar mandi lupa pulak nak bawa. T belikan saja di kedai di lobi hotel. Dia kata air kolam sejuk. T tak mandi. Duduk ambil gambar di tepi kolam saja.

Emy bawa buah tangan untuk T. Apam Polkadot tu sedap! Ada inti cair di dalamnya. Laju je kami 3 beranak dok makan dalam bilik. Novel pemberian Emy tu pun sudah habis T baca. Sedap jalan ceritanya. Betapa derita sebelum merasa bahagia. Simpati kepada watak utama. Dan ye, Matahari Cerah Lagi. Bahagia menanti di penghujung cerita.

kami keluar dinner di Restoran Berkat depan Rumah Zaitun yang besar tu. Aduh! Rasa makanan semuanya masin! Kenapalah begitu sekali rasanya. Sorry ye? I tak mahu masuk kedai u ni lagi lepas ni! Titik!

Ikan Siakap Stim yang sampainya masa nasi kami dah nak habis pun. Ratah ajelah. Rasa masin jugak. Aduh!

27062011

Breakfats time. Rasa makanan kira oklah. Boleh diterima tekak. Alhamdulillah.

Tunggu Mr. Hubby check out bilik. Kami check out awal. Dalam pukul 8.30 pagi gitu sebab nak gerak ke Glory Beach Resort pula.

Bye Corus Paradise. Panjang umur ada masa kami datang lagi!

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

SURAT KEBENARAN

16 Jun

Assalamualaikum…

14062011

Nur ada bawa balik borang ni untuk kami sebagai ibu bapa isi dan tandatangan. Borang Deklarasi Peserta Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Kebangsaan Tahun 2011. Pertandingan ini akan diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson pada 26062011-28062011 nanti. Good luck untuk Nur & The Gang! Good Luck juga untuk wakil-wakil dari negeri yang lain. Selamat Bertanding!

NEXT ENTRY : PEMERIKSAAN ANTENATAL PENTING SEWAKTU HAMIL

LOVE, LOVE, LOVE YOU!

SELAMAT HARI GURU 2011

19 May

Assalamualaikum…

16052011, setiap tahun, kita akan menyambut hari yang dipanggil Hari Guru. Hari ini T ke sekolah bersama 2 orang kawan untuk melihat persembahan anak-anak kami bagi menyambut hari yang istimewa ini bersama guru-guru mereka. T jugak sempat sediakan hadiah-hadiah ni untuk guru-guru yang mengajar anak-anak T di Sek. Keb. Jalan Bahagia, Temerloh. Hadiah yang tidak seberapa nilainya ini tidak tidaklah terbanding dengan jasa mereka mendidik anak-anak T selama ini. Terima Kasih Cikgu!

Nur dan kawannya, Fatinie. Sama-sama menyertai pertandingan Action Song di Pekan hari Sabtu lepas.

Guru-Guru dan para pelajar yang semuanya bersemangat nak menonton persembahan-persembahan yang bakal disediakan oleh pihak sekolah buat mereka… Semuanya sporting dan steady walaupun cuma duduk di atas lantai. Yang penting, kita enjoy!

Adib & The Gang buat persembahan Boria pada hari ini. Persembahannya yang kedua selepas majlis Mesyuarat PIBG pada bulan lepas. Adoi! Kencang betul anak bujang T ni menari! Hehehe…

Turn Nur & The Gang pulak. Menyanyikan lagu yang membawa kejayaan buat mereka di Pekan Pahang Sabtu lepas. Tak jemu-jemu menonton persembahan mereka.

Sebenarnya segan nak ke sekolah. Memandangkan cuma T dan 2 orang kawan cuma dari kalangan para ibu. Tapi memandangkan cikgu-cikgu yang membawa rombongan Nur ke Pekan ajak kami join sama menonton persembahan anak-anak dan jugak sebab T dok bawak hadiah tu semua, So tebalkan muka sajalah ke sekolah. Sejurus habis menonton persembahan Adib dan Nur, kami 3 orang terus pulang ke rumah. Happy dan bangga tengok anak-anak buat persembahan. Tak malu, tak segan. Baguslah tu. Berani. Itu yang T nak.

KARNIVAL BAHASA INGGERIS -part 2-

19 May

Assalamualaikum…

15052011, Kami bersarapan dekat kedai makan area homestay. Pekena Nasi Dagang bersama Nescafe Panas. Nasi Dagang tu sangat sedap okes? Rasa macam Nasi Dagang di Kuala Terengganulah pulop! Okey, sudah kenyang makan, Syukur Alhamdulillah, kami pun terus ke Dewan Sek. Keb. Pekan Jaya untuk acara penutupan majlis dan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang bertuah.

Yes! Setelah menunggu hampir 2 jam akhirnya penantian kami berbaloi dengan kemenangan yang berpihak¬† kepada Sek. Keb. Jalan Bahagia, Temerloh. Alhamdulillah. Apabila pengacara majlis mengumumkan 6 kumpulan yang lain sebelum kami, dan Kuantan sebagai pemenang ke 2, kami sudah tahu yang kami adalah juaranya! Budak-budak sangat happy apatah lagi kami para ibu bapa dan guru-guru. Kami saling mengucapkan tahniah sesama kami. Berpeluk cium bagai. Ya Allah! Syukur sangat-sangat. Terima Kasih kepada Madam Chin, Puan Razila, Puan Norizan, Puan Zabedah, Madam Yeni, Ustaz Fadhil dan Pengetua Sekolah kerana kalian memungkinkan semua ini berlaku! Kami happy dok merakam gambar mereka naik pentas menerima trofi sebagai JOHAN! Tahniah buat Nur & The Gang! Insya Allah, pertandingan peringkat Kebangsaan akan berlangsung pada bulan depan di Negeri Sembilan pula. T pasti Madam Chin dan guru-guru lain akan melatih mereka dengan sebaiknya untuk ke peringkat Kebangsaan ni pula. Insya Allah. Ada rezeki kami nanti, adalah… Kalau sudah bukan rezeki kami, tidak mengapalah. Janji kami berusaha dengan sebaiknya. Menang kalah sudah menjadi adat bertanding, kan? Kalau kita rasa kita hebat, ada lagi yang lebih hebat daripada kita, begitulah…

Sejurus turun daripada pentas, Nur terus mencari Abahnya yang berada di belakang dewan. Tengoklah muka happy Abahnya tu. Kami semua happy for you my dear! 

Bergambar bersama guru-guru dan anak-anak kecil yang sangat bertuah hari ini!

Sebagai Johan, mereka kena buat persembahan sekali lagi. Kali ini kami sangat-sangat enjoy dan happy sebab kejayaan itu sudah menjadi milik kami. Alhamdulillah, Syukur Ya Allah!

Dah ada peminat pun! Kakak-kakak dan Abang-abang ni masuk pertandingan debat. Dari sekolah di Bera. Depa dok ajak anak-anak kecil ni bergambar bersama… So sweet…

Okey, lunch time. Nasi Beriyani atau Nasi Tomato T tak berapa pasti. Lebih kuranglah. Tapi sedap kot. Sebab habis budak-budak ni makan. Lapar sangat agaknya! Bagi depa makan kenyang-kenyang dulu baru kami ibu bapa ke Kantin untuk jamuan makan tengah hari.

Lunch bersama trofi JOHAN ini amatlah mengenyangkan sekali yer! Nasi pun sedap. Alhamdulillah, kenyang…

Di dalam bas. Adib pun naik bas yang sama untuk pulang ke Temerloh. Manakala T dan Mr. Hubby pulang menaiki kereta kami.

Guru Besar sedang menanti di sekolah. Dia pergi menonton persembahan budak-budak ni semalam. Hari ni dia di sekolah bersama guru-guru yang lain membuat persiapan untuk sambutan Hari Guru pula. Kepulangan kami disambut dengan bunyi paluan kompang…. Pak klepung klepung klepak!

Di sekolah. Sebahagian dah balik ke rumah. Tengoklah muka penat tetapi happy mereka yang comel belaka ni!

KARNIVAL BAHASA INGGERIS -part 1-

19 May

Assalamualaikum…

14052011, T, Mr. Hubby dan Adib ke Pekan untuk menyaksikan persembahan Action Song Nur & The Gang di Sek. Keb. Pekan Jaya. Dua jam dari Temerloh sampailah kami di Pekan. Mula-mula kami singgah di homestay yang  telah T booking sehari sebelumnya iaitu di Homestay Pekan Pahang di Taman Mentiga Jaya. Rumah teres setingkat 3 bilik. RM150 untuk satu malam. Ini ada link homestay :- http://homestaypekanpahang.blogspot.com/

Adib di dalam bilik pertama. Bilik T dan Mr. Hubby. Bilik ni ada aircond.

Ini bilik tidur yang ke 2. Bilik tidur Adib si anak bujang.

Ini bilik nombor 3. Tak tidur di dalam bilik ni pun.

Di dapur. Tapi dia tak sediakan dapur untuk memasak. Cuma disediakan Gula dan Teh. Okeylah tu. Tujuan kami datang bukan untuk memasak pun.

Ruang tamu di dalam homestay ini. Sangat luas dan selesa. Lapang sekali. Tak sesak dengan perabot bagai. Puas hatilah kiranya. So, sape-sape yang berkemungkinan ada kerja atau nak bercuti bagai, T rekomenkan homestay ni. By the way, T tak dapat untung pun nak iklankan homestay ni. Saja berkongsi benda baik dengan korang. Tuan rumah pun sangat baik dan peramah orangnya.

Kami tiba awal daripada rombongan anak-anak kecil ini di dewan sekolah. Mereka tinggal di Homestay Khalida di Taman Perdana. Tak jauh dari tempat bertanding. Kelihatan Nur sedang menuruni tangga bas. Ololo! Anak Ummi sangat comel sekali berpakaian seperti ini. Maklumlah sejak daripada Darjah 1 hingga sekarang, Darjah 3, Dia pakai Baju Kurung sama itu Tudung. Memang nampak lainlah apabila dia berpakaian sebegini.

Acara Action Song bermula pada pukul 3.00 petang. Giliran Sek. Keb. Jalan Bahagia adalah nombor 5 dan lihat tu, anak-anak kecil sedang beraksi di atas pentas. TANPA rasa takut dan panic! Alhamdulillah. Persembahan mereka adalah yang terbaik di sepanjang waktu latihan yang cuma mengambil masa selama 8 hari saja. Iye, 8 hari! Kami diberitahu lewat untuk menyertai pertandingan ini. Tapi, Alhamdulillah. Budak-budak dapat mempersembahkannya dengan amat baik sekali.

Kami ibu bapa dan guru-guru yang menonton di bawah berdebar-debar tak terkata. Mengharapkan mereka melakukan yang terbaik.

Rasa tak jemu menonton persembahan mereka. Sangat seronok dan kami enjoy sekali masa ini.

Wajah ceria Nur selepas persembahan. Ummi, Abah dan Abang Adib sangat berbangga dengan Nur!

Usai majlis, kami mengambil kesempatan mengambil gambar anak-anak kecil ini bersama Guru Pengajar mereka, Madam Chin di atas pentas. Buat kenang-kenangan di kemudian hari.

Habis majlis pertandingan, dalam pukul 5.10 petang, baru kami makan tengahari. Pagi tadi makan Roti Canai Banjir di Temerloh. Laparnya perut sampai berbunyi-bunyi dia. Hehe…

Pulang ke rumah homestay kami. Tibalah masa untuk berehat. Badan penat usah katalah. Badan minta mau rehat saja.

Sebelum balik ke homestay, kami singgah bungkus Murtabak Mengkasar ni. Satu yang special dan satu yang biasa. Minum dengan Air Mineral. Ini untuk dinner kami. Alhamdulillah. Kenyang YA ALLAH!

Sebelah malam, keluar sekejap ke Homestay Khalida di Taman Perdana. Dok jenguk keadaan Nur dan cikgu-cikgu yang menjaganya. Dekat sejam di situ dan kami pun pulang ke homestay untuk berehat. Sebelum tidur, layan Cerekarama “Sejadah Kaabah”¬† sambil mengupload gambar-gambar Karnival Bahasa Inggeris ke Facebook. Ada kemudahan Wi-Fi di homestay ni. Cerekarama tu tak sempat tengok habis pun sebab dalam pukul 11.30 malam, T dah masuk tidur pun. Siapa yang tengok drama ni? Apa kesudahannya ye?