Archive | FAMILY MERTUA RSS feed for this section

KARNIVAL BAHASA INGGERIS

4 Jul

Assalamualaikum…

27062011

Dari Corus Paradise, kami terus ke Glory Beach Resort. Pihak hotel ada sediakan satu khemah besar berair-cond untuk para peserta dan penonton. Nur dan kawan-kawannya. Bergediks sekejap!

Menanti giliran mereka untuk membuat persembahan

Persembahan Nur & The Gang. Team No. 13 daripada 16 buah negeri yang bertanding

Result tahu di sebelah malamnya selepas dinner. Kami tidak menunggu dan terus ke KL. Mr. Hubby ada urusan pula di sana. Negeri Pahang mendapat tempat ke-4 di dalam pertandingan ini. 16 negeri yang bertanding dan mereka cuma mampu menduduki tempat ke-4. Walau tidak bergelar juara, kami ibu-bapa, guru-guru berbangga dengan pencapaian mereka. Mungkin bukan rezeki kami kali ini. Mana tahu, tahun depan. Kita cuba dan cuba lagi ye?

Kami berhenti lunch di Plaza Low Yat sebelum gerak ke Bar Council. Mr. Hubby ada urusan di sana yang perlu dibereskan segera.

Settle urusan di Bar Council, kami gerak pulak ke Pusat Bandar Damansara. Mr. Hubby ada urusan nak bertemu clientnya pula. Dari situ, kami ke Selayang Mall. Belikan makanan, MC’D dan Pulut Mangga di situ. Buat buah tangan untuk family Abang Ipar T di Selayang. Singgah rumah Abang Ipar tengok cucu saudara T ni. Baru umur 3 bulan. Badan dan kepalanya keras macam besi. Aktif melasak budak Umar ni tau!

Selepas dinner, kami pun pulang ke rumah. Home Sweet Home!

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

KELANTAN : Day 3

13 Jun

Assalamualaikum…

07062011

Pagi ini untuk bersarapan, My SIL belikan Nasi Ayam Bakar dan Nasi Ayam Pedas. Jugak ada sedikit Kuih-Muih. T pulak buatkan Air Milo Panas. Ini budak botak telah memakan 2 bungkus nasi ye? Amboi! Kuatnya dia makan! Ikutkan perangai siapalah tu ye? HuaHuaHua…

Sesudah makan, kami bergerak pulang ke Temerloh seawal jam 8.00 pagi. Singgah lagi beli Roti Paung di Kg. Pasir Puteh, Terengganu. Cuma ada perisa Planta saja dan T beli 2 biji. Kalau ada inti Kacang Merahkan lagi best! šŸ˜¦

Kami singgah lunch di Kemaman. Pekena Gulai Kawah dan Ikan Bakar. Alhamdulillah, kenyang kami makan dan kemudiannya terus pulang ke Temerloh sebelum singgah di Kuantan sekejap. Home Sweet Home! Badan sangat penat. Itu tak usahlah dibicarakan. T pun kena Selsema juga. Itu semua tak penting. Yang penting kita sudah sampai di rumah manis kita!

Next entry ada cerita sikit. Tak banyak. Siiiiikit saja. Nak tunggu ke? Sekejap eh? Love, Love, Love You!

KELANTAN : Day 2

13 Jun

Assalamualaikum…

06062011

Pagi ini untuk sarapan, my MIL masak Nasi Goreng dan Biras T, Shikin buatkan Sambal Sardine dan Air Teh ‘O’. Syukur Alhamdulillah. Me bangun lewat sikit. Badan tak sihat.

Dalam pukul 11.00 pagi gitu, kami ke Kota Bharu pula. Dari rumah mertua ke Kota Bharu cuma mengambil masa 35 minit sahaja. Singgah beli Serunding Daging di sini. Beli kat kilang lagi murah ye?. Sedap rasa Serunding kat sini tau! Nak tempah? Nak order? Tu ada no telefon. Boleh call order sekarang. Hehe…

Kemudiannya, kami gerak ke sini pula. Untuk makan tengahari. Berdiri dalam 10-15 minit nak tunggu meja. Semua meja penuh. Orang ramai betul dan kebetulan dapatlah satu meja ni. Terus bergegas dan cop tempat. Haha! Berebut-rebut gitu. Dah dapat meja, so kita pergi ambil Nasi, Lauk-Pauk terutamanya Budu dan jugak Air.

Oh! Sangat berselera kami makan. Nasi tu dibubuh penuhlah pulak. So, kita ambil satu pinggan kosong untuk mengurangkan sedikit kuantiti nasinya ye tuan puan. Sedak sungguh makey nasik denga budu ni weh! Yummy! Yummy! Sudah makan, kami pusing-pusing di gerai-gerai cenderamata berhampiran. T cuma beli Fridge Magnet KELANTAN dan Nur nak Key Chain.

Sudah kenyang makan nasi, kami mengharung jemlah pula di bandar Kota Bharu. Sedang molek lalu di Pasar Besar Siti Khadijah, ada kereta nak keluar. So, lepas parking kereta kami masuk ke dalam pasar. Sudah lama tidak ke sini. Spot yang wajib diambil gambar jika kita ke sini ye adik, abang kakak?

Keluar dari pasar, kami terus pulang ke rumah dan ini adalah hasil belian kami di Pasar Besar Siti Khadijah tadi. Laksa Lemak dan Laksa Penang. Juga kami beli sedikit kuih-muih yang telah pun habis dimakan oleh anak-anak saudara Hubby sampai tak sempat mak saudara mereka nak snapkan gambar. Haha!

Nasi Goreng yang disediakan oleh Biras T, Shikin. Memandangkan yang lainnya keluar menonton perlawanan Bola Sepak di kedai makan, Kelantan melawan Terengganu, (Kelantan menang 3-0), so menu ringkas ini saja menjadi santapan kami untuk dinner. Syukur, Alhamdulillah.

 

Next entry pasal cerita apa? Adalah. Tunggu! Love, Love, Love You!

KELANTAN: Day 1

13 Jun

Assalamualaikum…

05062011

Pagi ni Kakak Ipar T pergi belikan kami Nasi Ayam Bakar . Air pulak kita buat Air Milo Panas ye? Syukur Alhamdulillah.

Untuk lunch, T goreng nasi ni dan jugak gorengkan organ-organ dalaman Ayam tu. Anak Sedara T buatkan Air Laici. Tapi T tak makan masa lunch ni sebab kenyang lagi makan Nasi Ayam Bakar pagi tadi.

Ā 

T ada bawa balik 4 bungkus pes Laksa Sarawak ke Kelantan. So, T masak Laksa Sarawak ni sebagai hidangan minum petang. Nasib baik depa semua boleh makan dan kata sedap :-pĀ 

Ā 

Inilah rupa Laksa Sarawak apabila dihidangkan di dalam pinggan. Nak tahu, T lupa sediakan Tauhu Goreng. Sepatutnya Tauhu itu digoreng dan dipotong kecil empat segi. Sedap dimakan bersama Laksa Sarawak ni.

Untuk malam ini, kita berbbqlah pulak. Ayam-Ayam ini diperap oleh Biras T, Shikin tengahari tadi. So, mari kite bakor!!!

Menanti penuh sabar… Sabar T sabar… Hehehe…

Biras T, Shikin belikan Keropok Lekor ni tadi di Terengganu. Dia gorengkan pulak untuk kami. Sedap dimakan panas-panas dan makan secara berebut-rebut ye tuan puan? Aha!

Inilah di antara hasil bakar tadi. Siap bakar, makan terus. Siap bakar, makan je terus. Sos Pencicah tu pun enak lazat. So, kenyanglah kami dok makan Ayam Bakar malam ni… Sekian dilaporkan untuk hari ini. Next entry, ada lagi pasal makan-makan, jalan-jalan. Love, Love, Love You!

NASI KUKUS FIKRI

12 Jun

Assalamualaikum…

Setelah hampir 2 jam memandu dari Ranting Beach Resort, Cherating (selepas singgah membeli T-Shirt dan FM CHERATING), Kami berhenti makan di kedai makan ini. First time menyinggah makan di sini dan Alhamdulillah, Nasi Kukusnya enak bangat begitu!

Yummy!!! Teh ‘O’ Ais yang terbaik jugak!

Selesai makan, kami terus bergerak ke destinasi seterusnya. Ke mana lagi? Jauh lagi ke nak sampai ke destinasi yang mahu dituju? Aha! Tunggu! Love, Love, Love You!

RANTING BEACH RESORT

11 Jun

Assalamualaikum…

Setelah hampir 2 jam memandu dari Gambang Water Park, Mr. Hubby berhenti di sini. Ranting Beach Resort di Cherating. Kami bermalam di sini dan Mr. Hubby telah menyewa satu bilik family, ada 2 katil. Cukuplah untuk kami 2 keluarga. Kalau tak silap T, nama resort ini adalah Rhona Pippin. Pernah stay di sini dahulu pada tahun 2002. Masa tu T mengandungkan Nur baru 2 bulan. Adib pulak baru setahun lebih. Terimbau kenangan lama pulak T dibuatnya!

Di dalam bilik kami.

Kami kemudiannya keluar makan di sebuah kedai makan ni. Macam biasalah, semua kedai makan penuh. Nak-nak cuti sekolah begini. Dan benda yang kami nak elakkan daripada berlaku, berlaku jugak akhirnya. Makanan lambat. Dekat sejam menunggu barulah makanan tiba. Itupun kami dok tanya-tanya, “Mana makanan ni dik”? Huh! Dahlah perut lapar… Makanan sampai lambat pulak… Memanglah kedai ni aku takkan jejak sampai bila-bila. Oh ya! Nama kedai ni ialah Restoran Seri Mahligai. ~mata ke atas, dada di tangan~

04062011

Awal pagi T bangun dan selepas bersolat Subuh, lepak duduk di depan balkoni bilik. Lepak sambil baca buku by Dr. H.M. Tuah Iskandar Al-Haj, Cipta Syurga Hati. Then B ajak keluar bersarapan di luar. Bilik kami tak disediakan sekali dengan breakfast. So, kami bersarapan dulu di kedai makan dan kemudian bungkuskan makanan untuk yang berada di dalam bilik pula. Semua rasa makanan di sini sedap. Nasi Lemak, Nasi Berlauk, Nasi Campur, Lempeng Cicah Kelapa. Alhamdulillah. Rasa makanan yang sedap dan kedai pun berdekatan bilik kami saja.

Bilik kami adalah yang di tengah-tengah itu. Suka gambar ni.

Main bola jom!

Dan jom mandi, jom!

Ecececececece…

View dari bilik kami. Pukul 10.00 pagi dah start panas. Sempatlah mandi dalam sejam lebih gitu.

Sebelum check out, kami layan makan Roti Ice-Cream. Kali ni rasanya lagi sedap daripada yang kami beli semalam di Gambang Water Park. Rotinya pun lagi besar sizenya dari yang kami makan semalam.

Selepas check out dari bilik, kami ke destinasi seterusnya. Ke mana? Adalah. Next entry ye? Love, Love, Love You!

GAMBANG WATER PARK

11 Jun

Assalamualaikum…

03062011

Okey, sambungan daripada last entry. T dan family Abang Ipar datang mandi di sini pula. Kunjungan kami adalah untuk kali yang ke tiga manakala yang pertama buatĀ  family Abang Ipar. Seperti biasa, sebelum masuk ke dalam, kami singgah ambil gambar di sini. Kelihatan anak-anak T, Nur dan Adib bersama sepupu mereka, Mamat. Malam tadi diaorang pergi gunting rambut bersama Abang Ipar T di kedai berhampiran rumah T. Botak licin… Halus…

Seterusnya, kami pergi sewa pelampungĀ  juga Mr. Hubby top up duit untuk digunakan di dalam water park ni. Kat dalam ni tak pakai cash money, pakai gelang dia saja untuk top up duit nak beli makanan, minuman,Ā atau bayar pelampung Ā juga sebagai kunci loker. Senang. Amat sistematik sekali.

Dan jom, main air jom!

Macam biasa, semua tempat kami main termasuklah yang ini. 6 Lane Racer. T naik bersama anak saudara T. Dah 2 kali naik di sini dan sekali naik di Melaka Wonderland. Masa naik baru ni baru perasankan syaratnya. Berat badan tak boleh lebih daripada 80kg. Jika nak naik juga, akibatnya kamu tanggunglah sendiri. Sebenarnya ni gambar masa kunjungan T dan staff-staff hubby pada 12032011 yang lepas. Tak banyak ambik gambar kali ini. Dok main air saja kerjanya.

Sambung mandi di dalam kolam ini pulak. Tak mahu balik budak-budak ni. Suka benar dok main air!

Hampir 4 jam setengah di sini, kami pun beredar keluar. Singgah makan Roti Ice-Cream dulu kat depan pintu masuk ke dalam water park ni. Yum!

Kemudian, kami gerak ke destinasi seterusnya. Ke mana? Next entry ye? Love, Love, Love You!