Archive | JALAN-JALAN CARI MAKAN RSS feed for this section

KARNIVAL BAHASA INGGERIS

4 Jul

Assalamualaikum…

27062011

Dari Corus Paradise, kami terus ke Glory Beach Resort. Pihak hotel ada sediakan satu khemah besar berair-cond untuk para peserta dan penonton. Nur dan kawan-kawannya. Bergediks sekejap!

Menanti giliran mereka untuk membuat persembahan

Persembahan Nur & The Gang. Team No. 13 daripada 16 buah negeri yang bertanding

Result tahu di sebelah malamnya selepas dinner. Kami tidak menunggu dan terus ke KL. Mr. Hubby ada urusan pula di sana. Negeri Pahang mendapat tempat ke-4 di dalam pertandingan ini. 16 negeri yang bertanding dan mereka cuma mampu menduduki tempat ke-4. Walau tidak bergelar juara, kami ibu-bapa, guru-guru berbangga dengan pencapaian mereka. Mungkin bukan rezeki kami kali ini. Mana tahu, tahun depan. Kita cuba dan cuba lagi ye?

Kami berhenti lunch di Plaza Low Yat sebelum gerak ke Bar Council. Mr. Hubby ada urusan di sana yang perlu dibereskan segera.

Settle urusan di Bar Council, kami gerak pulak ke Pusat Bandar Damansara. Mr. Hubby ada urusan nak bertemu clientnya pula. Dari situ, kami ke Selayang Mall. Belikan makanan, MC’D dan Pulut Mangga di situ. Buat buah tangan untuk family Abang Ipar T di Selayang. Singgah rumah Abang Ipar tengok cucu saudara T ni. Baru umur 3 bulan. Badan dan kepalanya keras macam besi. Aktif melasak budak Umar ni tau!

Selepas dinner, kami pun pulang ke rumah. Home Sweet Home!

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

CORUS PARADISE, PD

4 Jul

Assalamualaikum…

26062011

Kami stay kat hotel ni sebab nak menghadiri Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan di Glory Beach Resort, PD esok. Nur ada mengambil bahagian di dalam Pertandingan Action Song yang mana sekolahnya, Sek. Keb. Jalan Bahagia Temerloh mewakili negeri Pahang. Telah banyak kali kami stay di Corus tetapi sebelum ni kami mengambil bilik jenis apartment kerana pergi bersama-sama ahli keluarga yang lain. Kali ini kami mengambil bilik yang sesuai untuk kami 3 beranak saja. Nur bersama kawan-kawan dan guru-gurunya tidur di Glory Beach Resort.

Emy Omar, sahabat baik T, telah sudi datang dari Masjid Tanah untuk berjumpa dengan T di hotel. Tq so much my dear! Sudi datang berjumpa Ruzi walau sekejap cuma. Ruzi amat-amat menghargai kedatangan Emy & Co.

Selepas berbual dan mengambil gambar bersama Emy, T melayan anak bujang T ni pulak untuk mandi di kolam. Seluar mandi lupa pulak nak bawa. T belikan saja di kedai di lobi hotel. Dia kata air kolam sejuk. T tak mandi. Duduk ambil gambar di tepi kolam saja.

Emy bawa buah tangan untuk T. Apam Polkadot tu sedap! Ada inti cair di dalamnya. Laju je kami 3 beranak dok makan dalam bilik. Novel pemberian Emy tu pun sudah habis T baca. Sedap jalan ceritanya. Betapa derita sebelum merasa bahagia. Simpati kepada watak utama. Dan ye, Matahari Cerah Lagi. Bahagia menanti di penghujung cerita.

kami keluar dinner di Restoran Berkat depan Rumah Zaitun yang besar tu. Aduh! Rasa makanan semuanya masin! Kenapalah begitu sekali rasanya. Sorry ye? I tak mahu masuk kedai u ni lagi lepas ni! Titik!

Ikan Siakap Stim yang sampainya masa nasi kami dah nak habis pun. Ratah ajelah. Rasa masin jugak. Aduh!

27062011

Breakfats time. Rasa makanan kira oklah. Boleh diterima tekak. Alhamdulillah.

Tunggu Mr. Hubby check out bilik. Kami check out awal. Dalam pukul 8.30 pagi gitu sebab nak gerak ke Glory Beach Resort pula.

Bye Corus Paradise. Panjang umur ada masa kami datang lagi!

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

KELANTAN : Day 3

13 Jun

Assalamualaikum…

07062011

Pagi ini untuk bersarapan, My SIL belikan Nasi Ayam Bakar dan Nasi Ayam Pedas. Jugak ada sedikit Kuih-Muih. T pulak buatkan Air Milo Panas. Ini budak botak telah memakan 2 bungkus nasi ye? Amboi! Kuatnya dia makan! Ikutkan perangai siapalah tu ye? HuaHuaHua…

Sesudah makan, kami bergerak pulang ke Temerloh seawal jam 8.00 pagi. Singgah lagi beli Roti Paung di Kg. Pasir Puteh, Terengganu. Cuma ada perisa Planta saja dan T beli 2 biji. Kalau ada inti Kacang Merahkan lagi best! 😦

Kami singgah lunch di Kemaman. Pekena Gulai Kawah dan Ikan Bakar. Alhamdulillah, kenyang kami makan dan kemudiannya terus pulang ke Temerloh sebelum singgah di Kuantan sekejap. Home Sweet Home! Badan sangat penat. Itu tak usahlah dibicarakan. T pun kena Selsema juga. Itu semua tak penting. Yang penting kita sudah sampai di rumah manis kita!

Next entry ada cerita sikit. Tak banyak. Siiiiikit saja. Nak tunggu ke? Sekejap eh? Love, Love, Love You!

KELANTAN : Day 2

13 Jun

Assalamualaikum…

06062011

Pagi ini untuk sarapan, my MIL masak Nasi Goreng dan Biras T, Shikin buatkan Sambal Sardine dan Air Teh ‘O’. Syukur Alhamdulillah. Me bangun lewat sikit. Badan tak sihat.

Dalam pukul 11.00 pagi gitu, kami ke Kota Bharu pula. Dari rumah mertua ke Kota Bharu cuma mengambil masa 35 minit sahaja. Singgah beli Serunding Daging di sini. Beli kat kilang lagi murah ye?. Sedap rasa Serunding kat sini tau! Nak tempah? Nak order? Tu ada no telefon. Boleh call order sekarang. Hehe…

Kemudiannya, kami gerak ke sini pula. Untuk makan tengahari. Berdiri dalam 10-15 minit nak tunggu meja. Semua meja penuh. Orang ramai betul dan kebetulan dapatlah satu meja ni. Terus bergegas dan cop tempat. Haha! Berebut-rebut gitu. Dah dapat meja, so kita pergi ambil Nasi, Lauk-Pauk terutamanya Budu dan jugak Air.

Oh! Sangat berselera kami makan. Nasi tu dibubuh penuhlah pulak. So, kita ambil satu pinggan kosong untuk mengurangkan sedikit kuantiti nasinya ye tuan puan. Sedak sungguh makey nasik denga budu ni weh! Yummy! Yummy! Sudah makan, kami pusing-pusing di gerai-gerai cenderamata berhampiran. T cuma beli Fridge Magnet KELANTAN dan Nur nak Key Chain.

Sudah kenyang makan nasi, kami mengharung jemlah pula di bandar Kota Bharu. Sedang molek lalu di Pasar Besar Siti Khadijah, ada kereta nak keluar. So, lepas parking kereta kami masuk ke dalam pasar. Sudah lama tidak ke sini. Spot yang wajib diambil gambar jika kita ke sini ye adik, abang kakak?

Keluar dari pasar, kami terus pulang ke rumah dan ini adalah hasil belian kami di Pasar Besar Siti Khadijah tadi. Laksa Lemak dan Laksa Penang. Juga kami beli sedikit kuih-muih yang telah pun habis dimakan oleh anak-anak saudara Hubby sampai tak sempat mak saudara mereka nak snapkan gambar. Haha!

Nasi Goreng yang disediakan oleh Biras T, Shikin. Memandangkan yang lainnya keluar menonton perlawanan Bola Sepak di kedai makan, Kelantan melawan Terengganu, (Kelantan menang 3-0), so menu ringkas ini saja menjadi santapan kami untuk dinner. Syukur, Alhamdulillah.

 

Next entry pasal cerita apa? Adalah. Tunggu! Love, Love, Love You!

PANTAI RHU 10, PENAREK

13 Jun

Assalamualaikum…

Selepas berhenti solat Jamak Zohor dan Asar di Kg. Rhu Muda, Marang, kami meneruskan perjalanan hingga ke destinasi ini pula. Hubby darling saja berhenti di Jeti Merang. Tempat orang naik bot untuk ke Pulau Redang. Kami ke jalan belakang jeti-jeti ini dan menemui pantai yang amat cantik ini. So, wajiblah singgah untuk berposing bagai, kan? Dan dimulai dengan aksi anak dara T ni… Hamboi-hamboi dia!

Kat belakang tu rasanya Pulau Redang tau! Bilalah agaknya dapat menjejakkan kaki di sana ye? Emmm…

Cantik view kat sini. Kalau nak posing-posing petang-petang gini amatlah digalakkan sekali. Auuww! Hehe…

Kami berhenti makan dan minum di kedai ni dahulu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kelantan, kampung Suami T. Kedai ni terletak di Pantai Rhu 10, Penarek, Setiu. Pertama kali singgah di sini. Family Abang Ipar yang ajak kami berhenti makan di sini. Em… Not bad kedai ni tau! T suggestkan pulak untuk korang datang singgah makan di sini.

Sampai-sampai di kedai makan ni, Biras T dah orderkan makanan untuk kami. Ikan Kembung Goreng, Sotong dan Udang Celup Tepung. Yang tiada di dalam gambar adalah Mee Hoon Goreng. Sos Pencicah dia sedap sangat. Makan Keropok Lekor panas-panas di tepian pantai. Amatlah mengasyikkan! Ah!

Lepas makan kita posing ambik gambar sat! View kat sini memanglah cantik!

3 BUDAK BOTAK! Halus!

Next entry : Makan sajalah kerjanya! Love, Love, Love You!

ROTI PAUNG

13 Jun

Assalamualaikum…

Kami memang akan berhenti di sini, Kg. Pasir Puteh, Terengganu untuk membeli Roti Paung setiap kali pergi atau balik dari Kelantan. Roti ni sedap dimakan panas-panas. Amat menyelerakan sekali.

Mula-mula T beli 8 biji saja Roti Paung ni. Then T tambahkan pulak lagi 2 biji, perisa campur-campur. Dia ada perisa Kaya, Kelapa, Planta dan Kacang Merah. Yummy!

Inilah kedainya. Tahun lepas T singgah beli kedainya cuma gerai kayu. Tengok ni, rezeki berniaga Roti Paung. Bisnes makin maju ni.

Next entry, Pantai Rhu 10, Penarek, Setiu. Tertarik kau d’ bomb! Love, Love, Love You!

NASI KUKUS FIKRI

12 Jun

Assalamualaikum…

Setelah hampir 2 jam memandu dari Ranting Beach Resort, Cherating (selepas singgah membeli T-Shirt dan FM CHERATING), Kami berhenti makan di kedai makan ini. First time menyinggah makan di sini dan Alhamdulillah, Nasi Kukusnya enak bangat begitu!

Yummy!!! Teh ‘O’ Ais yang terbaik jugak!

Selesai makan, kami terus bergerak ke destinasi seterusnya. Ke mana lagi? Jauh lagi ke nak sampai ke destinasi yang mahu dituju? Aha! Tunggu! Love, Love, Love You!