Archive | JUMPA KAWAN RSS feed for this section

HOUSE OF STEAMBOAT & BBQ

5 Jul

Assalamualaikum…

Hari baru. Cerita baru. Cerita best ke? Tak adalah best mana pun. Adalah sikit modal nak bercerita ni. 😀

Pagi ni bersarapan bersama Mr. Hubby dan Nur. T makan Roti Canai Sardin dan Teh Tarik di Taliban. Kedai makan berdekatan rumah.

Nur dah okey sikit hari ini. Alhamdulillah.

Tadi kawan T datang rumah. Dia pulangkan buku ni. Dia tak tahu T mengandung coz dah lama tak bukak FB. T pun tak pulak bagitahu dia tentang kehamilan T ini. Patutlah T cari manalah buku-buku ni pergi selama ni. T pinjamkan kepadanya 5 tahun lepas. Dan hari ni nasib baik dia pulangkan. Bolehlah T baca balik. Macam tahu-tahu saja T perlukan buku-buku ini. Hehe… Nama anak-anak T, T cari melalui buku ini. Nama Muhammad Adib Aqil bermaksud Muhammad : Nama Nabi Junjungan kita, Yang Terpuji, Adib : Pujangga; beradab, Aqil : Bijaksana; pandai; terpelajar. Nur Nisriina Huwaidah pula membawa maksud Nur :  Cahaya, Nisriina : Bunga Mawar Putih Huwaidah : Tenang; kasih-sayang. Hem… Apa nama nak diberikan kepada anak T yang sedang T kandung ni ye? Nanti kita cari ye? 😀 Korang nak suggest pun buleh. Tak de hal. Bagi maksudnya sekali. Terima Kasih!

Hi Auntie, Uncle. Kami dah get ready nak keluar for dinner ni! Nur dah okey sikit hari ni. Alhamdulillah Syukur Ya Allah! Susah hati tengok anak dok sakit. Kesian.

Hari ini try makan di tempat baru. Restoran Makan-Makan. House of Steamboat & BBQ. Kedai kawan Mr. Hubby. Terletak di Kg. Chatin, Mentakab.

Banyak pilihan makanan untuk direbus. Jangan tamak. Ambik sikit-sikit dulu. Nak makan lagi, baru ditambah ye? Kalau tidak dia charge harga makanan lebihan kita. Tak baik membazir you!

Mr. Hubby tengah curahkan sup ke dalam periuk rebusan. “Steady bang, cover perut tu!” Haha…

Tengah bakar Ayam dan Daging Black Pepper. Rasanya amat sedap sekali. Tak payah dicicah bersama sos. Makan gitu pun dah terasa manisnya. Tengah rebuskan Mee Hoon, Fish Ball dan Sayur.

Sedap! Sedap! Sedap! Auntie Uncle datanglah makan di sini jugak nanti ye? Makanan ini semua dicaj RM42. Kenyang Alhamdulillah. Sedang molek saja kenyangnya. Taklah perut ketat sampai tak boleh bangun.

Sudah kenyang. Suka hati. Mari kita balik ke rumah.

Advertisements

CORUS PARADISE, PD

4 Jul

Assalamualaikum…

26062011

Kami stay kat hotel ni sebab nak menghadiri Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Kebangsaan di Glory Beach Resort, PD esok. Nur ada mengambil bahagian di dalam Pertandingan Action Song yang mana sekolahnya, Sek. Keb. Jalan Bahagia Temerloh mewakili negeri Pahang. Telah banyak kali kami stay di Corus tetapi sebelum ni kami mengambil bilik jenis apartment kerana pergi bersama-sama ahli keluarga yang lain. Kali ini kami mengambil bilik yang sesuai untuk kami 3 beranak saja. Nur bersama kawan-kawan dan guru-gurunya tidur di Glory Beach Resort.

Emy Omar, sahabat baik T, telah sudi datang dari Masjid Tanah untuk berjumpa dengan T di hotel. Tq so much my dear! Sudi datang berjumpa Ruzi walau sekejap cuma. Ruzi amat-amat menghargai kedatangan Emy & Co.

Selepas berbual dan mengambil gambar bersama Emy, T melayan anak bujang T ni pulak untuk mandi di kolam. Seluar mandi lupa pulak nak bawa. T belikan saja di kedai di lobi hotel. Dia kata air kolam sejuk. T tak mandi. Duduk ambil gambar di tepi kolam saja.

Emy bawa buah tangan untuk T. Apam Polkadot tu sedap! Ada inti cair di dalamnya. Laju je kami 3 beranak dok makan dalam bilik. Novel pemberian Emy tu pun sudah habis T baca. Sedap jalan ceritanya. Betapa derita sebelum merasa bahagia. Simpati kepada watak utama. Dan ye, Matahari Cerah Lagi. Bahagia menanti di penghujung cerita.

kami keluar dinner di Restoran Berkat depan Rumah Zaitun yang besar tu. Aduh! Rasa makanan semuanya masin! Kenapalah begitu sekali rasanya. Sorry ye? I tak mahu masuk kedai u ni lagi lepas ni! Titik!

Ikan Siakap Stim yang sampainya masa nasi kami dah nak habis pun. Ratah ajelah. Rasa masin jugak. Aduh!

27062011

Breakfats time. Rasa makanan kira oklah. Boleh diterima tekak. Alhamdulillah.

Tunggu Mr. Hubby check out bilik. Kami check out awal. Dalam pukul 8.30 pagi gitu sebab nak gerak ke Glory Beach Resort pula.

Bye Corus Paradise. Panjang umur ada masa kami datang lagi!

Till then, LOVE, LOVE, LOVE YOU!

SECRET RECIPE

19 May

Assalamualaikum…

Tengahari semalam, T, Mr. Hubby, Nur dan 2 orang staff Mr. Hubby lunch kat Restoran Ima depan Balai Polis Temerloh. T suka makan kat sini. Banyak lauk-pauk kampung yang tersedia. Rasa makanan pun sedap. Restoran ni menggantikan Restoran Nina Asam Pedas yang beroperasi hampir setahun lebih sebelum ini di sini. T ambik Nasi Separuh + Ikan Patin Bakar Tempoyak + Limau Nipis Ais. Lepas lunch, bawa Nur pergi office dan kemudian tunggu dia bersiap untuk ke Kelas Q-Fa pulak. Adib dari sekolahnya terus ke Kelas Q-Fa sebab ada Ko-Ku hari ni.

Mr. Hubby ambik Ikan Pari Bakar. Panas-panas baru siap dibakar. Sedap!

Sebelah petangnya pula, T ajak kawan baik T, Kak Yah bersama 2 orang anaknya. Nak meraikan anak bujangnya yang akan melanjutkan pelajaran di Matrik Melaka next week. So, tak ada apa yang special. Ajak keluar makan di Secret Recipe aje. Untuk permulaan, T order 2 Chocolate Lava untuk Kak Yah dan anak-anaknya. Nur order Kek Tiramisu + Green Apple Kasturi Juice.

T dan Kak Yah order Spaghetti Bolognese Beef + Sky Juice, Syazwan order Grilled Black Pepper Chicken + Sky Juice manakala Oly order Grilled Mushroom Chicken + Sky Juice. Spaghetti tu banyak. So T kongsi dengan Nur jugak. Tu pun tak dapat habiskan jugak. Rasa kenyanglah pulak. Bahagian Cheese pun T cuma makan sikit saja. Rasa muak kalau makan banyak-banyak. Em, memang T “banyak” songeh eh? :-p

Adib order Chicken Steak Burger + Iced Lemon Tea. Dia pun tak habiskan Burger ni sebab dia kata Ayamnya keras sikit. Em, “banyak” songeh macam Ummi dia jugak!

Okey, dah siap makan. Dah kenyang. Dah borak-borak. Dah gelak-gelak. Dah tapau Kek Chocolate Indulgence untuk dibawa pulang, Maka tibalah masa untuk kami bersurai. Untuk Syazwan, belajar baik-baik ok dan jaga diri. Oly pun sama, you take care too ok? Kak Yah, next week kita start pegi jogging ye? Dekat seminggu tak pegi jogging ni. Badan pun dah rasa berat semacam. LalaLala…

UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE

7 May

01052011

Dari Tune Hotel Danga Bay, kami menaiki bas sekitar jam 8.00 pagi (waktu pada tiket adalah pada 7.30 pagi, biasalah janji Orang Melayu, kan? Macamlah tak biasa pulak…..) Kami tiba di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia untuk pemeriksaan Imegresen pada pukul 8.20 pagi. Kemudian terus gerak ke Woodlands. Dekat sini kena beratur lama sebab ramai yang nak masuk ke Singapore jugak. Alhamdulillah, semua urusan selesai sekitar jam 9.15 pagi dan gerak masuk ke Singapore dalam pukul 9.30 pagi sebab menantikan penumpang yang lain. Okey, masa ni T dok call sahabat pena T yang tak pernah berjumpa semenjak kami berkawan ketika masing-masing berumur 13 tahun lagi. Tapi selalu dok menelefon dan “jumpa” di Facebook bagai. Janji nak berjumpa dengannya di USS hari ni. Kami tiba di USS pada pukul 10.10 pagi dan Masya Allah! Ramainya umat manusia! Nasib baik cuma beratur sekejap saja, sekitar 10 minit gitu. Terus masuk ke toilet dan lagi sekali, Masya Allah. Tak ada air nak basuh toooot.. toooot itu.. Hahaha.. Jangan panic.. Jangan panic.. Tisu ada banyak. Tips tu. Lain kali masuk toilet bawak air dalam botol mineral tu ke kan?.. Untuk sessi basuh-membasuh okes? Ngeeeee…

Okey, dah keluar toilet maka bermulalah perjalanan kami di USS. Manusia punya ramai tok sahlah kau nak kira. Biasalah tu. Cuti umum. Bukan kita jer yang plan nak berjalan, orang laen pun sama gak. Cuaca mendung dan sesekali hujan rintik-rintik.. Air bergelombang.. Hehe.. Tapi kami semua tak kisah. Dok redah jer jalan. Memang tak panas langsung dan berjalan pun tak penat sehingga badan berpeluh. Kat obersila katakan.. HaHa! Tak de maknanya setakat Singapore tu nak dipanggil obersikan? HaHa…. Dan kalau untuk bergambar bersama maskot seperti gambar-gambar di bawah, kena beratur ok? Orang ramai so kena bergilir-gilir. Ada gak yang tak reti bahasa. Main redah potong q. Memang potong stim betol!

Inilah dia gambar-gambarnya. Beberapa karekter dalam filem yang popular. Tak tahulah dalam tu lelaki ke perempuan ke, mak pakai pelok ajer.. Hish.. Hish… Hish…

Di sini kita ada Hollywood, Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City dan New York. Kami masuk ke USS pada pukul 10.28 pagi dan keluar pada pukul 7.12 malam. Penat? Penat tak terasa sebab teruja dok dalam USS. Terasa penatnya masa dah sampai ke bilik hotel. Nak tercabut tulang-tulang ni rasanya. Mana taknya, tu roller coaster Battlestar Galactica Human, Red Track T pun dok pulun naik gak. Memang seronok walau ada rasa takutnya. Berani-berani takut gitu. Alhamdulillah, I’m still alive! Cuma di The Lost World, Water World, kami tak masuk begitu jugak permainan di Ancient Egypt. Lalu ambik gambar gitu jer. Next time, hopefullylah.. Kalau ada orang tu nak bawak kita lagi, kan? Tapi dok dengar-dengar dia plan nak bawak kita p Sentosa Island pulak. Aha! Just wait and see ya?!! Okeylah, sebelum mengakhiri cherita kali ini, T sertakan jugak sekeping gambar T bersama sahabat pena T yang T bagitahu nak jumpa dia di awal cherita ni tadi. Finally, dapat berjumpa sahabat T, Siti Juana Saini bersama emak, suami, Rahim dan anaknya, Ishraf. Terima kasih banyak-banyak Juana. Sudi datang jumpa Wati walau sekejap. T tak dapat nak call dia sebab tak roaming handphone. Masa kat Woodlands memang dapat signalnya. Cari public phone tak berjumpalah pulak. Ada dekat 15 kali Juana call me sebab nak berjumpa dengan T jugak. Adoi! So sorry dear! Memang rasa nak menangis sangat dah sebab takut tak dapat peluang nak jumpa u. Alih-alih masa nak keluar dari USS tu, dia muncul di hadapan T dan terus diam tak terkata. Terus peluk cium dia sambil menangis. Mujur dia datang walau tak dapat nak call me sekalipun. Dia tunggu Wati daripada pukul 5.30 petang lagi. Masa tu kami tengah dok makan-minum kat Friar’s, Far Far Away. Ya Allah, kalau tahu Wati keluar awal dan berjumpa dengan u dulu my dear. Tapi Alhamdulillah. Dapat bertemu dan berborak walaupun sekejap. Siap bagi hadiah untuk Wati bawak balik ke Pahang lagi.. Terima kasih banyak-banyak. Wati tahu ucapan Terima Kasih Wati tak memadai dengan apa yang telah Juana lakukan. Sayang kamu ketat-ketat sahabatku aka my sister!! Love you.. Harap persahabatan kita kekal buat selama-lamanya. Amin.

Okey, urusan balik ke JB berjalan lancar dan pada pukul 9.50 malam. Trafik lancar, tak jem bagai disangka. Urusan di Imegresen pun Alhamdulillah. Nak pegi Singapore lagi.. Nak pegi Singapore lagi..

Sebelum balik ke bilik, kami dinner di Restoran My Friend di Kempas. Sekitar jam 12.10 tengah malam sampai ke bilik. Penat tak terkata sampai T mahu menamatkan kata-kata T.. Sampai di sini saja… Jumpa next entry ok? Terima Kasih.

>MINI GATHERING-SMVT

27 Mar

>Assalamualaikum…. Hari ni ada perjumpaan kecil-kecilan bekas pelajar Sekolah Menengah Vokasional Sanggang di Esplanade Temerloh. T jadi salah seorang admin group sekolah kami di Facebook. Nak dijadikan cerita, T cuba mengelak daripada menghadirkan diri ke perjumpaan kali ini. Juga perjumpaan sebelum ini yang diaturkan atas usaha bersama Nonie Zulkifli dan Suffian Abdul Rahman. T malu sebenarnya nak bertemu bekas kawan sekolah. Segan. T tak seberjaya mereka. T pergi tadi pun last minute dah. Nonie puas dok pujuk T dari semalam lagi. Jugak hari ini. Tapi selepas membaca artikel Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj di dalam majalah Mingguan Wanita bil 1418 petang tadi, T terus merubah fikiran dan bersiap-siap ke tempat yang dijanjikan semua. Kata-kata Dr. Tuah adalah “Biarlah buruk asal bahagia – Hidup bukan masalah miskin-kaya, cantik-buruk, yang penting apakah baik ataupun jahat. Kalau baik biar diri tidak dihiasi permata, dia tetap senang ditatap, tetapi kalau jahat biar penuh permata serata badan, hati yang buruk akan tetap kelihatan” Ya Allah! Betapa T merendahkan diri selama ini. Bencikan diri sendiri sebab T bukan sesiapa jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan T yang lain. Hal inilah yang T fikirkan setiap kali jika T online di Facebook. Melihat kejayaan yang dimiliki oleh kawan-kawan sedangkan T bersekolah sama dengan mereka dahulu. T tak boleh berasa cemburu dengan kejayaan mereka semua. Memang tak patut T berfikiran sedemikian. Mereka telah berusaha dan pulangannya mereka kecapi hari ini. Doakan T semoga T kuat menempuhi kehidupan mendatang dan sentiasa berfikiran positif. T mahu gembira dan bahagia mengikut acuan hidup T. Sama-sama kita kecapinya mengikut haluan hidup masing-masing. Insya Allah. T bahagia dan tumpang gembira dengan kejayaan mereka semua. Allah dah tentukan rezeki masing-masing. Tinggal usaha diri sendiri untuk hidup bahagia ataupun derita. Insya Allah. Think positive Wati! Bersyukurlah dengan apa yang sudah engkau kecapi selama ini. Ya Allah! Betapa tidak bersyukurnya aku… Gambar kenang-kenangan kawan-kawan T yang menghadirkan diri di perjumpaan tadi. Sebenarnya mereka tak sentuh langsung pun tentang status T sebagai “suri rumah”. Berborak hal-hal sekolah dulu dan gelak-gelak saja. T sedikit pun tidak berasa malu apabila berhadapan dengan mereka semua tadi. Cuma T yang berfikiran kolot. T malu tak pandai membawa diri dengan mereka semua. Tapi Alhamdulillah. Merekalah kawan-kawan yang boleh T harapkan. Terima kasih korang! Bersama Nonie Zulkifli, Thita Zikron Mohd Amin dan Maizurawati Abd Mubin. Sedang molek dapat bergambar sekejap di hadapan tulisan TEMERLOH ini, hujan turun dengan lebatnya dan T cadangkan kami duduk makan dan minum dekat sebuah kedai makan kat area Esplanade Temerloh ni. D’ Santhai kepunyaan kawan suami T. Banyak cerita nak diperbualkan.. Hehe..

Bersama Feary Syed Idris, Thita Zikron Mohd Amin dan Nonie Zulkifli. Maizurawati Abd Mubin ada hal dan terpaksa balik awal setelah bertemu sekejap tadi.

Kami berjumpa sekejap sahaja tadi. Dalam pukul 5.00 petang hingga pukul 7.00 malam. Harap korang semua tak serik nak berjumpa T ye?. Dan semoga kita boleh bertemu lagi. Di lain masa. Di lain ketika. Insya Allah. Kenangan zaman persekolahan yang manis terimbau kembali. Malam ni T pasti tidur sambil tersenyum. 😀 Selamat Malam. Sayang kamu semua ketat-ketat!

>JUMPA KAWAN LAMA

31 Jan

>
T bersama Aishah. Kami sekelas bersama di Sek. Men. Vokasional Sanggang Temerloh tahun 1995 – 1996. Kebetulan kami baru sampai di rumah dari KL & semasa nak mengambil beg di dalam kereta, ada kereta berhenti dan si pemandu memanggil nama T. Seketika T amati wajahnya & terus mengecam empunya diri. Kali terakhir kami berjumpa iaitu pada tahun 2002 di Hospital Mentakab. Masa tu masing-masing nak melahirkan anak. Selama setahun ni kami dok bertemu dalam handphone saja (sms). Dia ada hal nak berjumpa & berbincang dengan suami T tadi. Seronokkan perasaannya tatkala dapat bertemu walau seketika dengan kawan sekolah lama!

>SEMALAM

29 Dec

>

Assalamualaikum

281210

Semalamkan…
T g rumah kawan T
Aimi Jalina Jalil yang baru pas bersalin
Ziarah dia dan babynya
Faizzuddin Faiq
Si hensem boy
Sangat comel taw!!
** sumber gambar Faiq dari FB Aimi Jalina Jalil **
Hari ni tak buat apa sangat
Dok baca majalah aje
Bosan ah!

291210
  • Hari ni rajen sikit
  • Hantar kids ke Kelas Q-Fa
  • Pegi gym
  • Ambik kids di Kelas Q-Fa
  • Balik rumah makan Maggi semangkuk sorang “,)
  • Berkemas sikit di ruang tamu dan di dapur
  • Basuh garaj kereta
  • Angkat kain jemuran
  • Jemur 3 bakul kain
  • Dan 2 bakul kain sedang menunggu untuk dilipat
  • Ambik masa sat update my blog
  • GuguGaga